Salam sejahtera buat semua pembaca yang terus setia dengan pengembaraan "siri Jacko " menerusi blog saya, pada hari ini saya teruskan penulisan masih dengan tajuk yang sama iaitu informasi mengenai penyanyi kesayangan ramai ini.
Sekiranya sebelum ini saya pernah menulis mengenai masalah kesihatan raja pop ini, hari ini saya cuba kongsikan bersama anda nilai pembiayaan perubatan beliau pula.
Moga anda semua beroleh ikhtibar...
LOS ANGELES - Raja Pop, Michael Jackson berbelanja sehingga AS$49,290 (RM173,254) sebulan untuk membeli ubat-ubatan, lapor sebuah akhbar semalam.
Penyanyi lagu Thriller itu dipercayai mengambil banyak ubat bagi melawan beberapa penyakit yang dideritanya beberapa bulan sebelum meninggal dunia Khamis lalu.
Kesemua ubat itu dibeli dengan menggunakan nama samaran iaitu Omar Adams yang kebanyakannya dibeli di sebuah kedai di sini, Mickey Fine Pharmacy.
Antara ubat yang diambil penyanyi berumur 50 tahun itu ialah ubat tahan sakit Vicodin, ubat mengendurkan otot Soma dan bahan sedatif Xanax.
Michael juga mengambil ubat antitekanan Zoloft, antirisau dan ubat pedih hulu hati Priolosec.
Pendedahan itu adalah kebenaran mengenai tabiat pengambilan ubat-ubatan legenda itu di sebalik desakan keluarga Michael yang mahu mengetahui jumlah ubat yang diberikan kepada selebriti itu.
Seorang peguam keluarga Michael, Brian Oxman berkata:
"Randy (abang Michael) dijangka menerima satu salinan keputusan bedah siasat bagaimanapun pejabat koroner masih belum menghantarnya.
"Mereka menjangka ubat-ubatan itu menjejaskan kesihatan Micheal tetapi ia tidaklah seteruk itu."
Sebahagian ubat itu diberikan oleh pakar kulitnya, Arnold Klein.
Pada 2001, Michael disaman oleh syarikat Mickey Fine Pharmacy kerana berhutang AS$11,498.80 (RM40,415) dan dia turut berhutang dengan Dr. Klein sebanyak AS$29,568.34 (RM103,924) manakala pada 2002 seorang lagi pakar, Dr. Allen Metzger menuntut AS$26,282.97 (RM92, 376). - Agensi
p/s: " Duhai kawan...adakalanya apa yg kita belanjakan untuk sesuatu yang kita rasakan perlu dan memberi kebaikan kepada diri kita itu adalah punca kepada pemasalahan kita....justeru itu, fikir sehabis-habisnya sebelum melakukan sesuatu.."
Lebih Banyak Kemajuan di Applique dan Awal dari Proyek Baru
4 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan