THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

follower (teman setia membina Ilham)

Jumaat, 10 Julai 2009

"Aku Dambakan Yang Utuh Bukan Sekadar Kepala Ikan"


Jumaat, 10 Julai 2009, salam kemenangan buat semua muslimin dan muslimat kerana masih sempat bertemu dengan penghulu segala hari sekali lagi dan masih sempat berhimpun untuk bersama-sama bersujud shukur kepada Illahi.

Sedang asyik aku duduk menghabiskan masa membaca buku " As-'adul mar ah ( wanita yang paling bahagia)" buku ini dihadiakan oleh roomate ku, tiba-tiba teringat kepada satu cerita yang aku baca beberapa bulan lepas di rumah kawanku.

Aku yang tadinya asyik berbaring sambil membaca kisah-kisah wanita yang menemui erti bahagia dalam hidupnya itu, dengan pantas aku terus menghampiri e-tomey (nama laptop ku..hehe)lalu aku pun merajinkan diri untuk draft semula cerita yang aku ingat itu dalam words sebelum aku copy paste dalam arena ku ini.

Moga dapat sama-sama kita muhasabah diri dengan mengambil ikhtibar dari cerita ini.
Selamat membaca dengan penuh senyuman.

Seorang nelayan soleh di Tunisia tinggal di sebuah pondok kecil diperbuat daripada tanah liat. Setiap hari dia melayarkan perahunya untuk menangkap ikan. Setiap hari, diaakan menyerahkan seluruh hasil tangkapannya kepada orang-orang miskin dan hanya meninggalkan sepotong kepala ikan untuk direbus sebagai makan malamnya.

Nelayan itu berguru dengan seorang syeikh besar sufi, Ibn Arabi. Seiring dengan berlalunya waktu, dia pun menjadi seorang syeikh seperti gurunya.

Suatu masa, salah seorang murid si nelayan akan mengadakan rehlah (perjalannan ilmiah) ke Spanyol. Nelayan itu memintanya untuk mengunjungi Syaikhul Akbar, Ibn Arabi. Nelayan itu berpesan agar dimintakan nasihat bagi dirinya kerana nelayan itu selalu merasa buntu dengan kehidupannya.Maka, pergilah murid itu ke kota kediaman Ibn Arabi.Akibat tidak mengetahui di mana letaknya kediaman syeikh tersebut, si murid itu mengambil keputusan untuk bertanya kepada orang kampung di situ. Penduduk desa itu menunjukkan kepadanya sebuah mahligai indah bagaikan istana yang tesergam indah di atas sebuah bukit . "Itulah rumah Syaikh," ujar mereka.

Murid itu amat terkejut lantas berfikir betapa amat duniawinya Ibn Arabi jika dibandingkan dengan gurunya sendiri, yang tidaklebih daripada seorang nelayan yang sangat bersederhana.
Dengan penuh keraguan, dia pun pergi mengunjungi rumah mewah yang ditunjukkan. Sepanjang perjalanan dia dilewati ladang-ladang yang subur, jalanan yang bersih, dan kumpulan sapi,keldai dan kambing. Setiap kali dia bertanya kepada orang yang dijumpainya, pasti dia memperolehi jawapan bahawa pemilik kepada semua ladang, dan ternakan itu tidak lain iaitu Ibn Arabi. Tak henti-hentinsi murid tadi bertanya kepada dirinya sendiri, bagaimana mungkin seorang materialistic, berkedudukan dan kaya seperti itu boleh menjadi seorang guru sufi.

Ketika tiba ia di mahligai tersebut, apa yang paling ditakutinya terbukti. Kekayaan dan kemewahan yang disaksikannya di rumahindah milik syeikh tersebut tidak pernah dibayangkanwalau di dalam mimpinya. Dinding rumah dibuat daripada marmar yang indah, seluruh permukaan lantainya ditutup oleh permaidani mahal.

Semua pembantu dan penyelenggara kediamannya mengenakan pakaian daripada sutra. Baju mereka lebih indah daripada apa yang dipakai oleh orang terkaya di kampung halamannya.

Murid itu meminta untuk bertemu dengan syeikh tersebut. Pembantu rumahnya menjawab bahwa Syeikh Ibn Arabi sedang mengunjungi khalifah dan akan segera kembali. Tak lama kemudian, dia menyaksikan sebuah perarakkan menuju mahligai mewah itu. Pertama muncul pasukan pengawal kehormatan yang terdiri daripada tentara khalifah, lengkap dengan perisai dan senjata yang berkilauan, mengendalikan kuda-kuda arabia yang gagah. Lalu muncullah Ibn Arabi dengan pakaian yang teramat indah, lengkap dengan serban yang lazim dipakai para sultan.

Si murid lalu dibawa menghadap Ibn Arabi. Para pelayan yang terdiri dari para pemuda tampan dan gadis cantik membawakan hidangan dan minuman. Murid itu pun menyampaikan pesan gurunya. Namun, dia menjadi bertambah terkejut dan geram apabila Ibn Arabi mengatakan kepadanya, "Katakanlah pada gurumu, masalahnya adalah ia masih terlalu terikat kepada dunia."

Tatkala murid itu kembali ke kampungnya, guru nelayan itu dengan pantas menyoalnya adakah muridnya itu sempat bertemu dengan syeikh besar itu atau tidak. Di penuhi keraguan, murid itu mengaku bahawa dia telah menemuinya. "Lalu," tanya nelayan itu, "apakah syeikh itu menitipkan kepadamu suatu nasihat bagiku?"
Pada awalnya, si murid enggan mengulangi nasihat syeikh Ibn Arabi itu. Dia merasakan amat tidak patut syeikh besar itu mengatakan sedemikian kepada gurunya yang hanya seorang nelayan berbanding mengingat betapa sempurna dan mewahnya kehidupan Ibn Arabi dan betapa berkekurangannya kehidupan gurunya sendiri.

Namun kerana guru itu terus memaksanya, akhirnya murid itu pun bercerita tentang apa yang dikatakan oleh Ibn Arabi. Mendengar pesan tersebut,berjujuran air mata si nelayan itu. Muridnya tambah kehairanan, bagaimana mungkin Ibn Arabi yang hidup sedemikian mewah, berani menasihati gurunya sedemikian rupa.

"Dia benar," jawab sang nelayan, "Dia benar-benar tak peduli dengan semua yang ada padanya. Sedangkan aku, setiap malam ketika aku memakan kepala ikan, selalu aku berharap seandainya saja itu seekor ikan yang utuh bukannya sekadar kepala ikan ….”.

p/s: "Duhai teman dan kekasih...hidup perlu bersederhana, namun dalam mencapai kejayaan dengan redha-Nya jangan kita abaikan keperluan diri, nak berjaya akhirat jangan lupa dan dunia perlu digembeling dengan jayanya....baru boleh berjaya, bak kata pepatah "dunia jambatan akhirat" ...."

2 comments:

Dea as Sukardi berkata...

wah bagus tuh sering2 di uplod aja aka buat notivasi....

tiara-qurratu'aini berkata...

haha~~ ada2 aja dewi comel ini... akak , saja suka2 tulis.. alhamdulillah sekiranya mampu dijadikan manfaat buat yang lain.. dewi ..rajin2 lah upload.. tak sabar nak baca di page dewi..

Catat Ulasan