THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

follower (teman setia membina Ilham)

Ahad, 5 Julai 2009

Jangan Baca Entry Ini Jika Kamu Tidak Mahu Dijangkiti H1N1...


Exam dah abis dan result pula dah keluar, terasa agak bosan juga apabila tiada aktiviti yang dijalankan di rumah. Maka, saya rajin-rajinkan diri melawati blog rakan-rakan agar hilang sedikit kebosanan dan menjana segudang motivasi dalam diri.

memandangkan sekarang tengah heboh orang memperkata tentang wabak H1N1 itu, hampir semua blog yang ada pasti akan menulis tentang perkara tersebut...bagus! prihatin belaka rakyat Malaysia ini.

Tertarik dengan penulisan kawanku tentang permasalahan ini di blognya , lalu saya nukilkan kata-katanya di sini.

Tajuk adalah panjang. Ianya memudahkan supaya maksud itu sampai!!

Kamu tetap ingin membaca? Jangan menyesal andainya kamu di jangkiti H1N1 nanti dan di beri pelepasan serta di kuarantin di rumah. Amat membosankan!

Okey!
Baca
ini!!

Nampak tak perenggan ke lima daripada bawah yang menyatakan adik perempuan mangsa berusia 7 tahun juga di kuarantin? Beliau yang berusia 7 tahun itu bersekolah di tempat temanku ini bekerja!! Jadi dia di beri cuti seminggu untuk berhoye-hoye( bersuka-ria/ berfoya-foya ..hehe~~) hanya di dalam rumah!!

Kelasnya nun jauh di hujung sana! Dan berita ini baru sedikit tersebar di sekolah! Kalau tidak pasti sahaja 110 orang murid di sekolah ini pasti tidak mahu hadir.

Kesimpulannya. H1N1 tidak berjangkit melalui modem internet kamu mahupun komputer kamu yang mengklik blog saya mahupun kawan saya ini ! Hik hik hik!!! Oleh itu teruskan meng'googel' mengenai H1N1 agar kamu tahu simptom-simptomnya sebelum terlambat. Ianya berjangkit melalui ruang udara!! Sebab itulah H1N1 begitu cepat merebak!!!


p/s:
"Duhai teman, semoga Allah S.W.T melindungi kita semua. InsyaAllah. Amiiin..."
(Psst.. Esok aku ada 'entry' yang lebih hangat daripada biasa!!
Jumpa esok ya kamu-kamu semua )


4 comments:

dotblogspotdotkom berkata...

pada pakcik yg kurang arif pasal H1N1 nih.... pakcik rasa H1N1 nih tak la bahaya sgt kalau nak dibangdingkan dengan denggi... sbb denggi nih kita masih blm dapat atasi nye lagi...

tapi biasa la org kita cepat melatah...

tiara-qurratu'aini berkata...

erm....kadang2kan..saya pun fikir mcm tu jg,
tapi bg saya... x salah bg mereka yg cpt melatah di sebabkan keprihatinan dgn apa yg berlaku di sekeliling, mungkin mereka ni merealisasikan pepatah " mencegah lebih baik drpd mengubati" kira proses "sediakan payung sebelum hujan" agar "nasi tak jadi bubur"...mungkin mcm tu kot pakcik..sy pun x arif sgt, sekadar menulis melalui pembacaan

ubi_stele berkata...

wah sebenarnye mcm nie.....benda 2 kalau x dcegah mudah merebak sgt coz dye merebak melalui udara..nti kan satu malaysia dpt bwu nk terngadah...xde guna la masa 2..2 bahayanye kak oiiiii

tiara-qurratu'aini berkata...

mmg la pokcik ubi_stele...itu saya dah tahu....terima kasih kerana rajin mengomen yer...hehe...blog awak jgn lupa update

Catat Ulasan