THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

follower (teman setia membina Ilham)

Khamis, 23 Julai 2009

Penyeludupan Coklat di FbI 001


Assalamualaikum pembuka cerita…

Sebelum saya ceritakan kisah hari ini, mari kita baca dahulu sedikit fakta mengenai coklat.COKLAT adalah satu hadiah yang istimewa untuk diri sendiri. Ia juga satu hidangan yang diketengahkan untuk pelbagai majlis keraian - baik hari jadi mahupun majlis perkahwinan. Coklat umpama membawa mesej yang berkata, ‘Terima kasih’, ‘Saya cintakan kamu’ dan ‘Ia khas untuk diri saya’ . 



Makan coklat adalah satu langkah memanjakan diri. Sungguhpun bagi sesetengah individu coklat memberikan ketenangan dan menggembirakan kita, ia harus diambil secara sederhana. Coklat juga mengeluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira. Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah ketagihan. Pemakanannya boleh dihentikan pada bila-bila masa.

Hakikatnya, ramai menggemari coklat. Namun disebabkan tahyul yang lama tertanam dalam masyarakat, perasaan bersalah sering menghantui setiap kali kita menikmatinya. Anda mungkin tidak percaya sekiranya diberitahu kebanyakan laporan mengenai kesan negatif coklat disebabkan maklumat kurang tepat. Hasil penyelidikan terkini mendapati coklat berciri positif yang unik. Maka, kita harus mengubah tanggapan umum yang tidak tepat ini.

Nak tahu apa salah tanggapan umum mengenai coklat? anda hanya perlu klik link ini, apa yang ingin saya kongsikan dengan anda pada kali ini adalah satu fenomena yang melanda mahasiswi Kenitra, Morocco setiap kali ingin pulang bercuti ke Malaysia.

Hehe~~ jangan terkejut dan mari kita saksikan.


ini adalah sebahagian kepingan-kepingan coklat yang akan dibawa pulang ke Malaysia untuk dihadiakan kepada saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai dan keluarga tercinta semestinya..erm..untuk orang tersayang ada juga ke?



ish..ish.. tak cukup dengan bagasi dalam plastik pun ada, banyaknya coklat!



Dalam beg kain pun ada maruja,wow! pasti maruja berbangga dengan dirinya kerana dalam pelbagai jenis coklat yang ada dekat Morocco ini, Maruja juga yang terpilih untuk dibawa pulang ke Malaysia.


Hype! ingatkan dah abis dah, rupanya masih ada lagi yang tersorok dalam kotak. Uish ! memang dahsyat.

Kesimpulannya, FbI 001 (nama rumahku) adakalanya dah nampak macam markas penyeludupan coklat pun ada, hehe... jangan marah yer. Tapi tidak mengapa nanti kalau sibuk sangat masa bulan puasa tak payah susah-susah buat biskut raya, hidang saja coklat yang ada, kira setaraf la juga macam almond london, mama carries dan lain-lain biskut coklat. Kepada yang sudi belikan dan bawakan dari jauh kami ucapkan terima kasih daun keladi, tahun depan kena tolong belikan lagi, apapun jasamu dikenang.

p/s: "Duhai teman apapun yang terjadi pastikan kegembiraan dan pemberian yang dihulurkan mengikut kemampuan diri dan tidak cenderung ke arah pembaziran. Jumpa di Malaysia!...doakan kami semua selamat tiba di sana.. salam kemaafan buat semua".


Jumaat, 10 Julai 2009

"Aku Dambakan Yang Utuh Bukan Sekadar Kepala Ikan"


Jumaat, 10 Julai 2009, salam kemenangan buat semua muslimin dan muslimat kerana masih sempat bertemu dengan penghulu segala hari sekali lagi dan masih sempat berhimpun untuk bersama-sama bersujud shukur kepada Illahi.

Sedang asyik aku duduk menghabiskan masa membaca buku " As-'adul mar ah ( wanita yang paling bahagia)" buku ini dihadiakan oleh roomate ku, tiba-tiba teringat kepada satu cerita yang aku baca beberapa bulan lepas di rumah kawanku.

Aku yang tadinya asyik berbaring sambil membaca kisah-kisah wanita yang menemui erti bahagia dalam hidupnya itu, dengan pantas aku terus menghampiri e-tomey (nama laptop ku..hehe)lalu aku pun merajinkan diri untuk draft semula cerita yang aku ingat itu dalam words sebelum aku copy paste dalam arena ku ini.

Moga dapat sama-sama kita muhasabah diri dengan mengambil ikhtibar dari cerita ini.
Selamat membaca dengan penuh senyuman.

Seorang nelayan soleh di Tunisia tinggal di sebuah pondok kecil diperbuat daripada tanah liat. Setiap hari dia melayarkan perahunya untuk menangkap ikan. Setiap hari, diaakan menyerahkan seluruh hasil tangkapannya kepada orang-orang miskin dan hanya meninggalkan sepotong kepala ikan untuk direbus sebagai makan malamnya.

Nelayan itu berguru dengan seorang syeikh besar sufi, Ibn Arabi. Seiring dengan berlalunya waktu, dia pun menjadi seorang syeikh seperti gurunya.

Suatu masa, salah seorang murid si nelayan akan mengadakan rehlah (perjalannan ilmiah) ke Spanyol. Nelayan itu memintanya untuk mengunjungi Syaikhul Akbar, Ibn Arabi. Nelayan itu berpesan agar dimintakan nasihat bagi dirinya kerana nelayan itu selalu merasa buntu dengan kehidupannya.Maka, pergilah murid itu ke kota kediaman Ibn Arabi.Akibat tidak mengetahui di mana letaknya kediaman syeikh tersebut, si murid itu mengambil keputusan untuk bertanya kepada orang kampung di situ. Penduduk desa itu menunjukkan kepadanya sebuah mahligai indah bagaikan istana yang tesergam indah di atas sebuah bukit . "Itulah rumah Syaikh," ujar mereka.

Murid itu amat terkejut lantas berfikir betapa amat duniawinya Ibn Arabi jika dibandingkan dengan gurunya sendiri, yang tidaklebih daripada seorang nelayan yang sangat bersederhana.
Dengan penuh keraguan, dia pun pergi mengunjungi rumah mewah yang ditunjukkan. Sepanjang perjalanan dia dilewati ladang-ladang yang subur, jalanan yang bersih, dan kumpulan sapi,keldai dan kambing. Setiap kali dia bertanya kepada orang yang dijumpainya, pasti dia memperolehi jawapan bahawa pemilik kepada semua ladang, dan ternakan itu tidak lain iaitu Ibn Arabi. Tak henti-hentinsi murid tadi bertanya kepada dirinya sendiri, bagaimana mungkin seorang materialistic, berkedudukan dan kaya seperti itu boleh menjadi seorang guru sufi.

Ketika tiba ia di mahligai tersebut, apa yang paling ditakutinya terbukti. Kekayaan dan kemewahan yang disaksikannya di rumahindah milik syeikh tersebut tidak pernah dibayangkanwalau di dalam mimpinya. Dinding rumah dibuat daripada marmar yang indah, seluruh permukaan lantainya ditutup oleh permaidani mahal.

Semua pembantu dan penyelenggara kediamannya mengenakan pakaian daripada sutra. Baju mereka lebih indah daripada apa yang dipakai oleh orang terkaya di kampung halamannya.

Murid itu meminta untuk bertemu dengan syeikh tersebut. Pembantu rumahnya menjawab bahwa Syeikh Ibn Arabi sedang mengunjungi khalifah dan akan segera kembali. Tak lama kemudian, dia menyaksikan sebuah perarakkan menuju mahligai mewah itu. Pertama muncul pasukan pengawal kehormatan yang terdiri daripada tentara khalifah, lengkap dengan perisai dan senjata yang berkilauan, mengendalikan kuda-kuda arabia yang gagah. Lalu muncullah Ibn Arabi dengan pakaian yang teramat indah, lengkap dengan serban yang lazim dipakai para sultan.

Si murid lalu dibawa menghadap Ibn Arabi. Para pelayan yang terdiri dari para pemuda tampan dan gadis cantik membawakan hidangan dan minuman. Murid itu pun menyampaikan pesan gurunya. Namun, dia menjadi bertambah terkejut dan geram apabila Ibn Arabi mengatakan kepadanya, "Katakanlah pada gurumu, masalahnya adalah ia masih terlalu terikat kepada dunia."

Tatkala murid itu kembali ke kampungnya, guru nelayan itu dengan pantas menyoalnya adakah muridnya itu sempat bertemu dengan syeikh besar itu atau tidak. Di penuhi keraguan, murid itu mengaku bahawa dia telah menemuinya. "Lalu," tanya nelayan itu, "apakah syeikh itu menitipkan kepadamu suatu nasihat bagiku?"
Pada awalnya, si murid enggan mengulangi nasihat syeikh Ibn Arabi itu. Dia merasakan amat tidak patut syeikh besar itu mengatakan sedemikian kepada gurunya yang hanya seorang nelayan berbanding mengingat betapa sempurna dan mewahnya kehidupan Ibn Arabi dan betapa berkekurangannya kehidupan gurunya sendiri.

Namun kerana guru itu terus memaksanya, akhirnya murid itu pun bercerita tentang apa yang dikatakan oleh Ibn Arabi. Mendengar pesan tersebut,berjujuran air mata si nelayan itu. Muridnya tambah kehairanan, bagaimana mungkin Ibn Arabi yang hidup sedemikian mewah, berani menasihati gurunya sedemikian rupa.

"Dia benar," jawab sang nelayan, "Dia benar-benar tak peduli dengan semua yang ada padanya. Sedangkan aku, setiap malam ketika aku memakan kepala ikan, selalu aku berharap seandainya saja itu seekor ikan yang utuh bukannya sekadar kepala ikan ….”.

p/s: "Duhai teman dan kekasih...hidup perlu bersederhana, namun dalam mencapai kejayaan dengan redha-Nya jangan kita abaikan keperluan diri, nak berjaya akhirat jangan lupa dan dunia perlu digembeling dengan jayanya....baru boleh berjaya, bak kata pepatah "dunia jambatan akhirat" ...."

Ahad, 5 Julai 2009

Jangan Baca Entry Ini Jika Kamu Tidak Mahu Dijangkiti H1N1...


Exam dah abis dan result pula dah keluar, terasa agak bosan juga apabila tiada aktiviti yang dijalankan di rumah. Maka, saya rajin-rajinkan diri melawati blog rakan-rakan agar hilang sedikit kebosanan dan menjana segudang motivasi dalam diri.

memandangkan sekarang tengah heboh orang memperkata tentang wabak H1N1 itu, hampir semua blog yang ada pasti akan menulis tentang perkara tersebut...bagus! prihatin belaka rakyat Malaysia ini.

Tertarik dengan penulisan kawanku tentang permasalahan ini di blognya , lalu saya nukilkan kata-katanya di sini.

Tajuk adalah panjang. Ianya memudahkan supaya maksud itu sampai!!

Kamu tetap ingin membaca? Jangan menyesal andainya kamu di jangkiti H1N1 nanti dan di beri pelepasan serta di kuarantin di rumah. Amat membosankan!

Okey!
Baca
ini!!

Nampak tak perenggan ke lima daripada bawah yang menyatakan adik perempuan mangsa berusia 7 tahun juga di kuarantin? Beliau yang berusia 7 tahun itu bersekolah di tempat temanku ini bekerja!! Jadi dia di beri cuti seminggu untuk berhoye-hoye( bersuka-ria/ berfoya-foya ..hehe~~) hanya di dalam rumah!!

Kelasnya nun jauh di hujung sana! Dan berita ini baru sedikit tersebar di sekolah! Kalau tidak pasti sahaja 110 orang murid di sekolah ini pasti tidak mahu hadir.

Kesimpulannya. H1N1 tidak berjangkit melalui modem internet kamu mahupun komputer kamu yang mengklik blog saya mahupun kawan saya ini ! Hik hik hik!!! Oleh itu teruskan meng'googel' mengenai H1N1 agar kamu tahu simptom-simptomnya sebelum terlambat. Ianya berjangkit melalui ruang udara!! Sebab itulah H1N1 begitu cepat merebak!!!


p/s:
"Duhai teman, semoga Allah S.W.T melindungi kita semua. InsyaAllah. Amiiin..."
(Psst.. Esok aku ada 'entry' yang lebih hangat daripada biasa!!
Jumpa esok ya kamu-kamu semua )


Khamis, 2 Julai 2009

cegah A (H1N1)


2009 menjadi saksi apabila dunia sekali lagi digemparkan dengan wabak influenza, beberapa tahun yang lalu kecoh kita perkatakan mengenai bird flum namun pada tahun ini kita di risaukan dengan kes terbaru iaitu sejenis wabak dari populasi khinzir iaitu A(H1N1)- swine flu.

Apakah langkah-langkah pencegahan yang boleh kita lakukan?



JENEWA (Suara Karya): Organisasi Kesehatan Dunia (WHO) telah mengumumkan pandemi flu H1N1 (flu babi). Ini merupakan pandemi flu pertama dalam waktu 41 tahun. Mau tak mau pandemi itu mengubah sebagian cara hidup sehari-hari.

WHO menganjurkan sejumlah cara mudah untuk mencegah penyebaran virus flu H1N1. Di antaranya, jangan berciuman, hindari jabatan tangan, tutupi mulut saat batuk atau bersin dan sering-seringlah mencuci tangan.

Menurut WHO, cara-cara itu merupakan langkah pencegahan biasa. "Anda tak perlu mengenakan masker wajah jika Anda tidak sakit," kata juru bicara WHO seperti dilansir kantor berita AFP , Jumat (12/6).

"Lakukan pencegahan normal yang biasa Anda lakukan untuk flu musiman atau flu biasa," imbuh juru bicara tersebut.

Dirjen WHO Margaret Chan bahkan mengimbau seluruh stafnya beserta staf PBB di Jenewa untuk menghindari ciuman, pelukan, juga jabatan tangan. Tujuannya, untuk mengurangi risiko penularan flu H1N1.

"Tapi itu tidak berlaku untuk pertemuan para diplomat," kata juru bicara PBB di Jenewa.

"Jangan batuk di depan wajah orang. Tutupi mulut Anda dengan memakai tisu atau lengan baju Anda," tutur Pjs Wakil Dirjen PBB Keiji Fukuda.

Sering-sering mencuci tangan dengan sabun juga bisa mencegah penularan. Juga disarankan untuk tidak menyentuh mulut dengan tangan kita. (AFP/Adi)

p/s: " Duhai sahabat, bersamalah kita menjaga kesihatan, ayuh amalkan cara hidup yang sihat agar kita terus di beri nikmat sihat itu agar terus sujud kepada-Nya "


Bayu Kenitra MA ke Palmastone NZ


Assalamualaikum semua..
hari ini sebenarnya saya nak kongsi cerita tentang my best cousin ever...
saya panggil dia kak yong, dia memang sempoi giler ...kalau jumpa dia memang tak henti-henti ketawa..haha sana...huhu sini...ish macam-macam la lagi, sampaikan sedara mara yang lain kata "kalau si ayong dengan si anis ni ada dkt rumah pun dah mcm buat kenduri riuhnya..." haha,,,tapi betulkah itu semua?


tapi sekarang agak sedih sikit la, sebab kami dah jauh, saya di Morocco dan dia pula di New Zealand, rindu sangat dekat dia. Tapi semalam memang best la dapat chatting dengan dia hampir sejam la juga, selama ini duk mesej-mesej dekat facebook dengan emel saja sebab tak boleh nak chatting dengan dia, dia busy sgt dekat sana, maklumlah dia kerja di sana dan saya pula belajar di sini.

Perbezaan waktu Morocco dengan New Zealand pula sgt jauh, kalau tak silap saya lebih kurang GMT +14, uish...jauh tu bezanya. Semalam dia kata dia nak balik Malaysia 28 ogos ini, apalagi tak sabar saya nak pergi kemput dia dekat airport tu. huhu~~
tapi saya sempat lagi minta dia belikan ole-ole dari sana..haha~~

Kepada kak yong apa yang saya nak katakan di sini adalah "i hope u still with him ok even u're far from him" hehe~~ saya pun tak sabar sebenarnya nak dapat abang sepupu mat salleh ...hoho~~

Kak yong ini memang sempoi, sekepala dengan saya, semalam nak kata chatting lama sangat pun tak de la , tapi kami sempat lagi plan tentang aktiviti nak buat bila kami ada di Malaysia nanti antaranya....jeng3x

* shopping shoppang sekitar KL sebab dekat dengan rumah
* pergi main ice skatting , sebab itu memang hobby kami
* balik rumah opah dekat ipoh sama-sama, pastu nak g Sunway, Lost World
* pergi cari tempat buka puasa yang best... reserve restoran itu memang kami suka, sebab kami ini memang suka jalan-jalan cari makan
* pastu setiap malam nak tadarus sama-sama dan solat terawih sama-sama, tak sabar nak dengar bacaan ayat-ayat Quran dari paklang (ayah kak yong ni tok imam)

tiga dekat atas ini adalah major plan kami, yang minor plan tak yah nak cerita la, terlalu la banyak. Ya Allah, berikan aku kesabaran....hehe~~ tak sabar nak balik....
Kak yong sorang saja lah yang mampu nak layan kerenah saya, al-maklumlah saya ini sepupu dia yang paling banyak kerenah...hehe~~

Erm...ngantuk lah plak..apapun kak yong..i doakan u selamat tiba di Malaysia, nanti kita jumpa kita borak sampai tak tidur-tidur macam zaman muda-mudi dulu..haha~~

ok lah...kalau ikutkan banyak lagi nak cerita tapi mata mula berat ....ngantuk sangat..
hehe~~ tata semua~~


Siri Jacko IX



Makluam buat semua pembaca, ini adalah entry terakhir saya melalui SIRI JACKO.
Saya berharap anda semua berpuas hati dengan apa yang telah saya paparkan sepanjang beberapa hari ini.

Maaf andai ada perkataan yang menyinggung mana-mana pihak, sekadar ingin berkongsi secebis pengetahuan yang saya miliki. Menarik kali ini " JACKO DIKEBUMI SELASA DEPAN"

gambar kiri:
JENAZAH Michael Jackson dipindahkan dari sebuah bilik mayat ke sebuah pusat pengurusan jenazah di Los Angeles kelmarin.

gambar kanan:SEBUAH lot kubur di Taman Peringatan Forest Lawn yang dipercayai tempat persemadian terakhir Michael Jackson.



LOS ANGELES - Keluarga Michael Jackson membatalkan rancangan menyemadikan Raja Pop itu di kediamannya di Neverland Ranch ekoran wujud kebimbangan jenazahnya tidak dapat dikebumi di lokasi itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia berikutan undang-undang negeri California melarang pengebumian dilakukan di luar kawasan perkuburan.

Peraturan tersebut mengecilkan peluang untuk menjadikan Neverland Ranch tempat persemadian terkenal seperti Graceland dan menghampakan jutaan peminat Raja Pop itu.

Jika peraturan itu dikuatkuasakan, satu upacara tertutup untuk memperingati peMichael akan diadakan di Neverland Ranch selepas jenazahnya dikebumikan.

Jenazah Raja Pop itu dipercayai akan dikebumikan di Taman Peringatan Forest Lawn di Hollywood Hills dekat sini di mana neneknya, Martha Bridges dikebumikan pada 1990.

Media Amerika Syarikat menyiarkan gambar keranda yang berisi jenazah Michael dibawa keluar dari sebuah rumah mayat sebelum dipindahkan ke lokasi itu Selasa lepas.

Menurutnya, sebuah kubur telah digali di lokasi tersebut yang dikelilingi bukit bukau dan akan menjadi tempat persemadian Michael.

Bagaimanapun, beberapa sumber menyatakan kubur itu akan menjadi kubur sementara dan jenazah Michael akan dipindahkan ke tempat persemadian abadi di Neverland.

Ia berikutan khabar angin keluarga Michael berhasrat memohon kebenaran khas mahkamah untuk mengebumikan jenazah di lokasi tersebut.

Keputusan mengenainya akan diketahui dalam masa sebulan.

Sementara itu, laman berita The Hollywood Reporter semalam melaporkan upacara memperingati penyanyi terhebat sepanjang zaman itu akan diadakan di Pusat Staples di sini Selasa depan.

Penganjur konsert Michael di London, AEG Live yang memiliki Pusat Staples dan bangunan bersebelahan, Teater Nokia menyatakan kedua-dua kemudahan itu dan sebuah plaza berhampiran akan digunakan untuk majlis memperingati penyanyi itu pada minggu depan.

Sumber-sumber memberitahu, AEG akan meletakkan beberapa skrin gergasi di luar lokasi itu untuk beribu-ribu peminat yang tidak dapat memasuki bangunan-bangunan tersebut.

Bangunan-bangunan itu memiliki tempat duduk untuk 20,000 orang. - Agensi


p/s:" Duhai teman, rakan, sahabat, kawan dan taulan...semua yang hidup itu pastikan mati, sehebat mana pun kita hari ini, penentunya adalah di akhirat sana... teruskan hidup dengan penuh keshukuran dan kesederhanaan".

Sekian, Allahu a3lam.


Siri Jacko X

spekulasi demi spekulasi kedengaran mengenai Jacko, saya seakan makin terasa unuk berhenti dari perbicaraan mengenai pemergian diva popular ini. Apapun saya bawakan sedikit lagi fenomena yang berkaitan hal ini.

BENARKAH Kematian Jacko jejas ekonomi?


LONDON - Kematian mengejut Raja Pop Michael Jackson bukan sahaja diratapi jutaan peminatnya tetapi turut menjejaskan aktiviti ekonomi di beberapa kawasan di sini.

Pemergian penyanyi terhebat sepanjang zaman itu bermakna sejumlah 50 konsert yang dijadual diadakan di stadium Arena 02 di sini yang mempunyai 23,000 tempat duduk terpaksa dibatalkan.

Pembatalan itu menyebabkan banyak hotel hilang tempahan manakala sejumlah restoran dan kelab malam sekitar lokasi berkenaan menjadi lenggang.

"Kami menjangkakan kebanjiran para pengunjung dan amat berharap konsert Michael akan melonjakkan pendapatan kami," kata pengurus besar hotel Pilot Inn, Louis Thacker.

Bagaimanapun, beberapa pakar meramalkan kehilangan penyanyi yang diberi jolokan Jacko itu turut mencetuskan impak ekonomi positif.

Ketua Pakar Ekonomi Firma Investec Securities, Philip Shaw berkata, kematian Jacko melonjakkan semula jualan cakera padat (CD) dan cakera video digital (DVD) penyanyi itu.

Selain itu, katanya, harga pelbagai barangan koleksi kenang-kenangan seperti autograf dan jaket Jacko meningkat beberapa kali ganda.

"Sehelai jaket yang ditandatangani penyanyi itu dilelong dengan harga AS$36,300 (RM127,733) Jumaat lepas," katanya. - Agensi

Siri Jacko IIV


Selamat mambaca seputar mengenai " KAKAK, IBU CARI WANG JACKO"
maaf, saya tidak mahu mengulas panjang tentang ini,teruskan membaca dan lakuakan pertimbangan anda sendiri.

gambar menunjukkan ibu Michael, Katherine melambaikan tangan selepas dia meninggalkan rumah keluarga Jackson di Encino, Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES - Dua hari selepas Michael Jackson meninggal dunia, kakak penyanyi tersebut, La Toya dan ibunya, Katherine mencari wang yang disembunyikan oleh Raja Pop itu.

Menurut beberapa sumber, wang itu dicari di setiap tempat di rumah yang disewa oleh Michael di sini.

La Toya yang merupakan seorang penyanyi tiba ketika beberapa buah van membawa barangan milik penyanyi itu, kata satu sumber.

"Dia (La Toya) mahu memastikan jika terdapat wang, dia mahu menemuinya," tambah sumber itu.

Seorang peguam yang mewakili La Toya, Brian Oxman mengetahui bahawa Michael yang mesra dengan panggilan Jacko menyembunyikan wang tunai di rumahnya.

"Michael meletakkan wang di merata-rata tempat. Dia menyimpan di tempat yang selamat dan dia meletakkannya di dalam almari," tambah peguam tersebut.

Namun, dia mempertahankan tindakan La Toya itu.

"Dia (La Toya) mungkin bimbang wang itu akan dicuri," katanya. - Agensi



Siri Jacko VII


JOE (kanan) berdiri di belakang pentas anugerah Award Hiburan Kulit Hitam di Los Angeles kelmarin.

Hmmm, sebenarnya saya rasakan sudah terlalu banyak saya perkatakan mengenai penyanyi ini, bagi saya ianya sudah mencukupi, namun alang-alang saya bawakan kisah ini biarlah sampai ke penghujungnya.Berbaki lebih kurang 3 hingga 4 siri sahaja lagi untuk saya tamatkan kisah ini, rasanya sudah tidak sanggup lagi untuk mempersoalkan tentang ini, tapi atas pemintaan teman-teman saya lakukan jua. Kali ini berkisar tentang "BAPA JACKO SYAKI PERBUATAN KHIANAT"





LOS ANGELES - Bapa Michael Jackson, Joe mendakwa kematian anaknya itu mempunyai kaitan dengan perbuatan khianat, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Joe, dia mengesyaki sesuatu kerana bagaimanana Michael yang berada dalam keadaan riang boleh meninggal dunia dengan tiba-tiba.

Dia menyatakan demikian kepada rangkaian berita ABC7 dana satu temu ramah.

"Michael meninggal dunia sebelum dia keluar rumah. Saya mengesyaki terdapat perbuatan khianat.

"Dia sedang melambaikan tangan kepada setiap orang selain memberitahu dia menyayangi mereka dan kepada semua peminatnya di pintu pagar.

"Beberapa minit selepas Michael berada di sana, dia kemudian meninggal dunia," kata bapanya itu.

Dalam satu temu ramah kedua pada anugerah Award Hiburan Kulit Hitam, Joe menyentuh mengenai kebimbangan keluarganya berhubung kematian Michael.

Dia memberitahu wartawan CNN: "Ya. saya mempunyai banyak perasaan bimbang. Saya tidak suka apa yang sedang berlaku."

Peguam keluarga itu, Londell McMillan kemudian masuk campur dengan berkata: "Kita tidak boleh bercakap mengenai perkara itu ketika ini. Terdapat bedah siasat yang kedua yang sedang dilakukan.

"Kami akan membiarkan proses itu berlaku. Kita akan banyak bercakap selepas ini."

Perkembangan itu berlaku selepas terbongkarnya pendedahan bahawa pembantu-pembantu Michael mengambil masa 50 minit sebelum menghubungi ambulans.

Panggilan talian 911 dibuat selepas usaha untuk memulihkan semula jantung Michael menemui kegagalan.

Drama itu disaksikan oleh seorang anak Michael iaitu Prince yang berumur 12 tahun yang menganggap bapanya itu bergurau sebelum seorang doktor mula menekan dadanya untuk cuba menyelamatkan penyanyi tersebut.

Michael meninggal dunia selepas degupan jantungnya terhenti pada Khamis lalu di rumah yang disewanya di sini. - Agensi

p/s:
" Duhai teman ...manusia hanya mampu menduga dan tiada kata yang mampu menterjemah natijah dugaan itu! "

Siri Jacko VI


PERHATIAN buat semua pembaca, ada yang bertanyakan kepada saya di mana saya dapati maklumat sebanyak ini mengenai Micheal Jackson, sehingga ada yang mengatakan saya ini mesti salah seorang dari peminat fanatik beliau, sebenarnya sangkaan itu amat terpesong, saya sekadar memenuhi permintaan teman-teman yang ingin saya mengulas mengenai kisah hidup raja pop yang misteri ini, Kebanyakkan info saya dapati daripada beberapa akhbar yang saya baca terutamanya Berita Harian dan Kosmo.

Saya teruskan entry hari ini sekita tajuk "
KEPUTUSAN BEDAH SIASAT JACKO BOCOR? "

LOS ANGELES - Keputusan bedah siasat yang dibocorkan kepada media menunjukkan Raja Pop, Michael Jackson amat kurus dan kepalanya hampir botak, lapor sebuah akhbar semalam.

Berat badan Michael yang mesra dengan panggilan Jacko ketika masih hidup ialah 50.8 kilogram dan perutnya hampir kosong kecuali mengandungi beberapa pil yang sudah larut.

Menurut keputusan bedah siasat itu, pinggul, peha dan bahunya dipenuhi dengan kesan jarum dipercayai akibat suntikan ubat penahan sakit.

Dia yang meninggal dunia ketika berumur 50 tahun memakai rambut palsu ketika dia didatangi anggota-anggota perubatan, kata laporan itu.

"Dia kurus kering, rambutnya gugur dan dia tidak menjamah makanan tetapi pil ketika meninggal dunia," kata satu sumber yang rapat dengan penyanyi itu kepada media.

Jacko meninggal dunia pada Khamis lalu di rumah yang disewanya di sini selepas diberikan ubat penahan sakit oleh doktor peribadinya.

Dia meninggal dunia selepas degupan jantungnya terhenti.

Menurut laporan bedah siasat itu: "Kesan suntikan terdapat di seluruh tubuhnya dan kecacatan itu disebabkan oleh pembedahan plastik yang dilakukan sejak bertahun-tahun lalu.

"Terdapat empat suntikan baru di sekitar jantungnya, kemungkinan daripada percubaan untuk mengepam adrenalin ke dalam jantung untuk menghidupkannya," kata laporan itu.

Tiga daripada suntikan itu sudah menembusi dan merosakkan dinding jantungnya manakala suntikan keempat di tulang rusuk.

Menurut laporan bedah siasat itu lagi, beberapa tulang rusuknya patah ketika usaha menyelamatkannya dilakukan pada Khamis lalu.

Penyanyi itu mempunyai lebam misteri di bahagian lutut dan tulang kering serta di belakang badannya kemungkinan menunjukkan dia pernah terjatuh.

Terdapat parut di kulitnya dekat telinga kirinya dan bahagian itu botak sepenuhnya. Parut itu mungkin wujud berikutan kemalangan ketika dia menjalani penggambaran iklan Pepsi pada 1984.

Dalam penggambaran itu, rambutnya terbakar.


Keluarga Jacko meminta bedah siasat kedua dilakukan selepas bedah siasat pertama tidak menunjukkan bahawa dia meninggal dunia kerana perbuatan khianat. - Agensi

p/s :
"Duhai teman, dalam hidup ini adakalanya sebuah pengiktirafan itu indah dan adakalanya ia susah...."

Siri Jacko V

SEORANG pekerja pengurus majlis pengebumian menyiapkan 
sebuah kereta kuda untuk upacara menyemadi Raja Pop, Micheal Jackson di Los Angeles kelmarin


Seterusnya saya bawakan kepada anda semua secebis reputasi atau kisah di sebalik kehilangan raja pop ini...tak mahu mengulas panjang selamat membaca, nilai dengan pemikiran positif , ambil ikhtibar dan jangan berprasangka buruk.

LOS ANGELES - Dilabel pelik semasa hidup, kisah peribadi Michael Jackson semakin bercelaru selepas kematiannya apabila timbul persoalan tentang siapa bapa kandung kepada tiga anaknya selain laporan berhubung rancangan upacara besar-besaran bagi memperingati Raja Pop itu kelmarin.

Laman web selebriti TMZ.com melaporkan bahawa tiga anaknya iaitu Prince Michael Junior, Paris Michael Katherine dan Prince Michael Jackson II yang masing-masing berusia 12, 11 dan 7 tahun bukan zuriat Michael.

Bekas isteri Michael, Debbie Rowe pula didakwa bukan ibu kandung kepada dua anak mereka yang paling tua.

Bagaimanapun, seorang peguam Rowe memberitahu majalah hiburan E! News bahawa anak guamnya ialah ibu kandung dua kanak-kanak itu.

"Kontroversi akan berkembang menjadi semakin rumit dan besar pada tahun depan," kata ketua pengarang TMZ, Harvey Levin kelmarin.

Pada hari yang sama, majalah selebriti US Weekly mendakwa bapa kandung Michael Jr dan Paris ialah pakar kulit yang pernah merawat penyanyi itu, Dr. Arnold Klein.

Identiti ibu tumpang kepada anak bongsu Michael, Prince Michael II, pula tidak pernah didedahkan.

Peguam Klein mengeluarkan satu kenyataan pada hari yang sama tetapi tidak mengesah atau menolak laporan US Weekly tersebut.

Tidak cukup dengan kontroversi itu, timbul pula dokumen yang didakwa wasiat Michael yang ditulis pada 2002 dan salinannya diserah kepada seorang peguam keluarga Michael.

Ia menamakan ibu Michael, Katherine sebagai penjaga tiga anaknya manakala asetnya diletakkan dalam satu tabung amanah dan diuruskan oleh penguamnya, John Branca dan eksekutif muzik, John McClain.

Wasiat itu menjadi misteri kerana ia belum pernah difailkan ke mahkamah.

Raja Pop itu turut dilaporkan mengenepikan bapanya, Joe Jackson daripada wasiat kerana mendakwa lelaki tersebut sebagai menderanya ketika zaman kanak-kanak.

Setakat ini, ibu Michael diberi hak penjagaan sementara ke atas tiga anaknya dan aset penyanyi berkenaan, sementara menunggu perbicaraan pada 6 Julai depan.

Sementara itu, beberapa laporan menyatakan jenazah Michael akan dibawa ke kediamannya di Neverland Ranch dekat Santa Barbara di California Tengah hari ini.

Ia dilakukan sebelum jenazah penyanyi lagu Beat It itu dipertonton kepada orang ramai dalam satu upacara besar-besaran pada hujung minggu ini.

Punca kematian Raja Pop yang meninggal dunia pada Khamis lalu pula hanya akan diketahui selewat-lewatnya enam minggu lagi setelah ujian keracunan diumumkan. - Agensi

p/s: Duhai sahabat..adakalanya kesilapan insan lain adalah teman petunjuk kebenaran yang nyata untuk insan lain...ambil ikhtibar dengan apa yang berlaku, kenang akan kebaikan seseorang individu itu dan belajarlah untuk menjadi insan yang sentiasa belajar ...renungkan.."

Siri Jacko IV

Salam sejahtera buat semua pembaca yang terus setia dengan pengembaraan "siri Jacko " menerusi blog saya, pada hari ini saya teruskan penulisan masih dengan tajuk yang sama iaitu informasi mengenai penyanyi kesayangan ramai ini.
Sekiranya sebelum ini saya pernah menulis mengenai masalah kesihatan raja pop ini, hari ini saya cuba kongsikan bersama anda nilai pembiayaan perubatan beliau pula.

Moga anda semua beroleh ikhtibar...


LOS ANGELES - Raja Pop, Michael Jackson berbelanja sehingga AS$49,290 (RM173,254) sebulan untuk membeli ubat-ubatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi lagu Thriller itu dipercayai mengambil banyak ubat bagi melawan beberapa penyakit yang dideritanya beberapa bulan sebelum meninggal dunia Khamis lalu.

Kesemua ubat itu dibeli dengan menggunakan nama samaran iaitu Omar Adams yang kebanyakannya dibeli di sebuah kedai di sini, Mickey Fine Pharmacy.

Antara ubat yang diambil penyanyi berumur 50 tahun itu ialah ubat tahan sakit Vicodin, ubat mengendurkan otot Soma dan bahan sedatif Xanax.

Michael juga mengambil ubat antitekanan Zoloft, antirisau dan ubat pedih hulu hati Priolosec.

Pendedahan itu adalah kebenaran mengenai tabiat pengambilan ubat-ubatan legenda itu di sebalik desakan keluarga Michael yang mahu mengetahui jumlah ubat yang diberikan kepada selebriti itu.

Seorang peguam keluarga Michael, Brian Oxman berkata:

"Randy (abang Michael) dijangka menerima satu salinan keputusan bedah siasat bagaimanapun pejabat koroner masih belum menghantarnya.

"Mereka menjangka ubat-ubatan itu menjejaskan kesihatan Micheal tetapi ia tidaklah seteruk itu."

Sebahagian ubat itu diberikan oleh pakar kulitnya, Arnold Klein.

Pada 2001, Michael disaman oleh syarikat Mickey Fine Pharmacy kerana berhutang AS$11,498.80 (RM40,415) dan dia turut berhutang dengan Dr. Klein sebanyak AS$29,568.34 (RM103,924) manakala pada 2002 seorang lagi pakar, Dr. Allen Metzger menuntut AS$26,282.97 (RM92, 376). - Agensi


p/s:
" Duhai kawan...adakalanya apa yg kita belanjakan untuk sesuatu yang kita rasakan perlu dan memberi kebaikan kepada diri kita itu adalah punca kepada pemasalahan kita....justeru itu, fikir sehabis-habisnya sebelum melakukan sesuatu.."

Rabu, 1 Julai 2009

Siri Jacko III


Setiap individu yang lahir di atas muka bumi Allah ini, pastinya dibekalkan dengan kelebihan dan kelemahan dari Yang Maha Bijaksana, agar kita tidak akan bermegah dan kufur dengan apa yang dimiliki.Setelah dikurniakan kelebihan di aturkan pula kelemahan diri, mengapa begitu sedangkan kita adalah sebaik-baik ciptaan? Mungkin kerana Dia Yang Maha Tahu itu ingin menunjukkan kepada kita bahawa kita ini saling bergantungan dan memerlukan antara satu dengan yang lain.

Tidak pernah saya menulis entry di blog sepanjang ini sehinggakan bersiri-siri. Saya berharap entry kali ini dapat memberi kepuasan dalam diri setiap pembaca.Pasti anda tertanya, apa kaitan pembuka entry ini dengan diri Jackco?... tidak ada apa yang saya ingin maksudkan sebenarnya melainkan kita juga jangan pernah terlupa bahawa kita termasuklah Jacko ini juga insan biasa, punya kelebihan dan kelemahan. Maka, tidak perlulah dipersoalkan mengenai isu-isu yang tidak patut dipersoalkan.

Sekadar muhasabah diri sepintas lalu...


Di sini saya lampirkan serba sedikit nilai ekstra yang ada pada diri diva ini:-

* menurut pendapat pakar pembedahan plastic. Jacko dipercayai melakukan lebih 40 kali pembedahan pada bahagian mukanya terutama memancungkan hidung, menaikkan tulang pipi dan meruncingkan dagu .
* Sejak tahun 1984, Jacko hidup dengan bergantung pil penahan sakit termasuk Demerol, Valium, Xanax dan Ativan yang membuat keluarganya begitu bimbang dengan ketagihan tersebut.
*Jacko dipercayai sedang mengalami maslah kewangan yang meruncing dan tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar peguamnya menyelesaikan kes-kes berprofil tingginya di mahkamah.
*Ramai yang menganggap Jacko sebagai lelaki magik dengan gaya Moonwalknya. Seni tari beliau belum dapat ditandingi sesiapa sehingga saat ini.
*Kebanyakkan peminat Jacko adalah berkulit putih berbanding daripada individu berkulit hitam.

p/s: "Duhai kawan...bershukurlah dengan apa yang dimilik, belajarlah menghargai apa yang ada hari ini agar ianya bukan menjadi parasit diri di masa hadapan, bersamalah kita berdoa agar kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri kita ini menjadi landasan pautan ke syurga-Nya...Allahumma Amiin".

In sha Allah, kita jumpa pada siri Jacko iv untuk kupasan serba sedikit mengenai "apa itu vitiligo yang dialami".

Siri Jacko II


Salam sejahter buat semua pembaca, pada entri yang lepas saya telah menulis serba sedikit mengenai latar belakang Micheal Jackson, namun pada hari ini saya teruskan dengan topik seputar mengenai penyanyi pujaan ramai ini.

Terdapat pelbagai andaian mengenai beliau antaranya pertikaian orang ramai mengenai penyakit yang dialami, cara kehidupan yang pelik dan pelbagai lagi kontroversi tentang status sebenar kehidupan penghibur ini.

Mari bersama kita bongkar misteri....hehe~~


Biarpun terdapat beberapa bukti beliau melakukan proses tersebut, termasuk dilihat bertemu pakar kulit terkenal dunia dari Santa Monica yang mendapat pendidikan di Cambridge, Dr. Ralph Massey, selain kerap berkunjung ke sebuah klinik kulit di Beverly Hills, beliau tetap menafikan tindakannya memutihkan kulit.

Malah beberapa minggu sebelum kematiannya, Jacko turut didakwa berkunjung ke Hospital Cedar-Sinai di Los Angeles bagi mengetahui tahap kanser kulit yang dialaminya.

Beliau yang dilihat hadir ke hospital tersebut dengan menutup muka dan bersarung tangan, bagaimanapun, didakwa kelihatan lega serta membuka penutup mukanya selepas diberitahu doktor bahawa kanser kulit boleh diubati.

Malah sepanjang hayatnya, Jacko tegas mendakwa beliau menghidap penyakit vitiligo atau sopak – masalah kulit yang membuatkan kulit hitam berubah menjadi putih yang dihidapi sejak tahun 80-an.

Dalam satu temu bualnya bersama Oprah Winfrey tidak lama dulu, Jacko menegaskan beliau tidak pernah melakukan sebarang proses pemutihan. Beliau juga mempersoalkan mengapa tindakan individu yang berjemur untuk menghitamkan kulit tidak menjadi kontroversi, sebaliknya apabila dia menghidap vitiligo, semua orang mempersoalkannya.

“Saya tidak perasan bila penyakit ini menyerang. Kalau tak silap terjadi pada zaman album Off The Wall dan Thriller. Ini penyakit keturunan daripada bapa saya. Saya tidak boleh menghalangnya. Saya begitu sedih kerana ia berlaku dan tidak mahu bercakap tentang sejarah penyakit keluarga saya kerana ia terlalu peribadi.

“Betul, saya tidak melakukan proses pemutihan. Malah solekan banyak membantu menutup masalah kulit saya. Tapi saya pelik kenapa warna kulit saya menjadi lebih penting daripada seni dan karya saya?” bidas Jacko dalam temu bual tersebut.

Dalam satu temu bual lain pula, Jacko menyelar media yang mensensasikan cerita tentang skandal seks dengan kanak-kanak, aset, obsesi kecantikan, kejelikan serta cerita tentang eksentrik dan erotik seorang Jacko.

Menyangkal sinis kebanyakan kenyataan tidak berasas dalam media, kata Jacko, hanya dia yang mengenali dirinya sebenar. “Kenapa tidak beritahu orang bahawa saya makhluk asing dari planet Marikh?

“Beritahu mereka saya makan ayam hidup dan membuat pemujaan vodoo pada waktu malam. Mereka akan percaya apa yang kalian katakan kerana kalian media. Tapi kalau saya, Michael Jackson yang berkata begitu, siapa akan percaya?” selarnya.

Beberapa hari sebelum kematiannya, media yang sudah sekian lama menghidu tahap kesihatan Jacko yang tidak konsisten kembali mempersoalkan isu penukaran warna kulitnya, ketagihan pil tahan sakit dan tekanan terhadap konsert mega yang sepatutnya bermula pada 8 Julai depan di 02 Arena di Docklands, London.

Sewaktu banyak pihak masih lagi berdebat tentang kesahihan beliau menukar warna kulit untuk tidak dipinggirkan khalayak dan industri hiburan Amerika, Jacko sebenarnya sedang berusaha mengembalikan jiwa etnik kulit hitamnya melalui metafora dalam lagu-lagunya serta kerjasama yang dijalinkan dengan beberapa organisasi bukan kerajaan.

Malah metafora yang diterjemahkan dalam lagu hit Black Or White hasil karyanya itu adalah satu bukti beliau cuba memisahkan diskriminasi warna kulit. Antaranya pada bait berikut: If you’re thinkin of being my baby, It dont matter if you’re black or white (Jika kamu terfikir menjadi anak saya, ia bukan masalah sama ada kamu kulit hitam atau putih).

p/s: "Duhai sahabat, kenanglah seseorang atas kebaikan, kemampuan dan kenangan indah bersamanya. Usirkan jauh-jauh segala pemikiran buruk dan jumud mengenai diri seseorang individu yang disayangi, moga dengan tindakan itu dia disenangi dan kita disayangi...gunakan minda yang ada untuk berfikir setajam yang mampu. Jumpa dalam siri ketiga Jackco".

Siri Jacko I


Sebagaimana yang telah diketahui ramai selain khabar mengenai influenza A (H1NI) yang sedang hangat diperkatakan, dunia juga turut digemparkan dengan kematian seorang raja pop Amerika (Micheal Jackson)yang merupakan penghibur kegilaan ramai terutamanya golongan remaja di serata dunia.

Di sebabkan permintaan ramai agar saya memaparkan serba sedikit mengenai penyanyi ini, saya telah mengambil beberapa langkah awal untuk mengumpul maklumat mengenainya dan pada hari ini...saya akan cuba berkongsi serba sedikit pengetahuan yang ada mengenai penyanyi idola anda ini. Moga anda terhibur.


Dilahirkan sebagai keturunan Afrika-Amerika berkulit hitam, Michael Jackson cuba masuk ke politik Amerika dengan bertopengkan warna kulit putih yang dipercayai menjadi salah satu faktor kematiannya.

APABILA Raja Pop Dunia, Michael Jackson meninggal dunia pada 26 Jun 2009, dunia meratapi pemergian manusia luar biasa ini. Beliau meninggalkan segala kemewahan dunia pada usia 50 tahun dengan penuh tanda tanya selepas disahkan terkena serangan jantung di kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Segala spekulasi tentang Michael yang juga digelar Jacko ini telah terkubur bersama kematiannya – daripada isu cabul, diancam kemiskinan, jenayah seksual serta yang paling mendapat perhatian ialah isu ‘orang hitam ke orang putihnya’ yang masih dipersoalkan.

Pada saat ikon muzik dunia yang dianggap erotik dan eksentrik ini disemadikan, dunia masih tertanya-tanya tentang tindakan Jacko yang mahu mengubah ciptaan asal Tuhan hanya untuk ‘masuk’ ke dalam dunia Amerika.

Sedangkan pada realitinya anak Afrika-Amerika ini menjadi penyanyi kulit hitam yang mencetuskan revolusi muzik luar biasa sejak tahun 70-an. Dengan bakat semula jadi, beliau memecah tembok kasta warna kulit putih dan hitam melalui karya-karyanya.

Beliau juga menjadi penyanyi Afrika-Amerika pertama yang mendominasi hampir kesemua carta lagu dunia berbulan-bulan lamanya. Tidak cukup dengan itu, lima album studionya, Off The Wall (1979), Thriller (1982), Bad (1987), Dangerous (1991) dan HIStory (1995) menjadi album paling laris jualannya dalam sejarah bisnes muzik dunia.

Jika penjualan album tersebut masih tidak memadai untuk mengangkat Jacko sebagai legenda, fakta bahawa beliau disenaraikan sebagai penerima tiga kali pengiktirafan Guinness World Records barangkali hal paling baik untuk mengingatkan kita tentang fenomena Jacko.

p/s: " Duhai teman...mengetahui sejarah individu berkarisma itu bagus, satu usaha mengenang sejarah lampau, namun ...kenalilah individu yang banyak berbakti di sekitar kita hanya untuk agama, ilmu, maruah bangsa dan kedaulatan negara itu lebih lebih dahulu. Ambil ikhtibar dan pedoman dari kisah mereka. Jumpa lagi dalam siri Jacko II. Selamat membaca ".