THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

follower (teman setia membina Ilham)

Sabtu, 5 Jun 2010

Antara 2 rasa 2 jiwa...sweetnya!!!


Assalamualaikum wbt ...
Penulisan hari ini agak sedikit ringkas, memandangkan sekarang masih dalam fatrah imtihannat, sekadar mencuri setengah jam di hari ini untuk "mencarik sawang" di arena ini yang sudah lama tidak dihiasi dengan penulisan baru, sebelum itu "SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN buat semua pembaca terutamanya mahasiswa/wi Malaysia di bumi 1000 khuffaz ini.

Entry hari ini berkisarkan kaitan cinta dan puisi, selamat membaca *(^_^)**



setelah hampir sejam setengah menghadap buku rujukan, jari-jemari ini seakan gian untuk berlari di papan kekunci, ku ikutkan rasa... mula menggagau Mr. Google untuk mentelaah puisi semangat, tapi sepanjang pencarian kudapati banyak sekali puisi cinta, boleh dikatakan puisi dan cinta memang tak dapat di pisahkan.

Maka, kotak fikiranku sedikit diketuk, aku termangu hampir setengah jam, sambil mataku melilau ke luar jendela yang berhadapan dengan meja belajarku ini, ku lihat ada bulan, bintang, awan dan pepohon melambai ditiup bayu, akhirnya aku seakan mendapat ilham. Alhamdulillah...

Rupanya,puisi dan cinta tak jauh bezanya

cinta tiada berbahasa tapi memberi rasa,cinta memerlukan jiwa mendramakan kehidupan, Sebuah kehidupan yang manusia lalui dengan rencahnya.

lantas, puisi juga tiada berbahasa, memerlukan cakrawala untuk mengrkspresi makna, memerlukan alam untuk mengindahkan bicara, memerlukan pelangi untuk mewarna dan semestinya perlukan bulan dan mentari untuk menambah rasa.

Indahnya bait-bait manis seumpama senyum mengujakan, dan ukiran senyuman itu adalah cinta sebahagian manusia.

indah.....

tak tergapai dan tak tersentuh walau kepingin untuk menyapanya.

begitulah alam mengajar kita kecewa!
kecewa dalam apa jua destinasinya, sama ada cinta mahupun lainnya.

Aduhai~~~
tertusuk jiwa ini
tergamam perasaaan ini

apabila cinta memungkiri niatya, terbitlah siang tanpa mentari,terlihat malam kehilangan seri si purnama, senyum yang dulu menggetar dada kini segaris sebak nyata, mungkin juga bagaikan syurga tanpa bidadari.

memang puisi tempat jiwa berlari, melarikan rindu dari rindu, melukiskan rasa seluas2nya...mengocak minda utk terus berkata dan bertanya.

cukup sedikit kupasan buat hari ini, ada masa in sha Allah dikongsikan lagi.Sekali lagi salam maju jaya buat semua! berusahalah agar kamu mampu untuk memberi apa yang kamu usahakan buat kebaikan semua,teruskan tersenyum =) dalam apa jua keadaan, senyum itu ketabahan dan senyum itu pelengkap cinta =).


p/s : "duhai cintaku, , usah terburu2 mencari cinta, usah dikenang duka lama, usaha dikuasai segala rintih rayu godaan jiwa, pasti ada yang terbaik buatmu di ats redha-Nya... Allahumma amiiin..=) "

Khamis, 18 Mac 2010

Lepasan SPM'09 -Tawaran Menyambung Pelajaran Ke Jordan


Assalamualaikum wbt,
diharapkan semuanya berada di dalam kondisi yang baik dan sentiasa di bawah penjagaan
Yang Hakiki. Tahniah buat semua junior2 akak di Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Selangor yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Tinggi sesi 2009 yang lalu, buat adik2 yang kurang bernasib baik, jangan cepat berputus asa, terima apa sahaja keputusan dengan hati yang redha dan janakan semangat yang lebih padu untuk terus menongkah arus di masa hadapan.

Kali ini, rencana yang saya titipkan buat anda semua berbentuk
TAWARAN TERHEBAT... hehe =) buat adik2 lepasan SPM atau sesiapa yang mempunyai anak atau saudara mara yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan bagi Ijazah Sarjana Muda (BA), bolehlah layari LINK ini.

"Tapi saya bukan best student yang dapat straight A's ...adakah peluang untuk saya? "

kami memberi jawapan bahawa " anda juga masih mempunyai peluang dengan syarat kelayakan yang mudah untuk membolehkan anda menyambung pelajaran di beberapa universiti di Jordon ini yang mendapat pengiktirafan dari Malaysia dalam beberapa pengkhususan antaranya Syariah (Fiqh wa Usuluh) ataupun usuluddin... fikir2kan ..."



Berminat mengikuti pengajian di unversiti Jordan di peringkat Ijazah Sarjana Muda (BA) hendaklah memenuhi
syarat kelayakan minimun yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti berikut :-

i.Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memperoleh lima (5) Kepujian dalam matapelajaran berkaitan bagi semua bidang pengajian.
ii.Pelajar diwajibkan memperoleh pangkat Kepujian di peringkat SPM dalam semua matapelajaran berikut :

1) Bahasa Arab Tinggi/Komunikasi
2) Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
3) Pendidikan Syariah Islamiayah


Tak tahu bagaimanakah caranya? jangan risau jaringan mahasiswa Al-bayt boleh membantu, lawati blog mereka melalui Link yang telah saya sediakan, dan berhubunglah dengan moderator-moderator yang tersedia, ataupun anda juga boleh menggunakan applikasi facebook dengan meng'add' profil "
Seraut Tasbih".

Jaringan Mahasiswa Al-bayt menawarkan beberapa pengurusan yang dapat membantu memudahkan proses anda untuk mendapatkan tempat di university yang ditawarkan. Antara pengurusan yang mereka tawarkan merangkumi seperti berikut;-


a. Mengemaskini data/borang dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi
b. Menyediakan bengkel "PENERANGAN DAN PERSEDIAAN" kepada pelajar sebelum melanjutkan pelajaran ke Jordan
c. Menyediakan tiket penerbangan
d. Rombongan jemaah pelajar akan diiringi oleh guru pengiring yang berpengalaman
e. Penginapan disediakan berhampiran universiti (rumah sewa/ asrama)
f. Pihak kami akan menyambut ketibaan para pelajar serta pengangkutan akan disediakan oleh setibanya di lapangan terbang Jordan

Apa tunggu lagi? cepat!!! jangan lepaskan peluang keemasan ini, tarikh tutup untuk pengambilan bulan Jun 2010 adalah
sebelum 15 Mei 2010.

Akhir kata, Salam melangkah ke gerbang kegemilangan buat semua... hargai peluang yang terbentang di hadapan dengan penuh penghargaan bukannya sebagai satu kesangsian.


Selasa, 2 Mac 2010

Iman Seekor Semut


Assalamualaikum wbt.
moga semuanya berada di dalam keadaan yang baik serta teguh imannya,
bila berbicara tentang iman, sesungguhnya kita mengetahui bahawa iman manusia itu adakalanya bertambah dan adakalanya berkurangan.Semoga kita sama-sama memperteguhkan iman yang ada di dada dengan mengingati dan mensyukuri segalan ciptaan-Nya.

Sebelum rancak mengukir kata berkisarkan bualbincang hari ini, mari bersama kita mengkaji apa ada pada seekor semut yang kecil? untuk ketahui lebih lanjut
klik di sini. Apakah pula perkaitannya dengan tajuk penulisan saya pada hari ini? hmmm.. nak tahu... teruskan membaca.



Kisahnya bermula di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:
" Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Nabi Allah Sulaiman bertanya lagi:
" Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun megutarakan cadangan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut.

Lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut tersebut: "Kamu berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut:
"Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Seekor Semut!

p/s: "Duhai teman, saudara dan pejuang... sesungguhnya semut sekecil2 ciptaan itu sahaja mampu memperteguhkan imannya dan mengangkat keagungan Penciptanya, mengapa kita yang sebaik-baik ciptaan-Nya ini tidak mampu sedemikian? fikir-fikirkan... salam memperteguhkan iman buat semua..."

Ahad, 7 Februari 2010

Anak manusia


Sebuah coretan yang ku harap mampu merungkai sebuah erti kekesalan
menggalakkan agar diri terus berusaha dan gigih untuk berdiri semula
terima kasih Tuhan kerana menghadiahkan aku sebuah kesedaran ketika aku
makin tenggelam dengan duniaku.






Takbir keramat meragut lena
Dingin sirna berganti cerah
Kokokkan berganti deruman bajak
Anak manusia hanyut bermimpi

Bayu timur menghela barat
Sirna riuh disapa senja
Purnama timbulkan belang
Anak manusia masih tak berganjak
Bermimpi..

Denyut jantung arusnya debar
Benderang kini gelita
Senyum menitip sendu
Namun anak manusia terus bermimpi

Damai menyeru gempita
Pedoman hilang kemana
Manusia binatang tak punya beza
Mengapa anak manusia makin nyenyak terleka?


p/s : " Bangkitlah sekalian! agar kita tidak ketinggalan disebabkan sebuah kelekaan. Kejarlah impian mu dengan penuh semangat dan pengharapan ..."

Rabu, 27 Januari 2010

Namamu Mekar Dalam Doaku.





assalamualaikum wbt…



rasanya dah lama jari –jemari ini tidak berlari dipapan kekunci e-cute ku ini, bahkan coretan malam ini bertemankan linangan air mata yang tak tertahan,menerima kiriman pesanan ringkas dari teman seakan-akan melirik senyum ditabir bibirku, namun senyuman itu hilang mekarnya setelah ku baca pesanan tersebut. Betapa aku terkejut! hanya 1 lafaz yang mampu aku katakan di saat itu…

“ innalillah...”

Sepantas kilat kudratku mencapai iphone yang sekian lama tidak aku sentuh di sebabkan jadual harian yang padat dengan peperiksaan. Ku hubungi teman-teman untuk mengetahui tentang kesahihan berita itu, namun esak tangis teman-teman sebaik panggilan ku diangkat seolah-olah sudah menjawab persoalan yang pada hakikatnya masih berputar di benakku tetapi belum ku lontarkan.

Mutiara putih meluncur laju jatuh ke pipi. Ku kesat secepat mungkin agar diri kembali tenang. Ku hadiahkan pemergian teman ku itu dengan bait-bait kalam Allah… Al-fatihah. Moga pemergiannya menjadi iktibar buat kita semua. Sungguh tidak aku duga aku kehilangan sekali lagi teman yang paling rapat denganku… sungguh aku teruji.

Ketika aku duduk sendirian , terngiang-ngiang kenakalan temanku itu yang selalu mengusik ku dengan bait-bait dari sebuah lagu yang dipopularkan oleh sebuah kumpulan yang berasal dari Indonesia.

“ aku mentari tapi tak menghangatkanmu,
aku pelangi tak memberi warna hidupmu,
aku sang bulan tak menerangi malammu,
aku lah bintang yang hilang ditelan kegelapan…”

memori itu membuatkan aku bahagia seketika, tatkala aku kembali nyata, ku sedari itu semua sekadar hadiah daripada sebuah kenangan agar temanku itu terus hidup di dalam kotak fikiran ku selamanya.

Terima kasih teman, kawan dan sahabat. Pemergianmu tidak akan pernah melunturkan memori kita bersama.Kau teman terbaikku dan moga kau ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman.

Namamu mekar dalam doaku setiap hari.


Rabu, 25 November 2009

Salam Persahabatan Di Pinggiran Lebaran 2009


*kembali menulis berbahasa ibonda agar semua yang membaca lebih mudah untuk memahami*

Saat kucuba fahami kebisuanmu,
Aku sedar ternyata kau berbicara bahasa jiwa,
Jiwamu sayup bersuara ;
Walau jasadku dimamah bumi tp jiwaku tetap bersamamu sahabatku,
Kerana aku adalah kamu dan kamu adalah aku,
Kerana kita adalah sahabat.




25 Nov 2009- chatting bersama pelajar perubatan mesir, hampir 2 jam berborak , pelbagai aspek kami perbincangkan, akhirnya terlintas di fikiran seuntai ilham yang aku rasakan perihalnya sangat ma’aruf tapi ertinya tak mampu terungkap dengan jutaan kata, kerana ia sebuah
PERSAHABATAN.

Topik yang sering ditemui di mana sahaja, sama ada ketika melewati blog atau web individu. Klik sahaja mengenai ini pelbagai perspektif mampu di gambarkan. Adakalanya jaringan persahabatan ini lebih hebat daripada kisah cinta Laila Majnun mahupun Romeo dan Juliet. Adakalanya ia juga seumpama grafik mata wang Ringgit Malaysia dan Dolar yang setiap saat turun dan naik nilainya.

Namun, tinggi atau rendah nilainya terletak pada cara bagaimana persahabatan itu dikemudi, harus di ingati fikrah (pemikiran) dan penerimaan seseorang sahabat itu berbeza dengan sahabat yang lain, sekiranya berkeinginan untuk menjadi teman terbaik kepada seorang sahabat yang lain belajarlah menghormati hak dan perasaan individu tersebut.

Tegurlah sahabat anda menggunakan kata-kata yang terbaik, gunakan bahasa selembut yang termampu, bukan sekadar mendabik dada menuding jari tanpa pernah berusaha untuk memahami siapa sahabat itu yang sebenar. Muhasabah diri sendiri terdahulu sebelum melakarkan gurisan luka di hati insan lain yang bernama sahabat. Ingatlah.. kata-kata itu walaupun tidak terlihat dek pancaindera namun hebatnya setajam mata pedang.

Duhai rakan, kawan , teman, sahabat dan kekasih…

Raikan persahabatan yang ada pada hari ini dengan jiwa terbuka, kenalilah siapa sahabat anda yang sebenar agar ukhwah yang terjalin bukan sekadar ukhwah biasa , jadikanlah jalinan tersebut sebagai batu loncatan untuk meraih redha-Nya, bersamalah berusaha untuk menjadi sahabat yang terbaik , sahabat yang sentiasa menasihati temannya , sahabat yang sentiasa hormat dengan temannya dan sahabat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan buat temannya.

Hargailah sahabat anda sebagaimana anda mengjargai diri sendiri kerana dalam diri sahabat itu ada kamu dan dalam diri kamu pasti juga punyai sahabat. Renungkan sejenak...

……………………………………………………………………………………………………………………………………
Buat semua yang mengenali diri ini …

SALAM AIDIL ADHA , MAAF ATAS SEGALANYA,

SALAM SAYANG DARI KEMBARA2DUNIA.



Selasa, 17 November 2009

Foreword By Kembara2dunia

Ayang's (the girl with fingers peace)picture during her Graduation Day.

TIIP!
TOOP!

My skype rang (buzzing) one day and I smiled as I saw my darling sister's name appearing on my e'cute screen, 0ohoo... actually e'cute is name of my notebook =). than I made a video call.

"salam sweety, how are you? I said when I saw my lovely sister face appeared on my screen.

"Alhamdulillah ... everything doing well here, what bout you sis? she replied cheerfully.

"Alhamdulillah ... fine, what's up sis? " ...

So the conversation went on for half an hour. We talked and laughed togather in every topic, but the main topic landed that I wanted to share with all of you is the special final exams she was scheduled to take on 18 November 2009.

Despite studying so hard, she was still nervous and less confidence, as she knew she needed to score the highest grade to increase her chances to get into the university, for her the result of this examination will give the vital implication for her future.

[11/7/2009 7:25:16 PM] haniyani: ok2....tapi ayg riso 4 subjk nie..fzk kmia,admth,acct....
[11/7/2009 7:25:25 PM] haniyani:
xbsemangat
[11/7/2009 7:25:35 PM] Queenary Ain Aleayya: oi.. mana leh x semangat
[11/7/2009 7:25:53 PM] Queenary Ain Aleayya:
subject mcm tu kamu kena bnyk tekankan skit utk study
[11/7/2009 7:25:59 PM] Queenary Ain Aleayya:
nak x nak.. mmg kena struggle skit ok
[11/7/2009 7:26:07 PM] Queenary Ain Aleayya:
sb
b tu subject penting
[11/7/2009 7:27:25 PM] haniyani: btl ar 2.....hmm kamu pun doa la utk ayg
[11/7/2009 7:27:54 PM] Queenary Ain Aleayya: in sha Allah, sentiasa doa yg terbaik
[11/7/2009 7:28:06 PM] Queenary Ain Aleayya: rajin2 ler bangun tahajjud , bnykkn solat taubat
[11/7/2009 7:28:10 PM] Queenary Ain Aleayya: agr x de dosa yg mjadi penghalang kejayaan
[11/7/2009 7:28:17 PM] Queenary Ain Aleayya: rajin2kan diri juga wat slt hajat ok
[11/7/2009 7:28:17 PM] Queenary Ain Aleayya: pastu sebelum masuk dewan exam tu selawat bnyk2
[11/7/2009 7:30:12 PM] Queenary Ain Aleayya: lps dah abis jawab " bismillahitawakkaltu 'ala Allah"
[11/7/2009 7:30:20 PM] Queenary Ain Aleayya: pastu baru langkah keluar dewan dengan senyuman…
[11/7/2009 7:25:16 PM] haniyani: ok kak... ayg cuba the best yg ayg mampu.

for all my dear sisters out there especially my biogenetical sis Nur Izzah Izyani Jamaluddin (known as Ayang)...

" Well, wake up during the last third of the night and make your Tahajjud prayers my dear. Its the best time to ask from Him what we want. But the deal is that you have to ask Him, and this is among the best time to do it. Remember my sis, He promised to fullfill our wishes but we gotta ask Him for it first..." I tried to warm her spirit =)..

Later during the day as I thought of my dearest sister, reflected on what our beloved messenger of the Most Almighty (PBUH)once said :-

"
If you were to rely on Allah as He should be relied on, He would provide for you as He provides for the birds. They go out in the morning hungry and return in the evening full " - at-Tirmizi.

subhanAllah...subhanAllah...subhanAllah...

what a great words... I absolutely fall in love with this hadith.

Lastly, I wish you the best of shining luck in your examination, hope the stair of success will be always in your side. The sun will shine into our yard too once day .. in sha Allah... believe on yourself and u'll pass your examination with flying colors.  I pray for your wealth and happiness even we are far away in distance. 



p/s: "
all the best for all SPM candidates batch 2009, try your best. Mulakan setiap langkah dengan Bismillah.." =)