*kembali menulis berbahasa ibonda agar semua yang membaca lebih mudah untuk memahami*
Saat kucuba fahami kebisuanmu,
Aku sedar ternyata kau berbicara bahasa jiwa,
Jiwamu sayup bersuara ;
Walau jasadku dimamah bumi tp jiwaku tetap bersamamu sahabatku,
Kerana aku adalah kamu dan kamu adalah aku,
Kerana kita adalah sahabat.
25 Nov 2009- chatting bersama pelajar perubatan mesir, hampir 2 jam berborak , pelbagai aspek kami perbincangkan, akhirnya terlintas di fikiran seuntai ilham yang aku rasakan perihalnya sangat ma’aruf tapi ertinya tak mampu terungkap dengan jutaan kata, kerana ia sebuah PERSAHABATAN.
Topik yang sering ditemui di mana sahaja, sama ada ketika melewati blog atau web individu. Klik sahaja mengenai ini pelbagai perspektif mampu di gambarkan. Adakalanya jaringan persahabatan ini lebih hebat daripada kisah cinta Laila Majnun mahupun Romeo dan Juliet. Adakalanya ia juga seumpama grafik mata wang Ringgit Malaysia dan Dolar yang setiap saat turun dan naik nilainya.
Namun, tinggi atau rendah nilainya terletak pada cara bagaimana persahabatan itu dikemudi, harus di ingati fikrah (pemikiran) dan penerimaan seseorang sahabat itu berbeza dengan sahabat yang lain, sekiranya berkeinginan untuk menjadi teman terbaik kepada seorang sahabat yang lain belajarlah menghormati hak dan perasaan individu tersebut.
Tegurlah sahabat anda menggunakan kata-kata yang terbaik, gunakan bahasa selembut yang termampu, bukan sekadar mendabik dada menuding jari tanpa pernah berusaha untuk memahami siapa sahabat itu yang sebenar. Muhasabah diri sendiri terdahulu sebelum melakarkan gurisan luka di hati insan lain yang bernama sahabat. Ingatlah.. kata-kata itu walaupun tidak terlihat dek pancaindera namun hebatnya setajam mata pedang.
Duhai rakan, kawan , teman, sahabat dan kekasih…
Raikan persahabatan yang ada pada hari ini dengan jiwa terbuka, kenalilah siapa sahabat anda yang sebenar agar ukhwah yang terjalin bukan sekadar ukhwah biasa , jadikanlah jalinan tersebut sebagai batu loncatan untuk meraih redha-Nya, bersamalah berusaha untuk menjadi sahabat yang terbaik , sahabat yang sentiasa menasihati temannya , sahabat yang sentiasa hormat dengan temannya dan sahabat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan buat temannya.
Hargailah sahabat anda sebagaimana anda mengjargai diri sendiri kerana dalam diri sahabat itu ada kamu dan dalam diri kamu pasti juga punyai sahabat. Renungkan sejenak...
……………………………………………………………………………………………………………………………………
Buat semua yang mengenali diri ini …
SALAM AIDIL ADHA , MAAF ATAS SEGALANYA,
SALAM SAYANG DARI KEMBARA2DUNIA.
10 comments:
assalamualaikum anis...aisyah rindu sngt kat anis... mgkin kta xda jodoh nak jmpa kat KL kn... sdgkn jarak dkt jaa..huhuhu apa2 aisyah doakan anis dirahmati allah selalu... all da best in your life...
-Kita merancang ALLAH y menentukan-
salam ukhwah-salam sayang ya anis qurratuaini=)
sahabat bukan sahaja utk kita berada di tempat yg gembira...
spttnye dia brada dimana sahaja...
sebagai pembimbing..
sebagai penggerak...
sebagai penyambut..
dan juga sebagai penghibur...
dalam apa situasi sekalipun...
melihat sahabat sentiasa senyum..itu yg sering ku harapkan...kata2 bagaikan pedang yg bisa mmbunuh bukan sahaja lawan,,bahkan kawan klu tersalah mnggunakannya..
salam hari raya...zagazig mesir..=)
emm.. nice artical
so many meaning... and advice..
good job..
friendz from johor..
slamat hari raya aidiladha
uchukk..
aka met raya..meski kita tunggu sehari lagi huhuhu....
to aisyah...
terima kasih ats kasih syg dan dorongan yg diberi, semoga Allah memberkatmu... mmg hari tu x berkesempatan nak berjumpa namun percayalah pasti ada hikmah yg tersedia buat kita... salam sayang penuh kerinduan dr ku untuk mu =)
to 'tanpa nama' from zagaziq mesir..
seakan tahu dan mengerti siapa pemberi komentar... persahabatan itu indah sekiranya dijalin dgn ukhuwah kerana Allah... jadilah teman yang terbaik buat semua yg bernama insan...
salam aidil adha ...
to 'tanpa nama' frenz frm Johor..
thanks 4 yr support... i jz wanna to share wht i'm thinking, what i feel and what i want all out there to knw... jz only tht... thanks a lot fr yr commention.. i really luv it.. come again n give more oppinion here...
To another "tanpa nama"
tp rasanya kenal siapa dia... sbb bahasa yg digunakan... so .. for Aslam Darwish... Selamat hari raya Aidil Adha juga uchukkk... uchukk jgn nakal2 tau... =p
to adikku manis dea as sukardi @ dewi...
hehe~ ya la adik.. kite kena sabar menunggu raya yang lewat sehari dari negara lain, di mana bumi di pijak pastilah di situ langit dijunjung.. hehe~~ sabar itu indah ... salam aidiladha maaf atas segalanya.. sayang kamu... =)
Catat Ulasan