THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

follower (teman setia membina Ilham)

Sabtu, 5 Jun 2010

Antara 2 rasa 2 jiwa...sweetnya!!!


Assalamualaikum wbt ...
Penulisan hari ini agak sedikit ringkas, memandangkan sekarang masih dalam fatrah imtihannat, sekadar mencuri setengah jam di hari ini untuk "mencarik sawang" di arena ini yang sudah lama tidak dihiasi dengan penulisan baru, sebelum itu "SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN buat semua pembaca terutamanya mahasiswa/wi Malaysia di bumi 1000 khuffaz ini.

Entry hari ini berkisarkan kaitan cinta dan puisi, selamat membaca *(^_^)**



setelah hampir sejam setengah menghadap buku rujukan, jari-jemari ini seakan gian untuk berlari di papan kekunci, ku ikutkan rasa... mula menggagau Mr. Google untuk mentelaah puisi semangat, tapi sepanjang pencarian kudapati banyak sekali puisi cinta, boleh dikatakan puisi dan cinta memang tak dapat di pisahkan.

Maka, kotak fikiranku sedikit diketuk, aku termangu hampir setengah jam, sambil mataku melilau ke luar jendela yang berhadapan dengan meja belajarku ini, ku lihat ada bulan, bintang, awan dan pepohon melambai ditiup bayu, akhirnya aku seakan mendapat ilham. Alhamdulillah...

Rupanya,puisi dan cinta tak jauh bezanya

cinta tiada berbahasa tapi memberi rasa,cinta memerlukan jiwa mendramakan kehidupan, Sebuah kehidupan yang manusia lalui dengan rencahnya.

lantas, puisi juga tiada berbahasa, memerlukan cakrawala untuk mengrkspresi makna, memerlukan alam untuk mengindahkan bicara, memerlukan pelangi untuk mewarna dan semestinya perlukan bulan dan mentari untuk menambah rasa.

Indahnya bait-bait manis seumpama senyum mengujakan, dan ukiran senyuman itu adalah cinta sebahagian manusia.

indah.....

tak tergapai dan tak tersentuh walau kepingin untuk menyapanya.

begitulah alam mengajar kita kecewa!
kecewa dalam apa jua destinasinya, sama ada cinta mahupun lainnya.

Aduhai~~~
tertusuk jiwa ini
tergamam perasaaan ini

apabila cinta memungkiri niatya, terbitlah siang tanpa mentari,terlihat malam kehilangan seri si purnama, senyum yang dulu menggetar dada kini segaris sebak nyata, mungkin juga bagaikan syurga tanpa bidadari.

memang puisi tempat jiwa berlari, melarikan rindu dari rindu, melukiskan rasa seluas2nya...mengocak minda utk terus berkata dan bertanya.

cukup sedikit kupasan buat hari ini, ada masa in sha Allah dikongsikan lagi.Sekali lagi salam maju jaya buat semua! berusahalah agar kamu mampu untuk memberi apa yang kamu usahakan buat kebaikan semua,teruskan tersenyum =) dalam apa jua keadaan, senyum itu ketabahan dan senyum itu pelengkap cinta =).


p/s : "duhai cintaku, , usah terburu2 mencari cinta, usah dikenang duka lama, usaha dikuasai segala rintih rayu godaan jiwa, pasti ada yang terbaik buatmu di ats redha-Nya... Allahumma amiiin..=) "

3 comments:

..::بشرى::.. berkata...

Subhanallah..bahasa itu indah bagi yang punya jiwa, hati itu itu bersih bagi yang tahu menjaga cinta..Allah..

Rockert2010 berkata...

fatrah imtihannat tu ape?

tiara-qurratu'aini berkata...

BUSHRA =)
terima kasih ats sokongan yg saudari berikan
semoga tetap setia bersama Arena Tiara Ilmi Qurratu 'aini.. apa yg tertulis sekadar 1 perkongsian biasa dr seorang hamba biasa pada Tuhan-Nya. Sama2 kita ambil ikhtibar.. moga beroleh kejayaan.

ROCKERT2010 =)
terima kasih ats pertanyaan yang di ajukan
saya terlupa untuk maklumkan apa maksudnya...
fatrah imtihan itu bermaksud tempoh peperiksaan...
maaf kerana lewat memberi feed back... =)

Catat Ulasan