THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

follower (teman setia membina Ilham)

Selasa, 24 Mac 2009

Boleh Mencarinya Tetapi Jangan Terlalu.

Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja
kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga.....

Seelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL.


p/s:
"duhai teman, mencari kesempurnaan itu tidak salah, tapi janganlah terlalu mengejar sepenuhnya kesempurnaan itu, ingatlah kita diciptakan sebagai manusia punya kebaikan dan kelemahan, namun sekiranya kita sentiasa meletakkan diri untuk menjadi dan memberi yang terbaik dalam apa jua perkara, sudah cukup untuk kita anggap bahawa kesempurnaan itu sudah terbentuk. Boleh mencari kesempurnaan itu tetapi jangan biarkan diri anda terlalu mengejar untuk mengecapinya."

Khamis, 19 Mac 2009

Misteri Segitiga Bermuda

Add Image
Tahukah kawan-kawan,sebenarnya wilayah Segitiga Bermuda ini tak benar bila dikatakan segitiga, sebab batas-batas dari petunjuk kapal-kapal atau pesawat terbang yang hilang sudah melebihi dari bentuk segitiga itu. Segitiga itupun hanya merupakan imajinasi saja. Bila kita ambil peta, kita buka di bagian Amerika Tengah, di sana terdapat banyak kepulauan Hindia Barat. Untuk mengetahui bagaimana bentuk dari Segitiga Bermuda itu, kita tarik garis dari kota Miami ke kota San Juan di Puerto Rico; dari San Juan ke pulau Bermuda; dan kembali ke Miami di daerah Florida, Amerika. Citer sejarah mengenai segitiga bermuda bermula apabila kegembiraan Christopher Columbus dan anak kapalnya menemui benua Amerika pada 1492 tiba-tiba saja bertukar menjadi mimpi ngeri.Tanpa diduga, ketika meneruskan pelayaran, kumpulan ekspedisi berkenaan tidak hanya menemui benua baru itu tetapi turut berhadapan dengan fenomena mistik yang meremangkan bulu roma dan menyeramkan.Di tengah samudera luas, secara tiba-tiba jarum kompas di kapal Columbus bergerak tanpa arah yang pasti. Kejadian aneh berkenaan semakin membingungkan kerana ia berlaku ketika cuaca di luar kapal begitu baik.Peristiwa mistik tidak tamat di situ saja. Tidak lama selepas itu, ketika malam menjelma, kalangan kelasi dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjatuh ke dalam laut tidak beberapa jauh daripada kapal berkenaan.Mereka juga melihat satu lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja. Pengalaman aneh itu dicatatkan Columbus ketika menceritakan mengenai ekspedisinya meninjau wilayah baru itu.Dalam meneliti kawasan Amerika yang baru dijumpai itu, pelayar terbabit mungkin sedikit gerun selepas mendapati kawasan itu bukanlah bumi biasa, terdapat sesuatu yang misteri mengenai wilayah itu.Sememangnya wilayah mistik yang dilalui Columbus itu terus kekal misteri sehingga kini. Kawasan terletak antara Miami di Florida,puertoRico,di Jamaica dan Bermuda terus menyimpan rahsia yang tidak dapat dipecahkan selama ratusan tahun.Columbus dan ahli ekspedisinya boleh dikatakan agak beruntung berbanding pihak lain yang melalui kawasan yang kini dikenali ‘Segitiga Bermuda’ itu. Ahli pelayaran kurun ke-15 itu sekadar diperlihatkan kejadian aneh dan mistik tetapi ratusan kapal dan pesawat yang melalui perairan itu selepas Columbus terus ghaib tanpa dapat dikesan!Peristiwa terbesar yang pernah terjadi di Segitiga Bermuda adalah lenyapnya kapal perang Inggeris iaitu Atlanta pada 1880.Sebaik kapal besar itu melalui kawasan perairan berkenaan, ia terus lenyap bersama 300 kadet dan askar di dalamnya.Rupanya Segitiga Bermuda tidak hanya ‘menelan’ kapal laut yang melalui kawasan perairannya tetapi juga di ruang udara yang terdapat dalam lingkungan pertemuan tiga negeri berkenaan.Selain kapal laut, pesawat yang terbang di Segitiga Bermuda yang berkeluasan kira-kira 1.2 juta kilometer persegi itu turut ghaib tanpa dapat dikesan. Peristiwa terbesar membabitkan kehilangan pesawat terbongkar pada 1990 apabila lima jet Grumman TBF Avenger AL AS yang tengah meronda melintas wilayah laut itu terus ghaib daripada radar pusat kawalan udara pada 5 Disember 1945, ketika waktu masih siang.Penyiasatan mendapati komandan penerbangan sempat berhubung dengan pusat kawalan dan melaporkan yang kumpulan mereka mengalami ‘gangguan’ sebelum semua pesawat itu ghaib beberapa minit kemudian tanpa sempat memberi isyarat SOS.Kehilangan lima pesawat itu menyebabkan sebuah pesawat lain iaitu Martin PBM-3 Mariner diterbangkan untuk operasi mencari tetapi pesawat itu turut lenyap bersama 13 anggota di dalamnya. Operasi mencari turut gagal menemui serpihan pesawat berkenaan.Tahun demi tahun berlalu, sekitar 1990, seorang peneliti tampil bersama penemuan menggemparkan apabila menjumpai kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Ujian mendapati kerangka itu milik TBF Avenger yang hilang lebih 30 tahun sebelum itu.Konflik lebih menarik berlaku dalam proses pencarian pesawat pengangkut C-119 flying Boxcar yang hilang pada 7 Jun 1965. Seperti kes lain, pesawat itu terbang melalui Segitiga Bermuda dan terus gahib tanpa dapat dikesan.Operasi menyelamat dikerahkan tetapi tetap tidak menjumpai jejak serpihan ataupun mayat anggota dalam pesawat itu.Kehilangan itu terus menjadi misteri sehinggalah pada 1973, seorang pengkaji UFO mengemukakan teori yang menarik tumpuan ramai pihak menerusi artikelnya yang diterbitkan Biro UFO Antarabangsa.Dalam artikel itu dimuatkan kenyataan angkasawan Gemini IV, James McDivitt dan Edward H. White II. Mereka menceritakan pada waktu hilangnya pesawat C-119, dua angkasawan itu sedang mengamati wilayah sekitar Kepulauan Hawaii Menurut catatan NASA, pada 3 hingga 7 Jun 1965, kedua-dua angkasawan itu sedang melakukan eksperimen di luar kapsul Gemini dan McDivitt menyatakan dia melihat sebuah UFO meluncur di udara berhampiran Hawaii. Beberapa minit kemudian, White turut menyaksikan objek lain yang berbentuk serupa.Sejak itu, cerita mengenai UFO yang ‘menculik’ C-119 terus heboh sehingga menarik perhatian ramai pihak. Bagaimanapun, pihak yang skeptikal dengan kenyataan itu tetap menyangkal dengan tanggapan bahawa kedua-dua angkasawan itu mungkin tersalah anggap.Sehingga kini, kes membabitkan pesawat C-119 Flying Boxcar, TBF Avenger, Martin PBM-3 Mariner, kapal laut Atlanta serta ratusan lagi kes kehilangan kapal dan pesawat di kawasan itu terus kekal misteri dan tidak dapat diselesaikan.Bagaimanapun, terdapat persamaan dalam kebanyakan kes - ghaib ketika keadaan cuaca baik, kapal dan pesawat tidak memiliki masalah atau kerosakan teknikal, perhubungan radio antara pesawat dan kapal dengan pusat kawalan berjalan biasa sehinggalah ia terus terputus tanpa disangka. Banyak teori dikaitkan sebagai punca misteri Segitiga Bermuda. Ada yang mengemukakan teori lingkungan waktu, medan graviti terbalik, anomali magnetik-graviti, fenomena gempa laut, serangan gelombang besar termasuk dikaitkan dengan lubang hitam di angkasa.Teori lebih pelik adalah wilayah itu dikatakan markas UFO di Bumi ini, pusat pemerintahan kota Atlantis yang tenggelam ribuan tahun lalu, kota manusia duyung selain pusat persembunyian Dajal.Walau pelbagai teori dikemukakan, tiada satu pun yang menyingkap rahsia sebenar mengenai misteri wilayah segitiga itu.Selepas lebih 500 tahun daripada peristiwa mistik yang menghantui Columbus, pelbagai kejadian aneh bagaikan tidak berkesudahan sekali gus meletakkan Segitiga Bermuda sebagai antara wilayah paling misteri di dunia ini.

p/s: "Duhai teman, ketahuilah dan fahamilah bahawa sesuatu yang terjadi di dunia ini walau sehebat mana atau semisteri mana pun ia, ianya pasti punya sebab di sisi Yang Di Atas Sana...kita sebagai manusia, perlu sentiasa mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku, supaya kita tidak digolongkan dalam kelompok orang yang rugi...fikir-fikirkan"

Ahad, 15 Mac 2009

Berapa Harga Sebuah Kotak?


Kotak merupakan antara bahan penting dalam kehidupan manusia. Kita menggunakan kotak untuk memastikan bahan-bahan atau sesuatu ruang itu nampak tersusun.Selain itu, kotak juga merupakan bahan sampingan yang utama agar hadiah yang dibungkus nampak kemas.
Erm, rasa-rasanya kan... apa lah yang istimewanya dengan kotak yang akan diceritakan kali ini?, sekiranya anda nak tahu...rajinkan diri membaca entry ini.

Suatu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah,anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung pembalut daripada ayahnya.


"untuk apa?" tanya si ayah.
"nak bungkus hadiah" jawab si kecil dengan senyuman.
"jangan buang-buang yer, tak baik membazir" jawab si ayah sambil menghulurkan segulung pembalut hadiah.

Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi si kecil bangun dan bergegas ke kamar ayahnya untuk mengejutkan ayahnya supaya bangun dari perbaringan dengan segera.

"yah..yah..bangun la cepat, ada hadiah ni untuk ayah". Si ayah masih menggeliat, matanya pun masih belum terbuka dengan sepenuhnya sambil menjawab,"ya..nanti saja"
tetapi si kecil itu masih bersemangat dan enggan mengalah "Ayah...bangun la, dah pagi ni, bangun lah ayah".

"Eh...kenapa ganggu ayah pagi-pagi ni!" berkata si ayah dengan suara yang agak sedikit meninggi.

"hmmm" akhirnya terhembus dengusan kecil dari bibir si kecil yang pantang menyerah itu.Melihat situasi itu, si ayah berasa agak kesal dirinya, seraya matanya memandang sebuah bungkusan kecil yang dibalut dengan pembungkus hadiah yang diberikan kepada satu-satunya permata hatinya itu semalam.

"haa..hadiah untuk siapa ni?", si kecil yang tadi muram membisu, kini kembali ceria.
"untuk ayah lah...buka lah sekarang ayah...cepatlah buka" desak si kecil dengan penuh pengharapan.

Jari-jemari si ayah ligat mengoyakkan bungkusan itu, namun ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tiada berisi dengan apa pun juga.

"Eh, kenapa kosong je?, tak ada isi pun dalamnya, kan ayah dah kata jangan membazirkan?"

Si kecil menjawab "tak ayah, mana ada adik membazir, ada isi tu cuma ayah tak nampak apa yang ada di dalam kotak tu, tadi kan...adik dah masukkan banyak sekali senyuman, ciuman dan pelukan untuk ayah".

Si ayah merasa amat terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya sepenuh kasih sayang.

"Adik...ayah tak pernah dapat hadiah semahal ini. Ayah janji, ayah akan simpan hadiah ni baik-baik, agar tak ada sesiapa yang boleh mencurinya" si kecil yang hanya diam daripada tadi akhirnya tertawa keriangan.

"Ayah akan ambil setiap hari satu senyuman, ciuman dan pelukan setiap hari daripada dalam kotak ini yer?"

Si kecil yang keriangan itu hanya mengangguk dan berkata " nanti kalau dah habis adik letak lagi banyak-banyak senyuman, ciuman dan pelukan adik untuk ayah yer"


Kotak yang sesaat yang mana sebelumnya dianggap tidak berisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Walaupun nilai itu terlalu tinggi di hati si ayah namun di mata dan di hati insan lain, ianya masih dinilai hanya sebuah kotak kosong yang dibalut dengan kertas pembungkus yang indah, nilainya tak lebih daripada itu.

P/S: "Duhai teman, kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh bagi orang lain dan begitu juga penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain. PENUH dan KOSONG- kedua-duanya adalah produk 'fikiran' anda sendiri.Sebagai mana anda memandang hidup begitulah juga corak kehidupan anda.Hidup menjadi terlalu beerti dan penuh warna kerana anda yang memberikan erti dan warna kepada kepadanya.Bagi mereka yang tidak memberikan makna, warna dan corak pada kehidupan mereka, hidupnya ibarat lembaran kosong...

"Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam)maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesunggunya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatu pun)daripada sekalian makhluk". -(al-Ankabut:06)

Justeru itu, nilai lah harga kehidupan anda sebaiknya.



Jumaat, 13 Mac 2009

Keikhlasan Menghalang 4 Halangan Beribadah

KEIKHLASAN hati dan jiwa melakukan ibadat kepada Allah adalah kemuncak kepada kemurnian nurani seseorang kerana dengan sifat ikhlas saja mampu menghalang daripada perkara yang menghadang diri untuk beristiqamah. Ulama besar al-Imam Ghazali menyatakan ada empat perkara besar yang selalu menjadi penghalang untuk beribadat kepada Allah iaitu dunia, makhluk, nafsu dan syaitan. Jika diteliti maksud dunia seperti diperkatakan ilmu tasauf merangkumi semua perkara yang tidak memberi manfaat apabila seseorang kembali ke hadrat Ilahi seperti wang, harta menimbun atau pangkat.

Setiap amalan bermula dengan niat. Justeru, jika niat kerana Allah maka amalan menjadi ibadat, tetapi ia hanya adat jika sebaliknya. Setiap perbuatan harus disertai niat untuk mendapat keredaan Allah.


Keduanya ialah gangguan dan halangan makhluk Allah termasuk anak, binatang ternakan dan harta yang boleh melalaikan manusia sehingga lupa kewajipan menunaikan ibadat wajib serta sunat.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak pinak kamu itu adalah ujian kepada kamu.” (Surah al-Anfal, ayat 28)

Harta apabila sudah menimbun, ada kalanya menjadikan seseorang hamba kepada hartanya. Malah, ada yang sanggup meninggalkan tanggungjawab mengerjakan solat kerana terlalu menjaga harta benda. Ada juga ibu bapa yang melewatkan solat atau tidak mengerjakannya pada tempoh difardukan semata-mata melayan kerenah serta tuntutan anak.

Ketiganya ialah keinginan atau lebih dikenali sebagai nafsu yang sentiasa merajai diri. Penghalang dalam diri ini yang selalu sukar dilawan hingga terus tumbuh dan menyubur dalam diri setiap insan.

Manusia sering tunduk serta tewas dengan kehendak nafsu sendiri sehingga terpedaya dengan bisikan supaya meninggalkan tanggungjawab terhadap Allah. Ada pula meninggalkan solat dan puasa fardu semata-mata memenuhi dan menghormati undangan rakan.

Tidak kurang yang meninggalkan solat fardu kerana memenuhi tuntutan tugas yang memerlukan mereka sentiasa bergerak atau berada lebih lama di tempat duduk menyudahkan tugasan diberi seolah-olah sudah tiada masa lagi untuk menyiapkannya.

Keempat adalah desakan iblis dan syaitan yang sentiasa menggoda dengan tipu daya supaya manusia mengikut mereka ke arah kesesatan sehingga hari kiamat. Godaan itu datang dengan pelbagai cara dan rupa.

Ketika solat juga syaitan terus menggoda hamba Allah supaya hilang tumpuan dan kerja mereka menjadi lebih mudah apabila manusia dalam keadaan leka.

Rasulullah SAW mengajarkan doa yang bermaksud: “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan aku berlindung dengan Allah daripada kehadiran syaitan itu kepadaku.”

Pernah suatu ketika Aisyah, isteri Baginda Rasulullah SAW dalam keadaan marah. Melihatkan hal itu lalu Rasulullah SAW menegur isterinya dengan berkata: “Wahai Aisyah, kamu ini masih dikuasai syaitan kamu. Aisyah terperanjat lalu bertanyakan Baginda apakah setiap manusia dibekalkan syaitan? Lalu Rasulullah SAW menjawab: Ya, saya sendiri mempunyai satu syaitan, tetapi syaitan saya sudah masuk Islam.”

Golongan insan yang sukar diperdaya iblis dan syaitan adalah mereka yang meletakkan sifat ikhlas dan jujur di puncak ibadat kepada Allah.

Allah berfirman yang bermaksud:


“Dan tiadalah mereka diperintah melainkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dengan berterusan.” (Surah al-Bayyinah, ayat 5)

Firman Allah lagi yang bermaksud:

“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu semua, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi). Sebenarnya dia hanyalah mengajak manusia supaya menjadi penghuni neraka.” (Surah al-Fatir, ayat 6)

Kekuatan dan iltizam serta istiqamah dalam diri boleh menyingkirkan keempat-empat halangan melakukan ibadat kepada Allah. Selain niat yang ikhlas, kekuatan melawan bisikan supaya terus lalai memudahkan seseorang melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah.

Pada masa sama, sentiasa berusaha memperbaiki diri dengan mendalami ilmu agama serta meningkatkan keimanan melalui amalan sunat kerana kesibukan melakukan perkara baik dapat mengelak daripada terjebak dengan hasutan membawa kepada kelalaian.

INFO: Penghalang ibadat

1. Dunia - semua perkara yang tidak memberi manfaat apabila seseorang kembali ke hadrat Ilahi seperti wang, harta menimbun atau pangkat.
2. Gangguan makhluk - termasuk anak, ternakan dan harta yang boleh melalaikan manusia sehingga lupa kewajipan menunaikan ibadat.
3. Nafsu - keinginan yang sentiasa merajai diri dan sukar dilawan sehingga terus subur dalam diri setiap insan.
4. Iblis dan syaitan - menggoda dengan pelbagai cara supaya manusia mengikut mereka ke arah kesesatan sehingga kiamat.

p/s: "Duhai teman, bersamalah kita memupuk keikhlasan dalam diri, jadikan kesukaran untuk mencapainya sebagai satu pendorong semangat agar tidak berputus asa, ayuh berusaha!"

Rabu, 11 Mac 2009

Kasut Oh Kasut!!!

Kasut antara aksesori penting pelengkap gaya bagi seseorang individu itu, perkembanagan kasut juga sejajar dengan kemajuan zaman, kalau dilihat mutakhir ini, terdapat ratusan jenama baru yang muncul yang mana kesemuanya mengetengahkan kasut sebagai bahan utama dalam perniagaan, malahan ada juga individu yang sanggup untuk membeli sepasang kasut yang adakalanya mencecah ribuan dan jutaan ringgit hanya untuk bergaya sahaja.

untuk posting kali ini, aku ketengahkan kasut-kasut yang agak pelik tapi menarik..haha
sebelum tu, thanks yer kak dik, sebab izinkan i ciplak ilham you...haha~~

jom la tengok kasut-kasut yang menarik tu..lelong2!!!


haha~~sanggup ke korang nak pakai kasut macam ni?



kasut ini diadaptasi daripada mulut seekor buaya, kalau la buaya tu tahu dia jadi bahan adaptasi, sure dia bangga...huhu~~


kasut yang ni aku suka, sempoi!! tak yah bawa walkman atau mp4 time nak jalan..
pastu bagi yang hip-hop tak yah bawa radio besar-besar, petik je button dan jalan.
menarik kan?


erm..yang ni agak menarik la juga, tapi nak kata menarik sangat tak de la, persoalannya ada ke orang yang nak pakai kasut setinggi ni, melentik kaki di buatnya, pastu dah la tinggi sangat ditambah plak dgn spider tu...hihi..sapa nak boleh la order ..haha~~


kasut ni menarik sebab tumit dia bercabang dua, diadaptasi dari seekor zirafah. cantik !


p/s: "duhai teman, nak bergaya tiada salahnya, tapi pastikan apa yang anda gayakan itu bersesuain dengan diri dan majlis yang akan dihadiri.Bergayalah dengan apa sahaja yang dimahukan asalkan ianya tidak melanggar syariat dan tidak membawa mudharat".


Itulah Kamu Padaku


Nukilan ini aku tujukan buat semua kawan, rakan, teman dan sahabat yang mengenali diri ini, Moga persahabatan yang terjalin di antara kita berkekalan hingga ke syurga.

"Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus".



" bagiku...persahabatan umpama zaman yang berlalu, walau telah lama ditinggalkan tapi masih kekal di sudut hati"


"bagiku...persahabatan adalah anugerah, tautan dua hati yang sangat sukar difahami, mencurah kasih tapi bukan untuk dibalasi ...itulah teman buatku"


"bagiku...persahabatan itu menghadirkan secebis senyum, walau takberseri tapi masih nampak
serinya, walau lesu masih punya semangat..."


"bagiku...persahabatan itu walau di kemudi dua nakhoda berbeza, namun destinasinya tetap sama...itu persahabatan buat ku"

p/s: "duhai teman,sahabat, taulan, dan perindu..terima kasih kerana menghadiahkan diri ku sebuah persahabatan. Aku sayang kamu.

Ahad, 8 Mac 2009

Khutbah Terakhir

Khutbah ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah
di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Baca dan fahamilah kata-kata terakhir baginda ini, nasihatnya adalah panduan, sunnahnya adalah bekalan agar manusia itu terus lurus di atas landasan , moga tak terpesong dengan angkara tipu daya iblis dan syaiton.

Bersama kita hayati nasihat dan pesanan baginda yang terakhir.


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan,
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan
kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti
kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang
tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota
ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang
Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan
kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti
sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah
bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti
membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah
mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba
dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam
perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak
mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia
sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka
juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan
hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan
dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah
terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan
pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah
mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu
tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini,
sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari,
berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari
harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'Ibadah Haji' sekiranya
kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara
kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang
pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan
beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan.
Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari
landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada
lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan
lahir agama baru.

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah
kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya
aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu
berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak
akan tersesat selama-lamanya. Itulah AI-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan
pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami
kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah
Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu...

P/S: "Duhai Teman, ayuh kita berselawat salam untuk junjungan mulia ini, jasanya membolehkan kita mengenal erti Islam yang sebenar"


Pemimpin Yang Merendah Diri



Pada suatu hari Rasulullah bersama sahabat-sahabat melakukan
perjalanan yang jauh. Mereka singgah mendirikan khemah di
padang pasir. Seorang sahabat membawa seekor kambing dan
berkata dia akan menyembelihnya.Yang lain pula berkata
akan melapahnya. Sahabat yang lain berkata akan memasaknya.
Lalu Rasulullah berkata, "Dan aku akan mencari kayu api."

Para sahabat terperanjat mendengarnya dan segera berkata,
"Tidak usah ya Rasulullah, biar kami sahaja melakukan semuanya."

Rasulullah bersabda, "Demi Allah aku tidak akan tinggal
diam sementara kamu semua bekerja. Allah membenci hambanya
yang mengistimewakan dirinya dari saudara-saudaranya.
" Setelah itu Rasulullah pergi mencari kayu api.

P/s: "Duhai Teman... Dalam Islam tidak ada keistimewaan yang membezakan
manusia. Pemimpin dan orang yang dipimpin adalah sama sahaja
kecuali pada arahan dan kuasanya. Pemimpin tidak sepatutnya
menggunakan kedudukannya sebagai pemimpin untuk membina keistimewaan
diri, apalagi membina kekayaan menerusi kesempatan yang ada."


Cintailah Muhammad

Dalam kitab Shahih Bukhari, terdapat hadis yang mengetengahkan kepentingan mencintai Rasulullah yang berbunyi: “Tidak sempurna iman di kalangan kamu hingga aku lebih dicintainya daripada ibu bapanya, anaknya dan manusia keseluruhannya.”

Hadis itu membawa maksud setiap mukmin berkewajipan meletakkan kecintaan dan kasih pada Rasulullah mengatasi segala-galanya. Mengikut iktiqad ahli sunnah wal jamaah, Nabi Muhammad adalah insan yang paling afdhal di sisi Allah.

Baginda adalah insan pilihan Allah s.w.t untuk menyampaikan risalah Islam buat umat sejagat. Demi menyelamatkan akidah umat, baginda sanggup berdepan dengan pelbagai cabaran yang menuntut seribu satu pengorbanan.

Allah menceritakan peranan Rasulullah dalam satu ayat bahagian yang terakhir daripada surah at-Taubah: “Sesungguhnya sudah datang kepada kamu seorang rasul daripada kalangan kamu, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan keimanan dan kebahagiaan bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang beriman.”

Nabi Muhammad adalah insan pilihan Allah. Baginda dicipta dengan seindah-indah ciptaan. Baginda dihiasi rupa paras yang menawan, akhlak yang terbaik dan sebagai manusia yang memiliki pelbagai kehebatan.

Sahabat Rasulullah amat mengenali peribadi baginda hingga ke akar umbi. Pergaulan mereka dengan Rasulullah menghasilkan satu momentum besar dalam diri dan melakarkan kenangan yang kekal abadi di dalam sanubari mereka.

Sahabat mengambil inisiatif untuk memuliakan baginda dan mencontohi sunnah yang dibawanya.

Kata-kata sahabat adalah ungkapan yang paling tepat untuk dijadikan rujukan dalam hal bagaimana bentuk penampilan, budi pekerti, gaya kepimpinan dan sebagainya mengenai Rasulullah. Berikut sebahagian informasi yang diberikan sahabat berkaitan kemuliaan Rasulullah:
# Berkata Aisyah, isteri Rasulullah tercinta: “Adalah akhlak Rasulullah (gambaran) al-Quran.”
# Berkata Anas b Malik : “Tidak ada seorang pun yang bercakap-cakap dengan Rasulullah kecuali orang itu terlebih dahulu beredar sebelum Rasulullah beredar (tatkala selesai berbual kerana baginda ingin menyenangkan hati orang itu). “Tiada seorang pun yang berjabat tangan dengan Rasulullah melainkan orang itu yang terlebih dahulu melepaskan tangannya (daripada tangan baginda yang mulia ).”Rasulullah adalah orang yang pertama memulakan salam kepada mereka yang dijumpainya dan orang pertama mendahului menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan mereka.Pernah baginda menghamparkan pakaian miliknya dan menghulurkan bantal (alas duduk) kepada tetamu (sebagai adab meraikan tetamu).
# Anas memuji lagi baginda dalam hadis yang lain: “Aku tidak pernah mencium sesuatu haruman yang lebih wangi sama ada anbar atau wangian kasturi atau sumber yang lain yang terlebih harum daripada wangian badan Rasulullah.
# Berkata Al-Baraa’: “Adalah Rasulullah orang yang paling menawan wajahnya dan baik akhlaknya.”
# Jabir b Abdullah meriwayatkan bahawa suatu ketika ketika bulan terang benderang: “daku sedang menatapi kepada wajah Rasulullah (yang berada di samping) dan juga ke arah bulan, tetapi mengikut pandanganku wajah Rasulullah terlebih indah daripada bulan.”
# Saidina Ali menegaskan bahawa beliau tidak pernah melihat sesiapa pun yang terlebih kacak dan segak sama ada sebelum bertemu Rasulullah dan selepas bertemu yakni dalam tempoh sepanjang hayatnya.
# Berkata Ibnu Abbas: “Adalah Rasulullah insan yang amat pemurah.”
# Berkata Saidina Husin: “Rasulullah sentiasa tersenyum. Budi pekertinya indah dan baik, seorang yang merendah diri, tidak berlaku kasar, tidak bersuara keras, tidak melakukan dan mengucapkan dengan perkara keji.”Semua ini sekadar secebis daripada ribuan ciri-ciri keistimewaan junjungan besar Nabi Muhammad. Sahabat tidak rela berpisah dengan Rasulullah walaupun sesaat.Apabila Rasululah dijemput pulang menghadap Allah, mereka diselubungi perasaan sangat sedih. Sahabat hampir hilang kawalan dan menangis tidak henti-henti melihat pemergian kekasih mereka yang banyak berjuang selama ini demi menyelamatkan mereka daripada menjadi bahan bakar neraka.

Perutusan Nabi Muhammad amat bermakna buat umat manusia. Dengan kedatangan baginda manusia mula mengenali erti tamadun yang sebenar. Tanpa tunjuk ajar baginda, manusia hilang identiti sebagai insan berakal serta hilang arah dalam mengenali erti peradaban yang diredai Allah. Baginda berjaya mengubah alam kekufuran yang menghantui manusia dengan sinaran tauhid dan rahmat.

Allah mengutuskan Nabi Muhammad dengan slogan ‘saiyyidul mursalin wa khatamun nabiyiin’ - penghulu rasul dan utusan terakhir untuk menyampaikan Islam kepada seluruh manusia.

Baginda bersungguh-sungguh, berjihad, berkorban apa sahaja dalam menyampaikan amanat Allah supaya manusia akhirnya akur kepada pencipta mereka yang maha agung.

Firman Allah di dalam surah Ahzab: “Wahai nabi! Sesungguhnya kami mengutuskan kau sebagai saksi umat manusia, pemberi berita gembira (mengenai ganjaran beramal soleh) dan pemberi ancaman (terhadap mereka yang ingkar). Serta penyeru kepada Allah dengan keizinan-Nya dan sebagai cahaya yang memerangi alam.” (ayat 45 dan 46: surah al-Ahzab)

Jasa Rasulullah terlalu besar untuk dihitungkan. Rasulullah pernah terseksa demi kebahagiaan umat Islam. Sirah mendedahkan bahawa Rasulullah pernah tercedera dan patah gigi dalam perjuangan dakwah.

Rasulullah pernah dihina dan diancam melalui percubaan bunuh oleh golongan kafir yang menentang risalah Islam. Tanpa Rasulullah kita tidak mengenal apa itu Islam, siapa pencipta alam ini dan akhirnya kita terus terbelenggu dengan rantaian kekufuran. Persoalannya, adakah majoriti umat Islam mengasihi dan menghargai pengorbanan baginda? Apakah muslimin dan muslimat benar-benar mengamati peribadi Rasulullah selaku insan pilihan?

Sebagai membuktikan kecintaan kita pada Nabi Muhammad, kita perlu mengorak langkah berikut:
# Sedarilah as-sunnah adalah peninggalan berharga kepada umat Islam. Mengamalkan sunnah Rasulullah sebagai tanda kita mengasihi baginda. Sabda Rasulullah: “Barangsiapa taat kepadaku (mengamalkan ajaran Islam yang terkandung di dalam as-sunnah), maka ia sesungguhnya taat kepada Allah. Firman Allah: “Katakanlah wahai Muhammad (kepada umatmu) seandainya kamu mencintai Allah (sebagai buktinya) ikutilah (sunnah) aku.” (ayat 31 : surah al-Baqarah ).
# Memperbanyakkan ucapan salam sejahtera pada Rasulullah, iaitu selawat. Baginda amat kasih pada mereka yang banyak berselawat kepada baginda.Sabda Rasulullah: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”
# Janganlah memperkecil-kecil, menghina dan menpertikai Rasulullah, keluarganya dan sahabatnya. Perbuatan itu boleh membatalkan iman.Justeru, menjadi tanggungjawab kita untuk sensitif, prihatin dan membela kekasih Allah sebagai bukti kecintaan kita kepadanya.Dengan tiga inisiatif yang disebutkan tadi, dapatlah kita amalkan supaya dipermudahkan kita masuk syurga bersampingan dengan Rasulullah yang mulia.

Ulama menyatakan, nikmat dan ganjaran paling berharga di syurga ialah dapat melihat Allah. Di samping itu, nikmat yang tiada taranya ialah berpeluang bersama Rasulullah.

Sabtu, 7 Mac 2009

Melayu Dah Lama Murtad

Salam Tiara Mesra Betatah Permata Sang Bijaksana..
Kepada semua pembaca, di ingatkan supaya jangan terlalu cepat membuat andaian mengenai tajuk ilham kreatif ini sebelum anda fahaminya seadanya.Justeru itu baca dengan penuh ketekunan dan penghayatan .

Sebelum terlupa, terima kasih kepada Uncle Fudzail yang kini berada di Dubai kerana sudi berkongsi puisi yang boleh dikatakan sebuah puisi yang sangat hebat ...penuh dengan makna.Maka dengan berbesar hati Ain kongsikan puisi ini dengan semua. Sekiranya uncle ada puisi atau citer yang best2 lagi jgn lupa kongsikan yer..hihi~~

Selamat Membaca~


Tidak! kami bukan Melayu itu
Gamat menghunus keris plastik
Berkokok angkuh mengancam
Sedang ekor busuk dipenuhi taik
Kenyang dengan rasuah dan judi

Kami bukan Melayu tiga juta ahli
Menang sorak di perhimpunan
Meriah Kampong sudah tergadai
Di atas gimik nama ketuanan
Merompak hak-hak bumiputera

Jauh sekali sebagai Melayu Bangsat
Berlakun mempertahankan raja
Setelah perlembagaan dipinda-pinda
Menderhaka demi survival perut
Matlamat hina menghalalkan cara

Anak-anak, kami bukan Melayu itu
Sanggup meludah bahasa sendiri
Sebagai sampah ilmu semata-mata
Sambil Kuasa memperkaya kroni
Yang terus rakus tamak haloba

Kami sudah lama murtad
Dari menjadi Melayu bacul
Yang pusaranya sudah menanti
Keranda perjuangan songsang
...........................................................................................................................................................................

*sajak ini merupakan curahan ilham kreatif uncle Fudzail yg bertarikh 07 Mac 2009, yang mana ilhamnya tercurah di bumi Dubai.

P/S: " Duhai Teman...mari kita terus maju tanpa perlu menoleh kepada lemahnya Melayu yang dulu...Kerana kita adalah Melayu yang sentiasa baharu daripada mental , fizikal,jasmani, rohani, kendiri dan harga dirinya"

Jumaat, 6 Mac 2009

Aku Sayang Kamu....

Bismillahirrahmaanirrahim...
"SELAMAT HARI LAHIR AYAH..."
tanggal 05 mac yg lepas..genap usia ayah ku ..49 tahun..
dan genap juga kali ke-3 aku tak dapat celebrate birthday ayah bersama family..
tapi walau apa pun..aku doakan ayah sentiasa berada di bawah rahmat dan kasih sayang Illahi, di panjangkan umur dan di murahkan rezki..dan diberi kebaikan hidup di dunia dan akhirat. Tak ada gambar ayah yang aku boleh letak dalam blog ni...sebab laptop kne virus, semua data tak sempat nak back up..so, lain kali je la aku letak yer.

Dekat sini aku hadiahkan sebuah nukilan buat ayah ku tersayang...


kau seperti biasa
setelah cerah tanah lewat silau menyimbah
sedang langit menguntum kuning
perut kau telah pun dialas

kerana kau punya satu tugas
yang sudah lama kau galas
demi zuriat kau yang berbelas

kau memang cekal dan lantang
jasad kau berperang
urat leher kau timbul, tegang dan mengerang
kau seperti memikul beban
tapi,
tapi wajahmu dibasahi air tenang

rasa seperti peri lelah kau terpercik
terpercik ke dalam anak mataku
namun kau tetap begitu
terpacak, terpaku dan menahan jasadmu
tubuh kau menapak dan menongkat
kadang helai-helai hijau itu terselak
silau cahaya bola besar
menikam tajam anak matamu
berpinar tapi kau tegar

kau dongak lagi
pedih sekejap.
tapi kau terus berjuang tanpa peduli
bahu kau pasang gagah
tangan kau genggam kemas
demi sesisip rezeki
demi perut-perut yang lapar

tiba-tiba seperti biasa
genggaman kau pecah
jari-jari tangan kau lemah
galah hinamu rebah
menyembah kalah
kau tidak sekali mengalah
kau bernafas dalam penat dan lelah
kini diri kau penuh lopak-lopak sejarah
sebati nan likat dalam daging dan darah
seorang ayah dan sebatang galah


P/S: "buat ayah ku....aku sayang kamu..."


Isnin, 2 Mac 2009

Layaria 2:117

"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: jadilah engkau! Lalu menjadilah ia." (Al-Baqarah:117)

Sebuah filem yang penuh dengan pengajaran dan mampu menyentuh hati setiap hamba-hambaNYA yang menginginkan redha dan ampunan rahmat NYA. Ucapan terima kasih pada kak Balqis yang memberikan pautan filem ini, sungguh pada bahagian pertama air mata telah mula bercucuran, melihat kepada zuhudnya keluarga ini lebih-lebih lagi ketua keluarganya,si suami yang memainkan peranan penting membimbing isteri dan anak-anak agar sentiasa berada dalam syariatnya.

Sungguh tiadalah dunia ini bererti tanpa kasih dan redha NYA, lihatlah kembali lampiran perjalanan hidup kekasih kita, baginda Rasulullah s.a.w menolak tawaran malaikat untuk menjadikan bukit sebagai emas begitu juga ketika peristiwa di Thaif kerana hanya mengharapkan redha Allah swt tiada melainkannya,walau betapa lapar mahupun susah hidup baginda tidak sekali baginda berkeluh kesah.

Doa baginda ketika peristiwa Thaif:

"Ya Allah! KepadaMU daku mengadu kelemahan daya upayaku dan kekurangan kekuatanku dan aku diperlakukan sesukanya oleh manusia wahai yang Maha Pengasih Dari Segala Yang Pengasih, Engkau Tuhan bagi mereka yang lemah dan Engkau sahajalah Tuhanku, kepada siapakah Engkau campakkan daku;kepada orang asing yang akan berlaku biadab kepadaku atau kepada musuh yang akan mengawal urusanku? Jika Engkau tidak murka kepadaku maka janganlah Engkau membiarkan daku kerana daku tidak hiraukan apa yang menimpa daku tetapi keafiatanMU ia adalah lebih luas bagiku. Daku berlindung dengan Nur wajah MU yang membawa cahaya dari kegelapan dan mengubah kerja di dunia dan akhirat supaya janganlah kiranya diturunkan kemurkaan dan kehinaanMU kepada daku. Engkaulah yang mempunyai hak untuk mencela atau mencerca daku hingga Engkau redha, tiada adanya dan kekuatanku melainkan denganMU".





Untuk menyaksikan filem penuh...sila klik ruangan yang disediakan.'






































p/s: Duhai Teman, Allah itu mampu melakukan apa sahaja yang diingini, maka kita sebagai manusia , jangan pernah berputus asa, jadikan doa dan usaha sebagai teman setia..ingatlah..andai Dia mengatakan "Kun Faya Kuun" maka akan jadilah ia menurut apa yang dikehendakinya".


Datanglah Nyenyak Dalam Lena ku...


huhu~ penat jg nak habiskan buku "The Review of Religions", cetakkan April 1993 hasil penulisan Dr. Shah Nawaz Khan ini, menarik memang menarik macam2 topik ada..tapi hari ni aku tertarik nak ulas tentang topik tidur ni...

kata Dr. Shah Nawaz Khan:

Semua mahluk hidup memerlukan istirehat setelah melakukan aktiviti, karena aktiviti tersebut menggunakan jaringan sel hidup sehingga akan timbul kerosakan pada jaringan tersebut, istirehat ini bertujuan untuk memperbaiki kerosakkan yang dimaksud. Selama kita tidur, tubuh mengganti sel-sel yang rosak dengan yang baru dan peluh serta wap kotor yang terjadi pun dibuang. Tidur ini tidak hanya diperlukan oleh manusia dan haiwan saja, tumbuh-tumbuhan pun memerlukannya. Contohnya pada siang hari tumbuhan bunga matahari, kita akan dapat lihat kelopak bunganya terbuka dan tutup kembali pada waktu senja menjelang malam hari.

Mengenai tidur ini, tidak ada aturan khusus yang boleh kita tetapkan, karana istirehat tidur ini bergantung pada usia, jenis pekerjaan, daya tenaga setiap individu. Bayi dan kanak-kanak memerlukan tidur lebih banyak berbanding orang dewasa. Pada orang yang sudah berumur mereka sebenarnya lebih memerlukan istirehat daripada tidur yang sebenarnya, selama berbaring mereka lebih banyak menggunakan waktu untuk mengubah-ubah posisi berbaringnya saja. Orang yang bekerja dengan menggunakan otak/fikirannya memerlukan lebih banyak tidur dibandingkan dengan orang yang bekerja dengan fizikalnya. Orang yang lemah dan sakit memerlukan lebih banyak tidur daripada orang sihat. Sebagai suatu ukuran, orang dewasa yang sihat dan banyak bekerja dengan otak/fikiran sewajarnya tidur selama 7jam.

Malam hari adalah waktu terbaik untuk tidur. Hal ini bukanlah masalah biasa sahaja malah orang yang bekerja pada siang hari akan tidur pada malam hari, namun secara alamiah terlihat bahwa siang hari lebih sesuai untuk bekerja dan waktu malam digunakan untuk beristirehat/tidur. Pelaksanaan diluar aturan alamiah ini akan menimbulkan suatu beban yang lebih besar dan menghasilkan kondisi yang tidak sihat untuk tubuh kita. Sebagai buktinya kita lihat sahaja kepada individu yang bekerja malam, mereka akan tidur di siang hari, hal demikian membuatkan tubuh lemah dan mengganggu kesihatan.

Tidur mempengaruhi metabolisme tubuh dan merangsang daya asimilasi, itulah sebabnya jika tidur terlalu lama tidak di galakkan karana tubuh kita mengasimilasi peluh dan wap-wap kotor lagi, sehingga jika kita tidur terlalu lama maka akibatnya kita bukannya menjadi segar bersemangat malah lebih lemah dan kurang bersemangat. Contoh terbaik adalah apa yang dilakukan oleh Rasulullah Muhammad SAW, baginda biasanya tidur tidak terlalu malam kemudian bangun beberapa saat setelah lewat tengah malam untuk melakukan solat Tahajjud, besoknya beberapa saat menjelang tengah hari baginda tidur sejenak. Kita mengetahui bahawa haiwan pun termasuk burung-burung bangun di awal pagi, Seorang Muslim diperintahkan untuk bangun awal dan menjalankan solat subuh dan praktik seperti ini adalah selaras dengan keadaan alami sehingga membawa kepada kesihatan tubuh yang seimbang.

Tidur berbaring dengan posisi terlentang adalah kurang sihat, karena menekan atau menyesakkan tulang pinggul, bahkan kadangkala boleh menyebabkan kita ingin ke toilet, juga tidur meniarap juga tidak berapa elok untuk pernafasan. Banyaknya tidur pada sisi kiri badan (menghadap ke kiri) boleh mengganggu kesihatan kita, karana menghimpit jantung sehingga sirkulasi darah terganggu dan mengurangkn aliran darah ke otak, jika ini terjadi kita akan mengalami mimpi-mimpi sedih memilukan, mimpi buruk/seram (nightmares) bahkan berjalan dalam keadaan tidur (somnabulisme).

Posisi tidur terbaik menurut sains adalah pada sisi kanan tubuh (menghadap ke kanan). Fakta ini telah diuji melalui ujian saintifik dalam tempoh yang lama untuk membuktikan kebenaran ajaran Islam yang berkualiti mengikut wahyu yang di bawa , sebagaimana Rasulullah Muhammad SAW menganjurkan kepada para pengikut bainda agar tidur berbaring pada sisi badan bahagian kanan. Dalam posisi tidur diusahakan agar kepala menghadap ke Utara dan kaki mengarah ke Selatan, sehingga tubuh tidak melawan arus/medan magnet yang konsistan mengalir dalam sekujur tubuh manusia dari kutub magnetik Utara menuju ke Selatan dan 'terhubung' lancar ke sistem saraf kita.

Perlu diketahui & diingatkan mengenai fenomena tidur ini, jika terdapat suatu keinginan, niat, idea didalam fikiran kita sebelum tidur maka hal-hal tersebut secara langsung mempengaruhi alam bawah sadar kita sepanjang malam dan tanpa disedari akan mempengaruhi fikiran dan tindakan kita. Sebagai contoh, jika seorang anak kecil tertidur dalam keadaan menangis maka pada umumnya saat anak itu bangun dia akan menangis lagi. Selanjutnya, jika seorang bayi jatuh tertidur ketika sedang menghisap susu, dia juga akan membuat gerakan yang serupa ketika terbangun. Oleh sebab itu, kita dianjurkan agar mengarahkan perhatian kita sebelum tidur pada hal-hal yang berhubungan dengan moral dan spiritual.

Rasulullah Muhammad SAW menyuruh kaum Muslim untuk membaca dan merenungkan ayat-ayat Al Quran, spt ayat Kursi dan tiga surah terakhir dari Al Quran sebelum tidur. Ayat-ayat tersebut bukanlah berfungsi sebagai jampi atau mantera. Sebagaimana dapat diketahui, ayat-ayat tersebut banyak berbicara mengenai keagungan dan keindahan sifat-sifat Tuhan, dan hal ini akan memberikan kesan dalam serta kuat bagi pemikiran kita. Merenungkan sifat-sifat keTuhanan tersebut akan membersihkan dan meninggikan rohani serta mendapat perlindungan Allah SWT terhadap segala godaan syaitan dan hal-hal yang merugikan. Praktik seperti ini jika kita laksanakan dengan baik maka akan menjadi sumber yang besar bagi kekuatan moral.

Tidak dianjurkan langsung tidur setelah makan malam. Ada pepatah lama mengatakan : berjalanlah sejauh 1 mil setelah makan malam, raihlah kebaikan untuk selamanya. Islam juga menganjurkan kita agar secara khusus menjalankan solat Isya’ berjamaah di masjid. Perintah ini baik bagi jiwa dan tubuh.

Sukar untuk tidur atau tidur yang tidak berkualiti sering juga menjadi penyebab dan pendamping penyakit saraf atau penyakit jiwa. Oleh sebab itu penting sekali untuk mendapatkan istirehat yang baik di malam hari. Sukar untuk tidur boleh diatasi dengan suatu niat untuk tidur. Terdapat beberapa faktor yang membantu kita tidur, terutamanya kebersihan tempat tidur, mandi air suam, minuman panas spt susu dsb.

p/s: "duhai teman...ketahuilah dakwah atau pengajaran Islam memang berdasarkan prinsip-prinsip kesihatan dan bersifat alami, sangat midah untuk mempelajari doktrin-doktrin Islam sekiranya dipandang daripada sudut ilmu dan pengetahuan modern.Memang benar…Islam agama yang Syumul dan tiada paksaan dalam apa jua perkara pun.