THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

follower (teman setia membina Ilham)

Rabu, 15 Jun 2011

Khusuf mengiringi semilir senja Rejab

Subhanallah...
Subhanallah..
Subhanallah.

 lunar eclipse@ Kenitra Ville, Morocco.

15  Jun 2011 - tidak pernah kusangkan akan berkesempatan melihat gerhana bulan di tanah asing ini. Tiada apa yang mampu diluahkan melainkan kalimah memuji kebesaran dan kekuasaan Pencipta dan Pemilik segala yang berada di langit dan di bumi.

ringkasnya, fenomena ini terjadi apabila kedudukan bumi berada di tengah-tengah antara bulan dan matahari dalam satu garisan lurus, apa yang menarik adalah fenomena ini hanya akan terbentuk tatkala bulan penuh a.k.a PuRnAmA  di pertengahan bulan hijrah .

REJAB bulan ALLAH!
REJAB 1432 hadir dengan RAHSIA ALAM yang LUAR BIASA,
hadirnya sebagai PETUNJUK bagi mereka yang mahu ,
hadirnya sebagai RAHMAT buat mereka yang berharap
sebagai BUKTI untuk mereka yang mencari.
14 REJAB 1432 hadir menggamit KHUSUF merungkai KEBESARAN ILLAHI.


bersama kita perbanyakkan zikir dan istighfar.Rebut kesempatan yang ada untuk menunaikan solat sunnat khusuf bersama-sama, semoga malam penuh kerahmatan ini tidak berlalu tanpa secebis usaha untuk menghargainya.

Ayuh sama-sama kita menadah tangan =)
Bismillah....

للّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ غَفَّارًا فَأَرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْنَا مِدْرَارًا اللّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تَمْنَعُ غَيْثَ السَّمَآءِ وَ نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تُذِلُّ الأَعِزَّ وَ تُدَلِّلُ الأَعْدَاء, اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ

Menurut Ibn ‘Umar radhiallahu’ anh, Nabi s.a.w bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ

وَلَكِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهَا فَصَلُّوا

 Maksudnya: "Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) Allah. Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (mengalami gerhana) maka dirikanlah solat." – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1042.

MELIHAT KEKUASAAN-NYA SATU KESEMPATAN DAN PELUANG, RAHSIANYA ADALAH BUKTI SETIAP KEJADIAN, SETIAP PERANCANGAN DARINYA ADALAH AMAT SEMPURNA.
MAKA BERBAHAGIALAH UNTUK MEREKA YANG MAHU BERFIKIR...


renung-renungkan dan selamat beramal =) .




1 comments:

Catat Ulasan