assalamualaikum wbt
"ya Allah..... berikan aku kekuatan..." kata2 awal yang terdetik di benakku tatkala kepala berdenyut kesakitan di subuh hening tadi.
tugasan esok yang dirancang seblum tidur malam tadi seolah-olah 'tiada harapan' untuk dilaksanakan pada hari ini, diri terasa benar-benar tenggelam dalam emosi yang tak keruan, down!
"sudah! harus bangkit dari kelemahan ini ..." bentak hatiku, tak sepatutnya kesakitan yang datang disambut dengan keluh kesah. Pasti setiap ujian itu datang bersebab dan punyai hikmah.
kukuatkan diri melangkah menjenguk ke jendela, menghirup udara segar hadiah Illahi, melihat langit biru yang luas terbentang seumpama atap yang memayungi segala yang berada di dalamnya, melihat bumi hijau yang dipijak membuatkan hati ini terasa terlalu kerdil. Lalu kudiamkan diri seketika dan berfikir.
Sesungguhnya jiwa yang down itu sepatutnya harus cepat disiramkan semula dengan air iman dan dibajakan dengan hati yang terbuka menerima pembaharuan atau pentarbiyahan.
kucapai tafsir al-quran dan ku telusiri isi di dalamnya, maka terlihat lah sepotong ayat yang boleh di ambil pengajaran dan menjadi pembina kekuatan bersama.
firman Allah s.w.t :
"Apakah kamu yang lebih sulit penciptaannya ataukah langit? Allah telah membinanya. Dia meninggikan bangunannya lalu menyempurnakannya" .(an-naziat:27-28)
Jika di fikirkan, masalah kita hanya sekelumit berbanding perkara yang lain, jangan biarkan diri lesu dengan semangat, sentiasa terbuka dalam menerima segalanya, sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan mereka.
Basahkan lisan dengan zikir agar resapan tenang itu sentiasa hidup di dalam hati. Ingatlah solusi yang paling mujarab " hanyasanya dengan zikrullah itulah hati menjadi tenang.." (al-ra'du:28)
selain itu tambahlah amalan sunnah dalam kehidupan harian. Di samping itu lihatlah kebesaran Allah s.w.t dan berpeganglah dengan kalimah-Nya.
Nurani dan jiwa yang merasai kehebatan Allah pasti akan merasa indahnya iman bagaikan titisan air segar yang membasahi tekak kehausan dan tubuh lesu. Titisan segar itulah yang kemudiannya memberi kekuatan untuk beramal.
fikir2kan...selamat beramal dengan senyuman.
Lebih Banyak Kemajuan di Applique dan Awal dari Proyek Baru
4 tahun yang lalu
3 comments:
wah bagus bu catatan na..
numpang izin copas boleh tidak hehe
terima kasih jejep =)
moga sama2 mendapat kekuatan dan semangat dengan berpegang pada kalam Allah...
diizinkan utk copas.... moga ilmu dan dakwah islam itu sentiasa tersebar tnpa sempadan.
Catat Ulasan