Bismillahirrahmaanirrahim..
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mencoretkan ilham, pada mulanya tiada apa yang bermain di kotak ingatan ku untuk kukongsikan, tapi memandangkan ketika bangun pagi ini diri yang kurasakan lemah akibat demam dan batuk mungkin disebabkan kerana pertukaran cuaca yang sedang berlaku mendorong jari-jemariku untuk menari di atas papan kekunci notebook yang kumiliki sejak aku berusia 16 tahun lagi..aku pun mula mencari secebis motivasi agar diri yang lemah ini bertambah semangat untuk meniti nikmat hidup hari ini. Alhamdulillah aku temui sebuah motivasi yang sungguh hebat sehingga membuatkan aku terpanggil untuk mengulas tentang apa yang telah kubaca. In sha Allah...
secara ringkasnya apa yang dikatakan oleh penulis artikal tersebut adalah SEGALA bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi “kaffarah” (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.
Hadith Muslim dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.”
Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!”
Kemudian sabda baginda pula: ”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”
Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: “Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah.” (at-Tirmidzi dan Ibn Majah)
p/s: " Duhai saudara... maka selepas ini apabila setiap kali kita diuji, usahlah mengeluh atau menyalahkan diri, bersama kita kearah minda yang positif, ingat ujian adalah tanda Dia mengasihi hamba-Nya. Bersamalah kita berdoa agar kita diberi kesihatan dan kekuatan untuk terus lurus di jalan-Nya dan semoga Dia jauhkan kita daripada segala musibah dan ujian yang tidak mampu kita tanggungi.. Ya Allah perkenankanlah doa hamba-hamba-Mu.. Amiin "