Assalamualaikum wbt,
diharapkan semuanya berada di dalam kondisi yang baik dan sentiasa di bawah penjagaan
Yang Hakiki. Tahniah buat semua junior2 akak di Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Selangor yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Tinggi sesi 2009 yang lalu, buat adik2 yang kurang bernasib baik, jangan cepat berputus asa, terima apa sahaja keputusan dengan hati yang redha dan janakan semangat yang lebih padu untuk terus menongkah arus di masa hadapan.
Kali ini, rencana yang saya titipkan buat anda semua berbentuk TAWARAN TERHEBAT... hehe =) buat adik2 lepasan SPM atau sesiapa yang mempunyai anak atau saudara mara yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan bagi Ijazah Sarjana Muda (BA), bolehlah layari LINK ini.
"Tapi saya bukan best student yang dapat straight A's ...adakah peluang untuk saya? "
kami memberi jawapan bahawa " anda juga masih mempunyai peluang dengan syarat kelayakan yang mudah untuk membolehkan anda menyambung pelajaran di beberapa universiti di Jordon ini yang mendapat pengiktirafan dari Malaysia dalam beberapa pengkhususan antaranya Syariah (Fiqh wa Usuluh) ataupun usuluddin... fikir2kan ..."
Berminat mengikuti pengajian di unversiti Jordan di peringkat Ijazah Sarjana Muda (BA) hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimun yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti berikut :-
i.Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memperoleh lima (5) Kepujian dalam matapelajaran berkaitan bagi semua bidang pengajian.
ii.Pelajar diwajibkan memperoleh pangkat Kepujian di peringkat SPM dalam semua matapelajaran berikut :
1) Bahasa Arab Tinggi/Komunikasi
2) Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
3) Pendidikan Syariah Islamiayah
Tak tahu bagaimanakah caranya? jangan risau jaringan mahasiswa Al-bayt boleh membantu, lawati blog mereka melalui Link yang telah saya sediakan, dan berhubunglah dengan moderator-moderator yang tersedia, ataupun anda juga boleh menggunakan applikasi facebook dengan meng'add' profil "Seraut Tasbih".
Jaringan Mahasiswa Al-bayt menawarkan beberapa pengurusan yang dapat membantu memudahkan proses anda untuk mendapatkan tempat di university yang ditawarkan. Antara pengurusan yang mereka tawarkan merangkumi seperti berikut;-
a. Mengemaskini data/borang dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi
b. Menyediakan bengkel "PENERANGAN DAN PERSEDIAAN" kepada pelajar sebelum melanjutkan pelajaran ke Jordan
c. Menyediakan tiket penerbangan
d. Rombongan jemaah pelajar akan diiringi oleh guru pengiring yang berpengalaman
e. Penginapan disediakan berhampiran universiti (rumah sewa/ asrama)
f. Pihak kami akan menyambut ketibaan para pelajar serta pengangkutan akan disediakan oleh setibanya di lapangan terbang Jordan
Apa tunggu lagi? cepat!!! jangan lepaskan peluang keemasan ini, tarikh tutup untuk pengambilan bulan Jun 2010 adalah sebelum 15 Mei 2010.
Akhir kata, Salam melangkah ke gerbang kegemilangan buat semua... hargai peluang yang terbentang di hadapan dengan penuh penghargaan bukannya sebagai satu kesangsian.
Khamis, 18 Mac 2010
Lepasan SPM'09 -Tawaran Menyambung Pelajaran Ke Jordan
Posted by tiara-qurratu'aini at 3:35 PTG 4 comments
Labels: Variasi Sensasi (info terkini)
Selasa, 2 Mac 2010
Iman Seekor Semut
Assalamualaikum wbt.
moga semuanya berada di dalam keadaan yang baik serta teguh imannya,
bila berbicara tentang iman, sesungguhnya kita mengetahui bahawa iman manusia itu adakalanya bertambah dan adakalanya berkurangan.Semoga kita sama-sama memperteguhkan iman yang ada di dada dengan mengingati dan mensyukuri segalan ciptaan-Nya.
Sebelum rancak mengukir kata berkisarkan bualbincang hari ini, mari bersama kita mengkaji apa ada pada seekor semut yang kecil? untuk ketahui lebih lanjut klik di sini. Apakah pula perkaitannya dengan tajuk penulisan saya pada hari ini? hmmm.. nak tahu... teruskan membaca.
Kisahnya bermula di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:
" Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".
Nabi Allah Sulaiman bertanya lagi: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun megutarakan cadangan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut.
Lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut tersebut: "Kamu berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Itulah Iman Seekor Semut!
p/s: "Duhai teman, saudara dan pejuang... sesungguhnya semut sekecil2 ciptaan itu sahaja mampu memperteguhkan imannya dan mengangkat keagungan Penciptanya, mengapa kita yang sebaik-baik ciptaan-Nya ini tidak mampu sedemikian? fikir-fikirkan... salam memperteguhkan iman buat semua..."
Posted by tiara-qurratu'aini at 2:33 PG 6 comments
Labels: Insan Terpilih (Rasulullah)