Assalamualaikum wbt salam ingatan dari Back Church Lane, United Kingdom. Setelah sekian lama teratak ini bersawang, baru hari ini berpeluang untuk kembali menyapu debu agar lantai dan dindingnya terus bersinar. apapun ... hari ini aku terpanggil untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh salah seorang blogger yg berkunjung ke teratak ini. Buat saudara ADMIRAL HAFIZ shukran jazillan atas pertanyaan yg dilontarkan.
BETULKAH kaum adam tak sesuai menggayakan warna PINK? BENARKAH warna PINK hanya sesuai untuk kaum hawa?
Dari perspektif saya sebagai seorang perempuan biasa... saya juga turut menyukai warna merah jambu, mungkin di sebabkan warna tersebut lembut dan sgt bersesuaian dengan jiwa feminin.Tetapi dalam masa yang sama tidak dinafikan bahawa ada juga segelintir wanita yang tidak menyukai pink begitu juga dengan kaum lelaki.
TETAPI!!! ini tidak bermakna kaum lelaki tidak boleh menggayakannya.Walaupun jarang sekali kita melihat kaum adam keluar menggunakan kemeja @ t-shirt PINK, itu bukanlah konklusi yang baik untuk menyatakan warna PINK tidak sesuai untuk lelaki, mungkin fenomena tersebut berlaku disebabkan tidak ramai kaum adam yang berani untuk mengenakan warna merah jambu dalam berpakaian.
Mengikut kajian berkisarkan WARNA & PERSONALITI, mereka yang menyukai merah jambu ini adalah mereka yang berpesonaliti anggun, teliti , lebih sensitif pada persekitaran, pandai membawa diri, sopan dan sentiasa berjiwa muda dan kelihatan pandai menarik perhatian dengan style tersendiri.
Maka, ini tidak bermakna warna PINK hanya untuk PEREMPUAN kan? Justeru itu ... wahai kaum adam di luar sana anda tidak perlulah takut atau teragak-agak lagi untuk mengenakan busana berwarna merah jambu a.k.a PINK. Sekiranya hidup tiada mendiskriminasi warna kulit begitu jugalah dalam pemakaian... semua individu bebas memilih warna yang di sukai.
Hapuskan pemikiran kolot yang kononnya lelaki yang mengenakan pakaian bewarna merah jambu adalah golongan lelaki lembut. Janakan satu pemikiran yang lebih positif pada tiap2 perkara yang anda fikirkan.Cuba kita renungkan seketika...warna pink juga merupakan warna yg terbanyak pada anggota tubuh kita seperti bibir, lidah, tapak tgn dan kaki, warna di bawah kuku, lelangit dan gusi.
Mengikut kajian DR. Fadzillah Kamsah mereka yang menyukai PINK adalah mereka yang sentiasa berusaha untuk membuat yang terbaik dalam apa sahaja yang diusahakan dan sangat suka menghulurkan bantuan dalam apa jua lapangan serta sentiasa peka dengan keadaan di sekeliling.
Segalanya positif bukan??? jadi usah malu lagi untuk membeli atau mengenakan baju bewarna pink khususnya bagi kaum lelaki. Ekspresikan diri anda menggunakan apa sahaja warna yang anda sukai. Tahniah kepada kaum lelaki yang berani menggayakan merah jambu dalam berpakaian. Mengapa TAHNIAH? ini kerana anda adalah individu yang berani menampilkan personaliti anda yg sebenar serta berkeyakinan dalam menjalani sesuatu yg anda mahukan.
Akhir kalam, maaf sekiranya ada yang terkurang, penulisan sekitar 6 minit pada kali ini sekadar berkongsi pemikiran agar sama2 beroleh informasi yang baik.
p/s: " Duhai sahabat...bergayalah dengan sebebasnya selagi ia tidak melampaui batas syara'. Hadirkan Islam dalam pemakaian anda bukan sekadar pemakaian melambangkan seolah2 Islam
Lebih Banyak Kemajuan di Applique dan Awal dari Proyek Baru
4 tahun yang lalu