Assalamualaikum wbt..
lama rasanya tak membuat sebarang entry baru
maklumlah keadaan agak sibuk sedikit
apapun tak terlambat lagi untuk mengucapkan
SALAM RAMADHAN buat semua teman tiara-ilmi-qurratu 'aini.
semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun lepas.
Jadikan bulan ramadhan untuk kita perbanyakkan ibadah dalam mencari redha Allah.
sebagaimana firman Allah ayat 183 dalam surah al-Baqarah menyatakan bahawa:-
Terjemahannya : “ Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa ”.
seterusnya, ayat 184 daripada surah yang sama (al-Baqarah)juga menjelaskan tentang istimewanya difardhukan puasa, mari bersama kita hayati maksud firman ini.
Terjemahannya : “Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang
lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa
yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah, kalau kamu mengetahui ”.
p/s: " pose jangan tak pose... puasa seluruhnya bukan hanya puasa untuk makan dan minum sahaja..."