THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

follower (teman setia membina Ilham)

Jumaat, 27 Februari 2009

Rehat Yang Panjang

Apabila seseorang itu hampir tiba ajalnya, maka Allah akan memerintahkan malaikat maut mengambil nyawanya. Ketika itu malaikat akan tahu bila seseorang itu akan mati, di mana dan dalam keadaan bagaimana. Sebelum itu malaikat tidak tahu.

Setiap orang mempunyai ketentuan ajal masing-masing. Apabila kematian seseorang itu telah ditentukan, maka ajal itu akan datang, tidak berganjak, terdahulu atau terkemudian daripada tarikh yang telah ditetapkan. Itulah ketentuan daripada Allah yang tidak dapat diingkari oleh manusia. Allah mahukan agar setiap hamba-Nya reda dengan qadak dan qadar ketentuan Allah.

Apabila nyawa seorang Islam yang beriman itu hendak diambil, Allah mewahyukan kepada malaikat maut, ``kirimkan salam-Ku kepadanya.'' Maka apabila malaikat itu datang kepadanya untuk mengambil rohnya, malaikat akan berkata: ``Tuhanmu kirim salam padamu.''

Dalam sebuah hadis lain, daripada Muhammad al-Quradzi menyatakan bahawa apabila sampai ajal seorang mukmin, datanglah malaikat maut berkata: Sejahtera di atasmu wahai kekasih Allah. Allah mengirim salam padamu. Dalam surah an-Nahl: 32 dijelaskan, orang-orang yang bertakwa ialah mereka yang dimatikan dalam keadaan yang baik oleh para malaikat dengan mengucapkan kepada mereka, ``selamatlah kamu.''

Abu Hurairah memberitahu, bahawa Rasulullah ada bersabda menyatakan bahawa sesungguhnya orang yang beriman itu apabila hendak diambil rohnya, maka datanglah malaikat rahmat yang membawa sehelai sutera putih, lalu keluarlah daripadanya wangian. Wanginya lebih harum daripada bau kasturi, sehingga sebahagian mereka dapat menghidunya. Mereka menamakannya dengan sebaik-baik nama untuknya, sehingga mereka membawanya ke sebuah pintu daripada pintu langit.

Para malaikat bertanya, apakah bau-bauan ini didatangkan dari bumi. Setiap kali ia memasuki langit, penjaga-penjaga pintu akan mengucapkan kata-kata seperti itu, sehingga dia bersama segala roh orang yang beriman.

Dalam sebuah hadis lain, Abu Hurairah memberitakan bahawa Nabi bersabda: Sesungguhnya orang mukmin itu apabila tiba ajalnya, datanglah kepadanya malaikat dengan sekeping kain sutera, padanya ada kasturi, ambar dan harum-haruman. Maka mengalirlah rohnya seperti tercabutnya sehelai rambut daripada adunan tepung dan diucapkan kepadanya: Wahai jiwa yang tenang, keluarlah dalam keadaan reda atas kamu menemui Allah dan kemuliaan-Nya. Apabila rohnya telah keluar, ia diletakkan di atas kasturi juga bau-bauan, lalu kain sutera itu pun dilipat dan dibawa bersamanya ke Illiyiin - hadis riwayat al-Barra.
Rasulullah menjelaskan bahawa roh seseorang yang beriman itu tidak akan dicabut, keluar daripada jasad sehinggalah Allah memperlihatkan tempatnya yang kekal kelak, iaitu di syurga.

Sesungguhnya, kematian bagi orang yang beriman itu adalah rehat daripada segala kedukaan dunia. Dalam keadaan seumpama ini, tidak ada sesuatu perkara yang ghaib, yang dinantikan oleh orang yang beriman, lebih baik daripada kematian.
Sesungguhnya, kehidupan di dunia ini pinjaman semata-mata. Orang yang bijak akan menjadikan dunia ini laluan semata-mata, seumpama tidak ubah orang yang menyemai, bakal dituai di akhirat kelak. Itulah orang yang mendapat hidayah Allah, mentaati perintah-Nya dan menjauhi segala larangannya.

Manusia hidup perlu berjuang. Mempunyai tanggungjawab yang mesti dipikul, untuk diri sendiri, keluarga, agama dan negara. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Yang terbaik menang, dan yang leka akan tinggal ke belakang. Itulah adat perjuangan. Kekayaan yang dimiliki, anggota tubuh badan yang dinikmati mesti digunakan sebaik mungkin, termasuk usia yang diberi.

Semuanya akan ditanya oleh Allah, untuk apa, bagaimana dan kenapa ia digunakan. Mereka yang terpesona dengan keindahan dunia akan hanyut di bawah tekanan dan kekangan nafsu. Kerana itu, selagi nyawa ada di badan, perjuangan mesti diteruskan.
Orang yang beriman, menggunakan segala amanah yang diberi oleh Allah sebaik mungkin, sentiasa bersedia menghadapi mati, lantaran mati itu boleh berlaku pada bila-bila masa menurut ketentuan Allah.

Sebelum mati, ia akan didatangi oleh malaikat maut yang membawa salam daripada Allah, petanda kasih Allah, menjemput kekasih-Nya kembali menemui-Nya. Sebelum roh berpisah dengan jasad, Allah perlihatkan syurga baginya.

Syurga adalah kemuncak segala nikmat yang tidak dapat diluahkan melalui ungkapan kata. Bagi mereka yang berjuang untuk hidup di dunia, untuk diri, agama, negara, keluarga dan kerana Allah, apabila diperlihatkan kepadanya syurga, hamba berkenaan akan merasai betapa nikmatnya hidup di syurga, berbanding dengan hidup di dunia yang penuh dengan pelbagai perjuangan, hiruk-pikuk penipuan dan pesona.

Orang yang berada dalam pesona syurga, ketika dalam keadaan sakaratul maut tidak dapat menahan diri untuk menikmati syurga yang diperlihatkan kepadanya.
Walaupun demikian, hamba berkenaan tidak akan dapat menikmati kehidupan di syurga, kecuali setelah mati terlebih dahulu. Kerana itulah hamba berkenaan terlalu inginkan mati, untuk segera menikmati syurga.

Mati bererti menemui Allah, kerana itu, apabila seorang hamba yang beriman itu reda untuk mati, bererti dia reda untuk bertemu Allah. Dalam keadaan sedemikian rupa, apabila seseorang itu reda untuk bertemu Allah, maka Allah lagi suka menemui hamba berkenaan.
Hibaan bin al-Aswad pernah berkata, ``mati itu lebih baik bagi menyampaikan seorang yang kasih, kepada kekasihnya, iaitu Allah''

Sesungguhnya, apabila seseorang itu telah meninggal dunia, hakikatnya dia telah meninggalkan kehidupan yang fana, yang tidak kekal ini. Apabila dimasukkan dalam kubur, dia berada di alam arwah atau alam roh-roh. Kehidupan di alam kubur adalah sebahagian daripada alam akhirat. Di antara alam fana dan alam akhirat ada pendinding yang tidak boleh tembus-menembusi di antara satu dengan yang lain.

Bagi orang yang beriman, selain dipermudahkan ketika sakaratul maut, diberi penghormatan seperti yang dijelaskan dalam hadis-hadis yang diterangkan di atas, ia juga diberi nikmat ketika di kubur. Kerana itu, persoalan sama ada roh suami puan sekarang dalam keadaan gembira atau terlalu kesunyian merindukan puan tidak timbul sama sekali.
Perbandingan seorang mukmin ketika hidup di dunia, adalah seperti janin dalam kandungan ibunya. Apabila dia telah keluar daripada kandungan, dia menangis di tempat keluarnya, sehingga dia melihat sinar dan menyusu, ketika itu dia tidak ingin lagi untuk pulang ke dalam rahim.

Begitulah keadaan orang yang beriman yang telah mati dan menemui Tuhannya, tidak lagi dia ingin untuk kembali ke dunia, tidak ubah seumpama janin yang tidak ingin ke dalam rahim ibunya.

Gambaran nikmat yang dijelaskan ini adalah bagi mereka yang beriman. Ketika hampir mati dan melihat apa yang telah disediakan oleh Allah untuk dirinya, mereka begitu ingin untuk keluar dari dunia, iaitu mati. Bagi orang kafir, apabila hampir mati dan melihat apa yang disediakan oleh Allah, akan menjadi benci untuk keluar dari dunia, kerana itu Allah juga benci menemuinya.

Ibn Juraij memberitahu bahawa Nabi pernah bersabda kepada Aishah radialahuanha: Apabila seorang mukmin itu melihat para malaikat, mereka akan bertanya: Inginkah engkau kiranya kami kembalikan engkau ke dunia. Orang yang beriman itu bertanya: Ke negeri sedih dan dukacita. Kerana itu segeralah bawa kami kembali kepada Allah subhanahu wa taala.
Mati bukan penghujung kehidupan seseorang yang sebenar, kerana selain daripada hidup di dunia, manusia akan dibangkitkan di akhirat yang kekal lagi abadi. Allah menjanjikan kebahagiaan mereka yang beriman kepada-Nya di dunia dan di akhirat, termasuk ketika menghadapi saat genting sakaratul maut.


p/s: "duhai teman...setiap yang hidup pasti akan menemui mati..justeru itu, sediakan lah jambatan penghubung agar mudah tiba ke destinasi yang dituju dengan bahagia iaitu di akhirat sana..."

Ribena Ada Kandungan Arak

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minu man ringan kegemaran mengandungi arak .
Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minu man itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah . Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minu man itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah .

Bagai manapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minu man ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit . Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya
mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih . Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0 .1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah .

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minu man tidak dinyatakan dengan jelas pada label . . 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minu man ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya .
Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Za man Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya .

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minu man dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan . 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen . Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya .

Beliau mengakui minu man tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena . . - Agensi

p/s: "duhai teman...kajilah dan ketahuilah kandungan dan semua yang berkaitan dgn pemakanan dan minuman anda, usah biarkan kita terus tertipu...bukan anda sahaja terkena, tapi saya juga begitu. Maka, berhati-hati di masa depan dalam memilih pemakanan..jangan pula racun di sangka penawar"

Rabu, 25 Februari 2009

Kemampuan Belum Tentu Seperti Kamu...

"ibu..ibu...kenapa dia boleh main bola dengan hebat walaupun dia malas berlatih? ibu..ibu..kenapa dia boleh berenang tapi kenapa setelah adik cuba pun masih tak boleh lagi nak jadi macam dia...sedih la macam ni..." kata anak manja Mek Som.

si ibu yang terdengar hanya tersenyum lantas merangkul erat anaknya dan berkata " duhai anakku, kemampuan seseorang itu berbeza, kemampuaku belum tentu sama dengan kemampuan mu..sepertimana kata Saidina Ali sesungguhnya diri manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil itu terdapat satu alam yang besar.




Potensi adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Potensi boleh dibayangkan dan boleh diserlahkan kewujudannya dengan bertindak sesuatu terhadap puncanya. Sebiji benih berpotensi tumbuh, hidup dan membesar menghasilkan akar, batang dan ranting, daun, bunga dan buah-buah yang banyak. Bagaimanapun untuk hidup biji benih perlu disemai terlebih dahulu. Sebiji telur berpotensi menjadi seekor burung, ayam, itik atau seekor buaya sekiranya telur itu diramkan. Kalau dibiarkan ia akan menjadi telur busuk.

Alat-alat muzik berpotensi mengeluarkan bunyi yang berbeza mengikut jenisnya. Kenderaan yang dicpta manusia berpotensi berjalan. Apakah potensi sebuah radio, television atau sebuah komputer ?

Untuk hidup dan meneruskan kehidupan kita semua telah dibekalkan oleh Allah s.w.t maha pencipta dengan pelbagai potensi dalaman diri dan seluruh potensi sumber alam untuk digunakan selagi hayat dikandung badan.



Langkah pertama untuk membolehkan kita menggunakannya ialah dengan terlebih dahulu mengenali potensi diri yang dimiliki atau mengenal diri sendiri.

Tak kenal maka tak cinta. Untuk menyintai diri, anda semestinya dapat menyedari minat, bakat, kemahiran, kebolehan, kebaikan sifat perangai serta lain-lain kekuatan. Disamping kelebihan diri, anda juga sedar bahawa setiap individu ada kelemahan dan kekurangan. Kelemahan dan kekurangan juga adalah potensi diri yang perlu dikenali untuk membolehkan anda bertindak memperbaikinya. Bagaimanapun anda lebih memberi tumpuan kepada bagaimana cara menggunakan dan memperkembangkan kelebihan atau keistimewaan diri disamping berusaha memperbaiki atau mengatasi kekurangan diri yang ada.

Untuk itu cuba anda senaraikan :

1. Minat anda. Apa yang anda suka lakukan pada masa lapang. Apakah faedah yang anda perolehi dari segi keseronokan, kesihatan diri, ketenangan atau pendapatan tambahan daripadanya. Apakah faedah yang boleh diperolehi oleh orang lain daripada minat anda itu ?

2. Kemahiran anda. Apakah bakat yang anda rasa, anda miliki. Apakah yang anda lakukan untuk membuktikan, menyerlahkan atau mempertingkatkan bakat atau kemahiran yang anda miliki itu dan bagaimana ia boleh menafaatkan diri anda dan orang lain. Apakah yang anda lakukan dengan bakat atau kemahiran dalam melukis, menulis, menyanyi, bermain komputer, memperbaiki motorsikal atau seumpamanya. Berpuas hatikah anda dengan bakat dan kemahiran yang anda miliki sekarang. Tidakkah terfikir untuk mendalaminya, seterusnya menjadikannya sebagai satu bidang kerjaya anda. Dimanakah pusat-pusat pengajian yang menawarkan kursus-kursus lanjutan berkaitan dengannya. Siapakah yang mungkin memerlukan kemahiran anda itu.

3. Kebolehan anda. Selain daripada kemahiran melakukan sesuatu kerja yang boleh memberi faedah pada diri dan orang lain, cuba senaraikan kebolehan-kebolehan lain yang anda miliki. Misalnya anda boleh berkomunikasi dan mudah bergaul dengan orang lain. Anda mempunyai sikap positif terhadap diri, ada inisiatif dan rajin berusaha, berdisiplin dan berkeyakinan. Kebolehan-kebolehan ini penting dalam pergaulan seharian apatah lagi sekiranya anda ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

4. Kelemahan anda. Setiap orang ada kebolehan dan kekurangan dalam hal-hal yang tertentu. Bagaimana pun anda tidak menjadikan apa yang anda tidak boleh buat menghalang anda dari melakukan apa yang anda boleh lakukan. Anda perlu menilai diri dan menyedari kelemahan-kelemahan diri anda. Ini penting untuk membolehkan anda mencari jalan memperbaiki atau mengubahnya.

Bagi anda yang sukar untuk menyenaraikan potensi diri atau kelebihan-kelebihan yang anda miliki penemuan ini mungkin boleh membantu. Menurut Prof. Howard Garner melalui teorinya, ?Theory of Multiple Intelligence?, setiap orang yang normal memiliki sekurang-kurangnya tujuh potensi atau kecerdasan diri, di mana dalam setiap satu kecerdasan yang utama boleh dipecahkan lagi kepada kebolehan-kebolehan lain yang tidak terbilang banyaknya.

Tujuh kecerdasan yang dimaksudkan itu ialah:

1. Kecerdasan Kualitatif Logik :
Sensitif kepada corak, susunan, hal-hal yang sistematik dan beralasan, mengutamakan keperisian, pengiraan dan struktur, menterjemahkan kod-kod, simbol dan formula. Mereka yang memiliki kecerdasan ini sesuai menjadi seorang ahli matematik, saintis, akauntan, peguam, pegawai bank, programer komputer atau peniaga.


2. Kecerdasan Berbahasa :
Sensitif kepada suara, ritma, makna dan hubungan antara perkataan serta berbagai fungsi bahasa dan menggunakan bahasa untuk pernyataan diri. Anda yang memberi tumpuan pada kecerdasan ini sesuai menjadi ahli politik, guru, perlakon, pelawak penyajak, penceramah atau pendakwah.

3. Kecerdasan Visual ? Ruang :
Sensitif terhadap keindahan, pemerhatian yang tajam, kuat imaginasi, berdaya reka, kepekaan terhadap gestalt, pola, corak serta peta, menghayati warna dan rekabentuk serta berfikir secara tampak. Anda yang memperkembangkan kecerdasan ini boleh menjadi seorang pelukis, pereka atau pelayar siber / komputer.

4. Kecerdasan Muzik :
Sensitif kepada bunyi, irama, pik, ton, bekebolehan memyanyi dan menyusun muzik yang kompleks serta menghayati bentuk-bentuk muzik. Anda yang berminat dan berkebolehan sesuai menjadi ahli muzik, komposer,penyanyi, pengiklan atau pemain alat-alat muzik.

5. Kecerdasan Kinestetik :
Berkebolehan mengawal pergerakan badan, menggunakan tubuh badan sebagai alat eskperesi diri, meminati sukan, latihan jasmani serta boleh membuat gerak balas secara terlatih. Anda yang memperkembangkan kecerdasan ini biasanya menjadi ahli sukan, penari, pelakon atau pereka cipta.

6. Kecerdasan Interpersonal :
Sensitif terhadap orang lain, ada empati, berkebolehan menyesuaikan diri, dapat mengecam dan memahami perasaan orang lain, mudah bergaul, pandai mengambil hati, menarik serta boleh mempengaruhi orang lain. Anda dari golongan ini sesuai menjadi seorang kaunselor, guru, ahli politik atau seorang pemimpin.


7. Kecerdasan Intrapersonal :
Sensitif terhadap nilai, tujuan dan perasaan diri, memahami diri sendiri, tinggi kesedaran diri, boleh mengawal perasaan, tindak-tanduk dan mempunyai disiplin diri yang tinggi. Anda yang berpeluang memperkembangkan kecerdasan ini sesuai menjadi ahli falsafah, mufti atau penyelidik kognitif.

p/s: "duhai teman....setiap individu yang normal termasuk anda memiliki ketujuh-tujuh kecerdasan yang disebutkan. Bezanya ialah setakat manakah tahap kecerdasan itu wujud dalam diri dan setakat manakah anda telah mengambil peluang atau diberi peluang memperkembangkannya sebagai hobi atau menjadikannya sebagai bidang kerjaya anda.

.


Hargai Hati Lara Itu Dan Mutiara Jernih Yang Mengalir


Seorang penyair berkata: "Bila engkau mengetahui bahawa sesungguhnya engkau telah bersumpah demi waktu bahawa engkau akan mendapatkan segala yang diinginkan dalam setiap urusan dan setiap ketika yang engkau lalui, lalu ia juga telah bersumpah akan memberikan apa jua yang engkau sukai, maka pantas saja engkau bersedih hati jika kehilangan peluang yang tidak pernah tercapai"

Jika kita telah mengetahui konsep pengambilan dan pengembalian, pemberian dan pencegahan yang dilakukan oleh hari-hari yang kita lalui, dan hari itu tidak pernah melupakan sesuatu anugerah yang telah siberikannya, melainkan ia akan kembali mengambilnya dari kita, dan memang begitu ketentuan dan tabiat masa dalam erti hidup seorang Bani Adam, baik yang tinggal di istina mahupun yang tinggal di setinggan sahaja...semuanya akan merasai perihal masa yang sama, tiada bezanya...Maka rendahkanlah nada kesedihan dan usaplah air mata yang berjuraian, kerana bukan hanya kita insan pertama yang terkesan dengan racun zaman, dan musibah atas diri bukanlah pertama yang terjadi dan terakam sebagai sejarah dalam arkib musibah dan penderitaan.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

ام حسبتم ان تدخلوا الجنة ولما ياءتكم مثل الذين خلوا من قبلكم

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?....- surah Al-Baqarah: ayat 214)

p/s: "duhai teman....hargau setiap yang berlaku dengan sebaiknya...segala ketentuan adakalanya bukan takdir tapi Allah itu mahukan agar kita lebih berfikir.."

Isnin, 23 Februari 2009

Berakhirnya Sebuah Pelayaran Kapal Sejarah.


DISELAMATKAN

Hampir dua jam selepas Titanic tenggelam, RMS Carpathia tiba di tempat kejadian dan mengambil bot penyelamat pertama. Dalam beberapa jam kemudian, mereka yang masih hidup di selamatkan. Di geladak Carpathia, khidmat doa ringkas untuk mereka yang terselamat dan bagi memperingati mereka yang mati diadakan, dan pada 8:50 AM, Carpathia menuju ke New York, dan tiba pada 18 April.

Apabila kehilangan jiwa disahkan, White Star Line menyewa kapal MacKay-Bennett untuk mengambil mayat. Sejumlah 338 mayat akhirnya didapati. Kebanyakan mayat dihantar ke Halifax, Nova Scotia, di mana kebanyakan mayat yang tidak dituntut dikebumikan di Fairview Cemetery.

KESAN SELEPAS KEJADIAN

Apabila berita mengenai malapetaka itu tersebar, ramai orang terkejut bahawa Titanic telah tenggelam dengan jumlah kematian yang begitu tinggi walaupun dilengkapi dengan teknologi yang maju. Akhbar dipenuhi berita dan gambaran mengenai malapetaka tersebut dan kesemuanya tidak sabar-sabar untuk mendapatkan berita terkini. Banyak tabung amal ditubuhkan untuk membantu mangsa dan keluarga mereka, ramai yang kehilangan orang yang merupakan punca pendapatan, atau dalam kes penumpang kelas ketiga, kesemua barang yang mereka miliki.

Penenggelaman itu memberi kesan yang mendalam kepada penduduk Southampton. Menurut Hampshire Chronicle pada 20 April 1912, hampir 1,000 keluarga tempatan terjejas secara langsung. Hampir setiap jalan di daerah Chapel bandar tersebut kehilangan lebih dari satu penduduk dan hampir 500 rumah kehilangan keluarga.

Sebelum penumpang yang terselamat tiba di New York, siasatan telah dirancang bagi mengetahui apa yang berlaku kepada Titanic, dan apa yang boleh dilakukan bagi mengelakkan dari berulang. Senat Amerika Syarikat memulakan siasatan mengenai kemalangan Titanic pada 19 April, sehari selepas Carpathia tiba di New York dengan mereka yang terselamat. Pengerusi penyiasatan, Senator William Alden Smith, ingin mengumpul gambaran penumpang dan anak kapal semasa semuanya masih jelas dalam fikiran mereka. Smith juga perlu sepina warganegara British semasa mereka masih berada di tanah Amerika. Penyiasatan Amerika berlangsung sehingga 25 Mei. Lord Mersey dilantik bagi mengetuai penyiasatan Lembaga Perdagangan British - British Board of Trade's mengenai kemalangan tersebut. Penyiasatan British berlangsung antara 2 Mei dan 3 Julai. Setiap penyiasatan mengambil kenyataan daripada kedua-dua penumpang dan anak kapal Titanic, anak kapal Californian dan pakar lain.

Para penyiasat mendapati kebanyakan peraturan keselamatan ketinggalan zaman dan dengan itu pelbagai langkah keselamatan baru dilaksanakan. Kedua-dua penyiasatan mengenai kemalangan tersebut mendapati kapten dan kapal Californian gagal memberikan bantuan sewajarnya kepada Titanic. Penyiasatan tersebut mendapati bahawa Californian lebih hampir dengan Titanic berbanding 31 km (19 ½ batu) yang dianggarkan oleh Kapten Lord dan bahawa Lord sepatutnya membangunkan operator selepas roket dilaporkan kepadanya. Disebabkan operator Californian tidak bertugas, 29 negara mengesahkan Akta Radio 1912, yang menyelaraskan komunikasi radio, terutamanya dalam keadaan kecemasan.

Kemalangan tersebut turut mendorong kepada Persidangan Antarabangsa Keselamatan Jiwa di Laut - (International Convention for the Safety of Life at Sea di London, England, pada 12 November 1913. Pada 20 Januari 1915, persetujuan ditandatangani oleh persidangan tersebut dan menghasilkan penubuhan dan pembiayaan antarabangsa Peronda Ais Antarabangsa - (International Ice Patrol), agensi Pegawai Persisiran Amerika Syarikat yang sehingga hari ini memantau dan melaporkan lokasi aisberg Lautan Atlantik yang boleh menjadi ancaman kepada laluan laut yang merentasi Atlantik. Ia turut dipersetujui dalam peraturan baru bahawa semua kapal penumpang perlu mempunyai bot penyelamat yang mencukupi bagi semua orang di atas kapal, dan latihan keselamatan yang bersesuaian dilakukan, dan semua komunikasi radio dikendalikan 24 jam sehari bersama punca kuasa kedua, agar tidak terlepas panggilan kecemasan. Sebagai tambahan, telah dipersetujui bahawa tembakan roket merah daripada kapal mestilah dianggap sebagai isyarat kecemasan.

p/s: "duhai teman..adakalanya kemegahan yang dibanggakan tidak akan kekal selamanya...maka bersederhana itu tetap yang terbaik, ambil ikhtibar daripada kelemahan dan keangkuhan cerita ini sebagai benteng diri agar tidak turut tenggelam di lambung ombak jua..fikir2kan.."

Kembali Bersama Pelayaran Titanic (bhg 2)

Titanic melaporkan kedudukannya pada 41° 46′ N, 50° 14′ W.
Bangkai kapal dijumpai di 41° 43′ N, 49° 56′ W.

ketulan aisberg yang terdapat di Newfoundland

MALAPETAKA

Pada malam Ahad, 14 April, suhu menurun sehingga tahap hampir beku dan laut tenang. Bulan tidak muncul manakala langit pula cerah. Kapten Smith bertindak kepada amaran ketulan aisberg melalui wireles semenjak beberapa hari dengan mengubah haluan Titanic ke arah lebih selatan. Pada Ahad tersebut iaitu pada 1:45 PM, pesanan dari kapal wap Amerika telah memberi amaran bahawa air batu besar terapung dalam laluan Titanic, tetapi amaran ini tidak dihantar ke dek kawalan. Lewat petang itu, satu lagi laporan mengenai ketulan air batu besar yang banyak, kali ini daripada Mesaba, turut gagal disampaikan ke dek kawalan.

Pada pukul 11:40 PM ketika berlayar di selatan Grand Banks di Newfoundland, pemantau Fredrick Fleet dan Reginald Lee melihat ketulan air batu yang besar tepat di hadapan kapal. Fleet membunyikan loceng kapal sebanyak tiga kali dan menelefon dek kawalan lalu memberitahu, "Aisberg, betul-betul di hadapan!" Pegawai Pertama Murdoch mengarahkan pusingan mengejut ke port (kiri) dan kelajuan tinggi ke belakang, yang menghentikan dan kemudiannya mengundurkan enjin kapal. Perlanggaran ternyata tidak dapat dielakkan, dan aisberg tersebut bergesel dengan bahagian kanan sisi kapal, merenggangkan badan kapal di beberapa bahagian dan melantunkan kimpalan rivet di bawah paras air sepanjang sekitar 91 m (300 kaki). Pintu kedap air ditutup apabila air mula memasuki lima bahagian kedap air pertama, lebih satu daripada apa yang dapat ditanggung Titanic. Berat lima bahagian kedap air yang dimasuki air menarik kapal ke bawah melebihi ketinggian dinding kedap air lalu membenarkan air untuk memasuki bahagian lain. Kapten Smith, merasai gegaran hentaman itu lalu menuju ke dek pengurusan dan memerintahkan berhenti sepenuhnya. Selepas pemeriksaan oleh pegawai kapten dan Thomas Andrews, jelas disedari bahawa Titanic akan tenggelam, dan sejurus selepas tengah malam pada 15 April, perahu penyelamat diperintahkan untuk disediakan dan panggilan keselamatan mula dihantar.

Bot penyelamat pertama dilancarkan, bot 7, diturunkan pada pukul 12:40 AM di bahagian kanan kapal dengan hanya 28 orang di atasnya. Titanic membawa 20 perahu penyelamat dengan keupayaan penuh 1,178 orang. Walaupun tidak mencukupi untuk membawa kesemua penumpang dan anak kapal, Titanic membawa lebih banyak bot berbanding yang disyaratkan oleh Lembaga Peraturan British (British Board of Regulations). Pada masa itu, jumlah bot penyelamat yang diperlukan ditetapkan menurut tan kasar kapal, bukannya jumlah orang yang dibawanya.

Penumpang kelas pertama dan kedua lebih mudah menuju ke bot penyelamat dengan tangga yang menuju terus ke dek bot, tetapi penumpang kelas ketiga lebih sukar. Ramai mendapati laluan dari bahagian bawah kapal sukar difahami dan menyukarkan mereka untuk sampai ke bot penyelamat. Lebih buruk lagi bagi penumpang kelas ketiga apabila pintu dikunci oleh anak kapal yang menunggu arahan bagi membenarkan penumpang naik ke geladak.


Operator radio tanpa wayar Jack Phillips dan Harold Bride sibuk menghantar kod CQD, isyarat kecemasan sejagat. Beberapa kapal menyahut, termasuk Mount Temple, Frankfurt dan kapal saudara Titanic, Olympic, tetapi kesemuanya terlalu jauh untuk sampai sebelum Titanic tenggelam. Kapal terdekat adalah RMS Carpathia kepunyaan Cunard Line yang sejauh 93 kilometer (58 batu) dan hanya sampai selepas empat jam; terlalu lewat untuk sampai ke Titanic. Satu-satunya daratan yang menerima isyarat kecemasan Titanic merupakan stesyen wireles di Cape Race, Newfoundland.

Pada mulanya, penumpang enggan meninggalkan Titanic untuk menaiki kapal penyelamat yang kecil kerana merasakan Titanic lebih selamat dan selesa serta tiada sebarang tanda yang menunjukkan mereka sedang berada dalam keadaan bahaya. Malahan, terdapat khabar di antara mereka bahawa mereka dikehendaki turun ke dalam bot penyelamat hanya sebagai syarat untuk mematuhi undang-undang yang ada dan mereka difahamkan lagi bahawa mereka akan kembali ke kapal untuk sarapan pagi kerana mereka percaya kapal tersebut tidak akan tenggelam. Ini menyebabkan kebanyakan bot dilancarkan separuh kosong dan terdapat satu bot yang mampu membawa 40 orang berlepas dengan hanya 12 orang di atasnya.

Dengan arahan "wanita dan kanak-kanak dahulu" diberi keutamaan untuk menaiki bot penyelamat, Pegawai Kedua Lightoller, yang mengisi bot penyelamat di sebelah kiri, hanya membenarkan lelaki yang diperlukan sebagai pengayuh dan tidak untuk sebab lain walaupun masih terdapat tempat kosong. Pegawai Pertama Murdoch, yang mengisi bot di sebelah kanan kapal, membenarkan lelaki naik sekiranya wanita tidak mencukupi. Apabila kapal semakin condong, penumpang mulai cemas dan sesetengah bot berlepas penuh. Pada 2:05 AM, seluruh bahagian haluan kapal tenggelam di bawah air dan ketika itu, selain dua buah bot, semua bot penyelamat yang lain telah dilancarkan.

Sekitar 2:10 AM, bahagian belakang kapal terangkat dari paras air menampakkan bilah kipas, dan pada pukul 2:17 aras air mencecah geladak bot. Keadaan semakin hangat apabila dua bot penyelamat terakhir terapung dari geladak, satu terbalik dan satu lagi separuh berisi air. Tidak lama kemudian, serombong paling hadapan jatuh, meremukkan sebahagian dek pengurusan dan mereka yang terapung di permukaan air. Di geladak, para penumpang berlari ke arah buritan atau melompat ke laut dangan harapan dapat sampai ke bot penyelamat. Bahagian buritan kapal perlahan-lahan terjungkit ke langit, dan barang-barang yang tidak terikat jatuh ke dalam laut. Semasa bahagian belakang kapal terjungkit, sistem eletrik gagal dan semua lampu terpadam. Tidak lama kemudian, tekanan pada badan kapal mengakibatkan Titanic pecah dua antara dua serombong terakhir, dan bahagian hadapan tenggelam sepenuhnya. Bahagian belakang terapung di permukaan air seketika dan terjungkit menegak. Selepas beberapa ketika, pada pukul 2:20 AM, kesemuanya tenggelam ke dalam laut.

Daripada sejumlah 2,223 orang, hanya 706 terselamat; 1,517 mati. Kebanyakan kematian disebabkan mangsa terkena hipotermia dalam air bersuhu 28 °F (−2 °C). Hanya dua daripada 18 bot penyelamat yang dilancarkan kembali untuk menyelamatkan mangsa dari dalam air selepas kapal tenggelam. Bot penyelamat 4 kembali dan menyelamatkan lima orang, dua daripada mereka mati kemudiannya. Hampir sejam kemudian, bot penyelamat 14 kembali dan menyelamatkan empat orang yang mana satu mati kemudiannya. Ada yang lain berjaya menaiki bot penyelamat yang terapung daripada geladak. Terdapat pertikaian dalam bot penyelamat lain sama ada hendak kembali, tetapi kebanyakan yang terselamat takutkan bot penyelamat mereka akan tenggelam akibat dikerumuni mangsa yang cuba menaiki bot mereka atau "ditarik" oleh Titanic yang tenggelam, walaupun sebenarnya hanya sedikit tarikan berlaku.

Ketika kapal tersebut tenggelam ke dalam laut, kedua bahagian tersebut menjunam dalam cara berlainan. Bahagian haluan yang runcing mendatar kira-kira 609 m (2,000 kaki) di bawah permukaan dan mendarat dengan agak perlahan. Bahagian buritan bagaimanapun tenggelam dengan laju ke dasar lautan; badan kapal terburai akibat penguncupan udara yang terperangkap dalam kapal. Bahagian buritan kapal menghentam dasar pada kelajuan tinggi, terbenam jauh ke dalam lumpur.


p/s: "duhai teman...mari telusuri pelayaran sejarah ini...teruskan membaca!"


Isnin, 16 Februari 2009

Perlayaran Di Atas Kapal Mewah RMS Titanic (bhg 1)

gambar ni di ambil pada 05 April 1912, before departing Southampton, England.
hmmm...semalam 15 Feb 09, pada mulanya petang tu agak membosankan, maka aku pun ringan kan tangan tekan remote control tv tu...tanpa ku sangka ada cerita titanic dekat max channel..apa lagi tanpa melengahkan masa, aku pun memberi sepenuh kekhusyukan untuk menonton..haha~~Tapi yang bestnya, lepas je habis citer tu terus dapat ilham nak kaji la sikit ttg kapal mewah tu kan, lalu dengan segera jari-jemariku ini menaip di yahoo finder tu ttg titanic ni, cari punya cari akhirnya kutemui...bila dah jumpa rasa nak kongsi la plak dengan semua...dengan pantas aku pun memulakan proses hidupkan semula blog aku yang dah lama terbengkalai ni...hihi..aku harap korang semua sudi2 kan lah diri membaca tentang kisah ni walaupun aku tau cerita ni panjang bebenor..hihi~~mungkin korang semua dah pernah nonton citer ni, tapi tak pernah tahu sejarahnya yang sebenor2 nye...huhu~~

al-kisahnya begini....

RMS Titanic (jugaSS Titanic) merupakan yang kedua dari tiga kapal penumpang yang bertujuan mengawal perniagaan perjalanan merentasi Lautan Atlantik. Dimiliki oleh White Star Line dan dibina di limbungan Harland and Wolff, Titanic merupakan kapal wap penumpang terbesar di dunia pada masa pelancarannya. Semasa pelayaran pertama Titanic, ia berlanggar dengan aisberg pada jam 11:40 PM (waktu kapal) pada pagi Ahad 4 April 1912, dan tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada jam 2:20 AM pagi Isnin.

Bencana tersebut mengakibatkan kematian lebih 1,500 orang, menjadikannya sebagai bencana laut terburuk semasa aman dalam sejarah dan paling termashyur sehingga kini. Titanic dilengkapi dengan teknologi paling maju pada masa itu dan orang awam percaya bahawa ia “tidak mungkin tenggelam”. Ia amat mengejutkan bagi orang ramai bahawa walaupun dengan teknologi moden dan anak kapal yang berpengalaman, Titanic masih tenggelam dengan jumlah kematian yang tinggi. Keghairahan media awam mengenai mangsa terkenal Titanic, legenda mengenai apa yang berlaku di atas kapal, mengakibatkan undang-undang laut ditukar, dan penemuan bangkai kapal pada 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadikan Titanic kekal terkenal pada tahun-tahun berikutnya.


Pembinaan

Kapal Titanic merupakan kapal penumpang kepunyaan White Star Line, dibina di limbungan Harland and Wolff di Belfast, Ireland. Kapal ini direka untuk menyaingi kapal milik syarikat Cunard Line iaitu Lusitania dan Mauretania. Titanic, bersama kapal saudaranya kelas-Olympic, Olympic dan yang akan dibina Britannic, pada asalnya dinamakan Gigantic yang bertujuan untuk menjadi kapal paling mewah dan terbesar yang pernah dibina. Pembinaan RMS Titanic dibiayai oleh hartawan Amerika, J.P. Morgan dan syarikatnya International Mercantile Marine Co., bermula pada 31 Mac 1909. Badan kapal Titanic dilancarkan pada 31 Mei 1911, dan kelengkapan dalaman disiapkan pada 31 Mac tahun berikutnya. Titanic mempunyai ukukran sepanjang 269 meter (882 kaki 9 inci) dan 28 meter (92 kaki 6 inci) lebar, seberat 46,328 tan kasar, dan ketinggian dari paras air ke geladak setinggi 18 meter (60 kaki). Walaupun ia melitupi lebih banyak ruang dan dengan tan kasar yang lebih, badan kapal Titanic adalah sama panjang dengan kapal Olympic. Titanic dilengkapi dengan dua enjin bersetentangan empat silinder, tiga pembesaran, enjin wap terbalik dan satu turbin Parsons bertekanan rendah yang menggerakkan tiga kipas. Terdapat 29 dandang yang dipanaskan oleh 159 pendiang arang batu yang mampu menghasilkan kelajuan sehingga 23 knot (43 km/j). Hanya tiga daripada empat serombong kapal setinggi 19 meter (63 kaki) yang berfungsi; serombong keempat yang digunakan sebagai pengudaraan (sengaja ditambah bagi menampakkan kehebatan kapal itu). Kapal Titanic mampu membawa 3,547 penumpang dan anak kapal dan disebabkan ia membawa surat, namanya diberikan penambahan awalan Kapal Surat DiRaja (Royal Mail Ship) (RMS) atau (Royal Mail Steamer) dan juga sebagai kapal wap - SS (Steam Ship). Untuk masa itu, kemudahan dan kemewahannya tidak dapat ditandingi. Ia menawarkan kemudahan seperti kolam renang, gymnasium, mandian Turki, perpustakaan dan gelanggang squash. Bilik umum kelas pertama dihiasi indah dengan panel kayu yang meluas, perabot mahal dan hiasan indah yang lain. Kapal tersebut turut menawarkan tiga lif untuk kegunaan penumpang kelas pertama dan, satu inovasi pada masa itu, satu lif bagi penumpang kelas dua.

Titanic dianggap kemuncak senibina laut dan pencapaian teknologi. Ia dianggap oleh majalah Pembina Kapal Ship Builders sebagai "hampir tidak mungkin tenggelam." Titanic dibahagikan kepada 16 ruang kedap air dengan pintu yang dikawal oleh kunci magnetik dan akan diturunkan hanya dengan menekan satu suis dari dek anjung kapal; bagaimanapun, pembahagian (bulkhead) tidak merentangi keseluruhan ketinggian geladak (hanya sehingga Dek-E). Titanic mampu terapung dengan sebarang dua ruang tengah dipenuhi air atau empat bahagian pertama dipenuhi air; sekiranya lebih dari itu, ia akan tenggelam.


Pelayaran pertama

Kapal Titanic memulakan pelayaran pertamanya dari Southampton, England, untuk perjalanan ke Bandar New York, New York, pada Rabu, 10 April 1912, di bawah kendalian Kaptain Edward J. Smith. Ketika Titanic bergerak meninggalkan pelabuhan, kuasa sedutan yang dihasilkan oleh kapal tersebut menyebabkan kapal penumpang New York, yang berlabuh berhampiran, putus tambatan dan ditarik begitu hampir (sekitar 4 kaki) dengan Titanic sebelum kapal tunda menunda New York dapat mengelak. Kejadian tersebut melewatkan Titanic berlepas satu jam dari jadual sebenar. Selepas menyeberangi Selat Inggeris, Titanic berhenti di Cherbourg, France, untuk menurunkan dan mengambil penumpang tambahan dan berhenti sekali lagi di Queenstown (sekarang ini dikenali sebagai Cobh), Ireland, sebelum meneruskan pelayaran ke New York dengan 2,223 penumpang.[1]

Titanic mempunyai tiga bahagian kelas penumpang yang diasingkan. Kelas ketiga yang juga dikenali sebagai steerage, terdiri daripada kabin kecil di dek bawah, diduduki kebanyakannya oleh pendatang yang mengharapkan kehidupan lebih baik di Amerika. Kabin dan bilik umum kelas kedua yang terletak di buritan kapal adalah sama dengan kemudahan kelas pertama di kapal-kapal yang lain. Kebanyakan penumpang kelas kedua pada asalnya menempah kelas pertama di kapal yang lain tetapi disebabkan mogok arang batu, mereka dipindahkan ke Titanic. Kelas pertama merupakan bahagian paling mewah di atas kapal.

Sebahagian daripada orang yang terkenal turut belayar sebagai penumpang kelas pertama. Ini termasuk jutawan John Jacob Astor dan isterinya Madeleine Force Astor; pemilik kilang Benjamin Guggenheim; pemilik Macy, Isador Straus dan isterinya Ida; jutawan Denver, Margaret "Molly" Brown; Sir Cosmo Duff-Gordon dan isterinya, pereka fesyen, Lady Lucille Duff-Gordon; George Elkins Widener dan isterinya, Eleanor; John Borland Thayer, isterinya Marian dan anak mereka yang berusia tujuh belas tahun, Jack; wartawan William Thomas Stead; Countess of Rothes; pembantu presiden U.S. Archibald Butt; pengarang dan sosialit, Helen Churchill Candee; pengarang Jacques Futrelle, dan isterinya May, dan rakan mereka, pengarah Broadway Henry dan Irene Harris; pelakon wanita filem bisu Dorothy Gibson; dan yang lain. Turut bersama di kelas pertama adalah pengarah urusan White Star Line J. Bruce Ismay yang mencadangkan Titanic dan pembina kapal Thomas Andrews, yang turut bersama bagi memantau sebarang masalah dan menilai prestasi keseluruhan kapal baru tersebut.

p/s: " kepada yang membaca terima kasih di ucapkan..tapi cerita ni tak habis lagi..bawa2 bersabor..teruskan baca yer..bahagian 2 pula esok sbb malam ni aku nak teruskan mengkaji untuk tulis sambungan ni..nantikan kemunculanku ok..haha~~..rajin2 kan la diri tu membaca yer!"

Kita Ibarat Emas Yang Diketuk



Seorang yang berperibadi kuat seumpama besi waja, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh dan tajam untuk menghadapi hidup; sebaliknya, seorang yang berperibadi lemah laksana timah apabila terkena api ia akan hancur, apabila terketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

Ayam kampung perlukan sepuluh orang untuk menangkapnya. Ia akan lari sekeliling kampung. Sepuluh orang mengepung di sana, menghambat di sini, menerpa di sana dan tersungkur di sini, namun ayam kampung masih gagah lari menyelamatkan diri. Setelah berhempas pulas sepuluh orang baru dapat menewaskan seekor ayam. Tatkala ayam itu disembelih, tiba-tiba ia bangkit, berjalan keliling rumah dengan kepalanya sekali-sekala terkulai ke bawah. Ia berjalan lagi hingga akhirnya rebah.Maka tamatlah riwayat seekor ayam kampung.

Seekor ayam bandar (sangkar) dikeluarkan dari dalam sangkar. Ia diletakkan di luar dan dibiarkan lepas. Ayam bandar ini terteleng-teleng, melihat sana, melihat sini. Kemudian dia melangkahkan kaki, masuk kembali ke dalam sangkarnya. Dia tidak pernah tahu bahawa selama mana berada di dalam sangkar semudah itu nyawanya akan melayang, selama mana dia berada di luar peluang untuk dia lari menyelamatkan diri lebih terbuka luas. Itulah berbezanya ayam kampung dengan ayam bandar.

Cabaran hidup telah menjadikan ayam kampung begitu bertenaga, berani dan punya wawasan, sedangkan ayam bandar tidak nampak peluang dan menjadi begitu lemah lagi malas. Kesusahan sentiasa menjadi penunu untuk seseorang itu muncul luar biasa bagus dan hebat sekali, sebaliknya kesenangan pasti akan menyebabkan kelemahan, bukan sahaja tubuh badan kadang-kadang dalam soal peribadahan. Orang yang hidup dalam tekanan adalah umpama besi waja. Ia keras dan sukar dikalahkan. Seseorang yang hidup dalam tekanan dan kepayahan sebenarnya sentiasa lebih kuat dan padu daripada mereka yang hidup dalam kesenangan. Maka itu, seorang yang miskin kadang-kadang lebih hebat peribadinya daripada seorang yang berada. Kekayaan adalah kekuatan dalam kelemahan, sedang kemiskinan kelemahan dalam kekuatan. Jadi, usahlah marah dengan keadaan jika anda tidak tergolong dalam kalangan orang senang.

Pada satu segi anda lebih kuat dan lebih hebat daripada orang senang. Kadang-kadang orang senang terlalu lemah hinggakan untuk menukar kepala paip yang sudah longgar perlukan orang kurang senang untuk melakukannya. Bukan disebabkan dia terlebih wang tetapi benar-benar kerana memang tidak pandai. Orang yang tidak pernah teruja oleh cabaran selalunya menjadi kian lemah sebaliknya orang yang hidup dalam ujian selalu bertambah kuat. Seorang gila selalunya tidak terurus segala hal, dia merayau-rayau dari satu tempat ke satu tempat. Pakaiannya tidak pernah berganti, makan minumnya apa-apa saja yang dijumpai. Tidurnya tidak menentu, tetapi dia kelihatan sihat. Jarang nampak orang gila terlantar sakit, tetapi hospital menjadi tumpuan orang normal dan hidup senang. Usah rasa tidak selesa dengan cabaran sebab cabaran sentiasa memberikan kekuatan. Hanya orang yang lemah akan menganggap cabaran melemahkan.

Cabaran bukanlah nasib malang tetapi ia membuka peluang. Jika peluang tidak terlihat ia tetap bernilai pengalaman. Pengalaman itu tidak ternilai harganya, ia tiada dijual, ia hanya ada pada orang yang mengalami. Semakin kesusahan itu mengetuk, semakin ia membentuk, ibarat seorang tukang emas menempa emas untuk dijadikan perhiasan wanita, semakin diketuk semakin berharga, semakin diketuk semakin tinggi harganya.

Apakah kita seperti emas yang sedang diketuk itu ?


p/s: "duhai teman...hadapilah segala cabaran yang datang dengan penuh kebijaksanaan dan kesabaran di atas jaringan usaha yang tinggi dan bukannya sekadar pengharapan...fikir2kan"

Ahad, 15 Februari 2009

Tiada Pengganti Allah Bagimu...


" Pabila kudengar sautan azan sebuana,
Kumerindui Dia di atas sana,
tetapi bila kudengar suara manusia,
Hampir saja ku kehilangan sedar jiwa! "

Seorang lpemuda memasuki sebuah masjid bukan pada waktu solat dan telah menjumpai seorang anak kecil berusia 10 tahun sedang melaksanakan solat dengan khusyu', lalu dia mendekati si kecil itu setelah selesai menadah tangan meminta kasih Illahi, lantas pemuda itu pun bertanya: " Kamu ini anak siapa?" tanpa mengeluarkan suara, si kecil itu terus menggelengkan kepalanya dan menitiskan air mata, seraya berkata:"wahai pakcik, saya ini seorang yatim piatu".Pemuda itu amat tersentuh hatinya mendengarkan kata si kecil tadi lantas mengutarakan hasratnya "Mahukah kamu menjadi anak angkatku?" si kecil itu kemudiannya bertanya: "Adakah pakcik akan memberiku makan apabila saya lapar?" Pemuda itu menjawab:
"Ya!", lalu si kecil itu bertanya lagi: "Adakah saya akan di beri pakaian oleh mu sekiranya saya tidak mempunyai pakaian?". Sekali lagi pemuda itu mengangguk dan berkata "Ya!" Si kecil itu terus bertanya: "Sekiranya saya sakit adakah pakcik akan menyembuhkan saya daripada penyakit?" sayugianya, pemuda itu pun menjawab: "Wahai anakku, aku tidak dapat melakukan itu". Namun anak kecil itu terus bertanya lagi: "Adaka pakcik akan menghidupkan saya lagi apabila saya mati nanti?" sekali lagi pemuda itu menggeleng kepala: "Aku juga tidak mampu melakukan itu".
Akhirnya si kecil itu berkata: "Kalau demikian, wahai pakcik, serahkanlah diriku kepada:

الذي خلقني فهو يهدين# والذي هو يطعمني ويسقين # واذا مرضت فهو يشفين # والذي يميتني ثم يحيين #والذي اطمع ان يغفرلى خطيئتى يوم الدين
" tuhan yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjukkan ,hidayah kepadaku, dan Tuhanku, yang Dia memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembukan aku, dan yang mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali), dan yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari Qiamat"-(Asy-syu'ara': Ayat 78-82)

Pemuda itu pun diam dan pergi meneruskan urusannya, sedang anak kecil itu berkata: " Aku beriman kepada Allah. Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia akan mamperi kecukupan kepadanya"

p/s: duhai teman...ketahuilah dikau bahawa kasih dan belas Yang Esa itu, tidak ternilai taranya, melampaui segala kemewahan dunia, sesungguhnya Dia Maha Karya Cinta!