THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

follower (teman setia membina Ilham)

Selasa, 24 Mac 2009

Boleh Mencarinya Tetapi Jangan Terlalu.

Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja
kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga.....

Seelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL.


p/s:
"duhai teman, mencari kesempurnaan itu tidak salah, tapi janganlah terlalu mengejar sepenuhnya kesempurnaan itu, ingatlah kita diciptakan sebagai manusia punya kebaikan dan kelemahan, namun sekiranya kita sentiasa meletakkan diri untuk menjadi dan memberi yang terbaik dalam apa jua perkara, sudah cukup untuk kita anggap bahawa kesempurnaan itu sudah terbentuk. Boleh mencari kesempurnaan itu tetapi jangan biarkan diri anda terlalu mengejar untuk mengecapinya."

Khamis, 19 Mac 2009

Misteri Segitiga Bermuda

Add Image
Tahukah kawan-kawan,sebenarnya wilayah Segitiga Bermuda ini tak benar bila dikatakan segitiga, sebab batas-batas dari petunjuk kapal-kapal atau pesawat terbang yang hilang sudah melebihi dari bentuk segitiga itu. Segitiga itupun hanya merupakan imajinasi saja. Bila kita ambil peta, kita buka di bagian Amerika Tengah, di sana terdapat banyak kepulauan Hindia Barat. Untuk mengetahui bagaimana bentuk dari Segitiga Bermuda itu, kita tarik garis dari kota Miami ke kota San Juan di Puerto Rico; dari San Juan ke pulau Bermuda; dan kembali ke Miami di daerah Florida, Amerika. Citer sejarah mengenai segitiga bermuda bermula apabila kegembiraan Christopher Columbus dan anak kapalnya menemui benua Amerika pada 1492 tiba-tiba saja bertukar menjadi mimpi ngeri.Tanpa diduga, ketika meneruskan pelayaran, kumpulan ekspedisi berkenaan tidak hanya menemui benua baru itu tetapi turut berhadapan dengan fenomena mistik yang meremangkan bulu roma dan menyeramkan.Di tengah samudera luas, secara tiba-tiba jarum kompas di kapal Columbus bergerak tanpa arah yang pasti. Kejadian aneh berkenaan semakin membingungkan kerana ia berlaku ketika cuaca di luar kapal begitu baik.Peristiwa mistik tidak tamat di situ saja. Tidak lama selepas itu, ketika malam menjelma, kalangan kelasi dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjatuh ke dalam laut tidak beberapa jauh daripada kapal berkenaan.Mereka juga melihat satu lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja. Pengalaman aneh itu dicatatkan Columbus ketika menceritakan mengenai ekspedisinya meninjau wilayah baru itu.Dalam meneliti kawasan Amerika yang baru dijumpai itu, pelayar terbabit mungkin sedikit gerun selepas mendapati kawasan itu bukanlah bumi biasa, terdapat sesuatu yang misteri mengenai wilayah itu.Sememangnya wilayah mistik yang dilalui Columbus itu terus kekal misteri sehingga kini. Kawasan terletak antara Miami di Florida,puertoRico,di Jamaica dan Bermuda terus menyimpan rahsia yang tidak dapat dipecahkan selama ratusan tahun.Columbus dan ahli ekspedisinya boleh dikatakan agak beruntung berbanding pihak lain yang melalui kawasan yang kini dikenali ‘Segitiga Bermuda’ itu. Ahli pelayaran kurun ke-15 itu sekadar diperlihatkan kejadian aneh dan mistik tetapi ratusan kapal dan pesawat yang melalui perairan itu selepas Columbus terus ghaib tanpa dapat dikesan!Peristiwa terbesar yang pernah terjadi di Segitiga Bermuda adalah lenyapnya kapal perang Inggeris iaitu Atlanta pada 1880.Sebaik kapal besar itu melalui kawasan perairan berkenaan, ia terus lenyap bersama 300 kadet dan askar di dalamnya.Rupanya Segitiga Bermuda tidak hanya ‘menelan’ kapal laut yang melalui kawasan perairannya tetapi juga di ruang udara yang terdapat dalam lingkungan pertemuan tiga negeri berkenaan.Selain kapal laut, pesawat yang terbang di Segitiga Bermuda yang berkeluasan kira-kira 1.2 juta kilometer persegi itu turut ghaib tanpa dapat dikesan. Peristiwa terbesar membabitkan kehilangan pesawat terbongkar pada 1990 apabila lima jet Grumman TBF Avenger AL AS yang tengah meronda melintas wilayah laut itu terus ghaib daripada radar pusat kawalan udara pada 5 Disember 1945, ketika waktu masih siang.Penyiasatan mendapati komandan penerbangan sempat berhubung dengan pusat kawalan dan melaporkan yang kumpulan mereka mengalami ‘gangguan’ sebelum semua pesawat itu ghaib beberapa minit kemudian tanpa sempat memberi isyarat SOS.Kehilangan lima pesawat itu menyebabkan sebuah pesawat lain iaitu Martin PBM-3 Mariner diterbangkan untuk operasi mencari tetapi pesawat itu turut lenyap bersama 13 anggota di dalamnya. Operasi mencari turut gagal menemui serpihan pesawat berkenaan.Tahun demi tahun berlalu, sekitar 1990, seorang peneliti tampil bersama penemuan menggemparkan apabila menjumpai kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Ujian mendapati kerangka itu milik TBF Avenger yang hilang lebih 30 tahun sebelum itu.Konflik lebih menarik berlaku dalam proses pencarian pesawat pengangkut C-119 flying Boxcar yang hilang pada 7 Jun 1965. Seperti kes lain, pesawat itu terbang melalui Segitiga Bermuda dan terus gahib tanpa dapat dikesan.Operasi menyelamat dikerahkan tetapi tetap tidak menjumpai jejak serpihan ataupun mayat anggota dalam pesawat itu.Kehilangan itu terus menjadi misteri sehinggalah pada 1973, seorang pengkaji UFO mengemukakan teori yang menarik tumpuan ramai pihak menerusi artikelnya yang diterbitkan Biro UFO Antarabangsa.Dalam artikel itu dimuatkan kenyataan angkasawan Gemini IV, James McDivitt dan Edward H. White II. Mereka menceritakan pada waktu hilangnya pesawat C-119, dua angkasawan itu sedang mengamati wilayah sekitar Kepulauan Hawaii Menurut catatan NASA, pada 3 hingga 7 Jun 1965, kedua-dua angkasawan itu sedang melakukan eksperimen di luar kapsul Gemini dan McDivitt menyatakan dia melihat sebuah UFO meluncur di udara berhampiran Hawaii. Beberapa minit kemudian, White turut menyaksikan objek lain yang berbentuk serupa.Sejak itu, cerita mengenai UFO yang ‘menculik’ C-119 terus heboh sehingga menarik perhatian ramai pihak. Bagaimanapun, pihak yang skeptikal dengan kenyataan itu tetap menyangkal dengan tanggapan bahawa kedua-dua angkasawan itu mungkin tersalah anggap.Sehingga kini, kes membabitkan pesawat C-119 Flying Boxcar, TBF Avenger, Martin PBM-3 Mariner, kapal laut Atlanta serta ratusan lagi kes kehilangan kapal dan pesawat di kawasan itu terus kekal misteri dan tidak dapat diselesaikan.Bagaimanapun, terdapat persamaan dalam kebanyakan kes - ghaib ketika keadaan cuaca baik, kapal dan pesawat tidak memiliki masalah atau kerosakan teknikal, perhubungan radio antara pesawat dan kapal dengan pusat kawalan berjalan biasa sehinggalah ia terus terputus tanpa disangka. Banyak teori dikaitkan sebagai punca misteri Segitiga Bermuda. Ada yang mengemukakan teori lingkungan waktu, medan graviti terbalik, anomali magnetik-graviti, fenomena gempa laut, serangan gelombang besar termasuk dikaitkan dengan lubang hitam di angkasa.Teori lebih pelik adalah wilayah itu dikatakan markas UFO di Bumi ini, pusat pemerintahan kota Atlantis yang tenggelam ribuan tahun lalu, kota manusia duyung selain pusat persembunyian Dajal.Walau pelbagai teori dikemukakan, tiada satu pun yang menyingkap rahsia sebenar mengenai misteri wilayah segitiga itu.Selepas lebih 500 tahun daripada peristiwa mistik yang menghantui Columbus, pelbagai kejadian aneh bagaikan tidak berkesudahan sekali gus meletakkan Segitiga Bermuda sebagai antara wilayah paling misteri di dunia ini.

p/s: "Duhai teman, ketahuilah dan fahamilah bahawa sesuatu yang terjadi di dunia ini walau sehebat mana atau semisteri mana pun ia, ianya pasti punya sebab di sisi Yang Di Atas Sana...kita sebagai manusia, perlu sentiasa mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku, supaya kita tidak digolongkan dalam kelompok orang yang rugi...fikir-fikirkan"

Ahad, 15 Mac 2009

Berapa Harga Sebuah Kotak?


Kotak merupakan antara bahan penting dalam kehidupan manusia. Kita menggunakan kotak untuk memastikan bahan-bahan atau sesuatu ruang itu nampak tersusun.Selain itu, kotak juga merupakan bahan sampingan yang utama agar hadiah yang dibungkus nampak kemas.
Erm, rasa-rasanya kan... apa lah yang istimewanya dengan kotak yang akan diceritakan kali ini?, sekiranya anda nak tahu...rajinkan diri membaca entry ini.

Suatu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah,anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung pembalut daripada ayahnya.


"untuk apa?" tanya si ayah.
"nak bungkus hadiah" jawab si kecil dengan senyuman.
"jangan buang-buang yer, tak baik membazir" jawab si ayah sambil menghulurkan segulung pembalut hadiah.

Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi si kecil bangun dan bergegas ke kamar ayahnya untuk mengejutkan ayahnya supaya bangun dari perbaringan dengan segera.

"yah..yah..bangun la cepat, ada hadiah ni untuk ayah". Si ayah masih menggeliat, matanya pun masih belum terbuka dengan sepenuhnya sambil menjawab,"ya..nanti saja"
tetapi si kecil itu masih bersemangat dan enggan mengalah "Ayah...bangun la, dah pagi ni, bangun lah ayah".

"Eh...kenapa ganggu ayah pagi-pagi ni!" berkata si ayah dengan suara yang agak sedikit meninggi.

"hmmm" akhirnya terhembus dengusan kecil dari bibir si kecil yang pantang menyerah itu.Melihat situasi itu, si ayah berasa agak kesal dirinya, seraya matanya memandang sebuah bungkusan kecil yang dibalut dengan pembungkus hadiah yang diberikan kepada satu-satunya permata hatinya itu semalam.

"haa..hadiah untuk siapa ni?", si kecil yang tadi muram membisu, kini kembali ceria.
"untuk ayah lah...buka lah sekarang ayah...cepatlah buka" desak si kecil dengan penuh pengharapan.

Jari-jemari si ayah ligat mengoyakkan bungkusan itu, namun ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tiada berisi dengan apa pun juga.

"Eh, kenapa kosong je?, tak ada isi pun dalamnya, kan ayah dah kata jangan membazirkan?"

Si kecil menjawab "tak ayah, mana ada adik membazir, ada isi tu cuma ayah tak nampak apa yang ada di dalam kotak tu, tadi kan...adik dah masukkan banyak sekali senyuman, ciuman dan pelukan untuk ayah".

Si ayah merasa amat terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya sepenuh kasih sayang.

"Adik...ayah tak pernah dapat hadiah semahal ini. Ayah janji, ayah akan simpan hadiah ni baik-baik, agar tak ada sesiapa yang boleh mencurinya" si kecil yang hanya diam daripada tadi akhirnya tertawa keriangan.

"Ayah akan ambil setiap hari satu senyuman, ciuman dan pelukan setiap hari daripada dalam kotak ini yer?"

Si kecil yang keriangan itu hanya mengangguk dan berkata " nanti kalau dah habis adik letak lagi banyak-banyak senyuman, ciuman dan pelukan adik untuk ayah yer"


Kotak yang sesaat yang mana sebelumnya dianggap tidak berisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Walaupun nilai itu terlalu tinggi di hati si ayah namun di mata dan di hati insan lain, ianya masih dinilai hanya sebuah kotak kosong yang dibalut dengan kertas pembungkus yang indah, nilainya tak lebih daripada itu.

P/S: "Duhai teman, kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh bagi orang lain dan begitu juga penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain. PENUH dan KOSONG- kedua-duanya adalah produk 'fikiran' anda sendiri.Sebagai mana anda memandang hidup begitulah juga corak kehidupan anda.Hidup menjadi terlalu beerti dan penuh warna kerana anda yang memberikan erti dan warna kepada kepadanya.Bagi mereka yang tidak memberikan makna, warna dan corak pada kehidupan mereka, hidupnya ibarat lembaran kosong...

"Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam)maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesunggunya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatu pun)daripada sekalian makhluk". -(al-Ankabut:06)

Justeru itu, nilai lah harga kehidupan anda sebaiknya.



Jumaat, 13 Mac 2009

Keikhlasan Menghalang 4 Halangan Beribadah

KEIKHLASAN hati dan jiwa melakukan ibadat kepada Allah adalah kemuncak kepada kemurnian nurani seseorang kerana dengan sifat ikhlas saja mampu menghalang daripada perkara yang menghadang diri untuk beristiqamah. Ulama besar al-Imam Ghazali menyatakan ada empat perkara besar yang selalu menjadi penghalang untuk beribadat kepada Allah iaitu dunia, makhluk, nafsu dan syaitan. Jika diteliti maksud dunia seperti diperkatakan ilmu tasauf merangkumi semua perkara yang tidak memberi manfaat apabila seseorang kembali ke hadrat Ilahi seperti wang, harta menimbun atau pangkat.

Setiap amalan bermula dengan niat. Justeru, jika niat kerana Allah maka amalan menjadi ibadat, tetapi ia hanya adat jika sebaliknya. Setiap perbuatan harus disertai niat untuk mendapat keredaan Allah.


Keduanya ialah gangguan dan halangan makhluk Allah termasuk anak, binatang ternakan dan harta yang boleh melalaikan manusia sehingga lupa kewajipan menunaikan ibadat wajib serta sunat.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak pinak kamu itu adalah ujian kepada kamu.” (Surah al-Anfal, ayat 28)

Harta apabila sudah menimbun, ada kalanya menjadikan seseorang hamba kepada hartanya. Malah, ada yang sanggup meninggalkan tanggungjawab mengerjakan solat kerana terlalu menjaga harta benda. Ada juga ibu bapa yang melewatkan solat atau tidak mengerjakannya pada tempoh difardukan semata-mata melayan kerenah serta tuntutan anak.

Ketiganya ialah keinginan atau lebih dikenali sebagai nafsu yang sentiasa merajai diri. Penghalang dalam diri ini yang selalu sukar dilawan hingga terus tumbuh dan menyubur dalam diri setiap insan.

Manusia sering tunduk serta tewas dengan kehendak nafsu sendiri sehingga terpedaya dengan bisikan supaya meninggalkan tanggungjawab terhadap Allah. Ada pula meninggalkan solat dan puasa fardu semata-mata memenuhi dan menghormati undangan rakan.

Tidak kurang yang meninggalkan solat fardu kerana memenuhi tuntutan tugas yang memerlukan mereka sentiasa bergerak atau berada lebih lama di tempat duduk menyudahkan tugasan diberi seolah-olah sudah tiada masa lagi untuk menyiapkannya.

Keempat adalah desakan iblis dan syaitan yang sentiasa menggoda dengan tipu daya supaya manusia mengikut mereka ke arah kesesatan sehingga hari kiamat. Godaan itu datang dengan pelbagai cara dan rupa.

Ketika solat juga syaitan terus menggoda hamba Allah supaya hilang tumpuan dan kerja mereka menjadi lebih mudah apabila manusia dalam keadaan leka.

Rasulullah SAW mengajarkan doa yang bermaksud: “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan aku berlindung dengan Allah daripada kehadiran syaitan itu kepadaku.”

Pernah suatu ketika Aisyah, isteri Baginda Rasulullah SAW dalam keadaan marah. Melihatkan hal itu lalu Rasulullah SAW menegur isterinya dengan berkata: “Wahai Aisyah, kamu ini masih dikuasai syaitan kamu. Aisyah terperanjat lalu bertanyakan Baginda apakah setiap manusia dibekalkan syaitan? Lalu Rasulullah SAW menjawab: Ya, saya sendiri mempunyai satu syaitan, tetapi syaitan saya sudah masuk Islam.”

Golongan insan yang sukar diperdaya iblis dan syaitan adalah mereka yang meletakkan sifat ikhlas dan jujur di puncak ibadat kepada Allah.

Allah berfirman yang bermaksud:


“Dan tiadalah mereka diperintah melainkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dengan berterusan.” (Surah al-Bayyinah, ayat 5)

Firman Allah lagi yang bermaksud:

“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu semua, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi). Sebenarnya dia hanyalah mengajak manusia supaya menjadi penghuni neraka.” (Surah al-Fatir, ayat 6)

Kekuatan dan iltizam serta istiqamah dalam diri boleh menyingkirkan keempat-empat halangan melakukan ibadat kepada Allah. Selain niat yang ikhlas, kekuatan melawan bisikan supaya terus lalai memudahkan seseorang melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah.

Pada masa sama, sentiasa berusaha memperbaiki diri dengan mendalami ilmu agama serta meningkatkan keimanan melalui amalan sunat kerana kesibukan melakukan perkara baik dapat mengelak daripada terjebak dengan hasutan membawa kepada kelalaian.

INFO: Penghalang ibadat

1. Dunia - semua perkara yang tidak memberi manfaat apabila seseorang kembali ke hadrat Ilahi seperti wang, harta menimbun atau pangkat.
2. Gangguan makhluk - termasuk anak, ternakan dan harta yang boleh melalaikan manusia sehingga lupa kewajipan menunaikan ibadat.
3. Nafsu - keinginan yang sentiasa merajai diri dan sukar dilawan sehingga terus subur dalam diri setiap insan.
4. Iblis dan syaitan - menggoda dengan pelbagai cara supaya manusia mengikut mereka ke arah kesesatan sehingga kiamat.

p/s: "Duhai teman, bersamalah kita memupuk keikhlasan dalam diri, jadikan kesukaran untuk mencapainya sebagai satu pendorong semangat agar tidak berputus asa, ayuh berusaha!"

Rabu, 11 Mac 2009

Kasut Oh Kasut!!!

Kasut antara aksesori penting pelengkap gaya bagi seseorang individu itu, perkembanagan kasut juga sejajar dengan kemajuan zaman, kalau dilihat mutakhir ini, terdapat ratusan jenama baru yang muncul yang mana kesemuanya mengetengahkan kasut sebagai bahan utama dalam perniagaan, malahan ada juga individu yang sanggup untuk membeli sepasang kasut yang adakalanya mencecah ribuan dan jutaan ringgit hanya untuk bergaya sahaja.

untuk posting kali ini, aku ketengahkan kasut-kasut yang agak pelik tapi menarik..haha
sebelum tu, thanks yer kak dik, sebab izinkan i ciplak ilham you...haha~~

jom la tengok kasut-kasut yang menarik tu..lelong2!!!


haha~~sanggup ke korang nak pakai kasut macam ni?



kasut ini diadaptasi daripada mulut seekor buaya, kalau la buaya tu tahu dia jadi bahan adaptasi, sure dia bangga...huhu~~


kasut yang ni aku suka, sempoi!! tak yah bawa walkman atau mp4 time nak jalan..
pastu bagi yang hip-hop tak yah bawa radio besar-besar, petik je button dan jalan.
menarik kan?


erm..yang ni agak menarik la juga, tapi nak kata menarik sangat tak de la, persoalannya ada ke orang yang nak pakai kasut setinggi ni, melentik kaki di buatnya, pastu dah la tinggi sangat ditambah plak dgn spider tu...hihi..sapa nak boleh la order ..haha~~


kasut ni menarik sebab tumit dia bercabang dua, diadaptasi dari seekor zirafah. cantik !


p/s: "duhai teman, nak bergaya tiada salahnya, tapi pastikan apa yang anda gayakan itu bersesuain dengan diri dan majlis yang akan dihadiri.Bergayalah dengan apa sahaja yang dimahukan asalkan ianya tidak melanggar syariat dan tidak membawa mudharat".


Itulah Kamu Padaku


Nukilan ini aku tujukan buat semua kawan, rakan, teman dan sahabat yang mengenali diri ini, Moga persahabatan yang terjalin di antara kita berkekalan hingga ke syurga.

"Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus".



" bagiku...persahabatan umpama zaman yang berlalu, walau telah lama ditinggalkan tapi masih kekal di sudut hati"


"bagiku...persahabatan adalah anugerah, tautan dua hati yang sangat sukar difahami, mencurah kasih tapi bukan untuk dibalasi ...itulah teman buatku"


"bagiku...persahabatan itu menghadirkan secebis senyum, walau takberseri tapi masih nampak
serinya, walau lesu masih punya semangat..."


"bagiku...persahabatan itu walau di kemudi dua nakhoda berbeza, namun destinasinya tetap sama...itu persahabatan buat ku"

p/s: "duhai teman,sahabat, taulan, dan perindu..terima kasih kerana menghadiahkan diri ku sebuah persahabatan. Aku sayang kamu.

Ahad, 8 Mac 2009

Khutbah Terakhir

Khutbah ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah
di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Baca dan fahamilah kata-kata terakhir baginda ini, nasihatnya adalah panduan, sunnahnya adalah bekalan agar manusia itu terus lurus di atas landasan , moga tak terpesong dengan angkara tipu daya iblis dan syaiton.

Bersama kita hayati nasihat dan pesanan baginda yang terakhir.


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan,
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan
kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti
kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang
tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota
ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang
Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan
kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti
sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah
bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti
membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah
mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba
dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam
perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak
mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia
sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka
juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan
hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan
dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah
terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan
pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah
mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu
tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini,
sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari,
berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari
harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'Ibadah Haji' sekiranya
kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara
kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang
pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan
beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan.
Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari
landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada
lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan
lahir agama baru.

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah
kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya
aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu
berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak
akan tersesat selama-lamanya. Itulah AI-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan
pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami
kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah
Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu...

P/S: "Duhai Teman, ayuh kita berselawat salam untuk junjungan mulia ini, jasanya membolehkan kita mengenal erti Islam yang sebenar"