THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

follower (teman setia membina Ilham)

Selasa, 2 Mac 2010

Iman Seekor Semut


Assalamualaikum wbt.
moga semuanya berada di dalam keadaan yang baik serta teguh imannya,
bila berbicara tentang iman, sesungguhnya kita mengetahui bahawa iman manusia itu adakalanya bertambah dan adakalanya berkurangan.Semoga kita sama-sama memperteguhkan iman yang ada di dada dengan mengingati dan mensyukuri segalan ciptaan-Nya.

Sebelum rancak mengukir kata berkisarkan bualbincang hari ini, mari bersama kita mengkaji apa ada pada seekor semut yang kecil? untuk ketahui lebih lanjut
klik di sini. Apakah pula perkaitannya dengan tajuk penulisan saya pada hari ini? hmmm.. nak tahu... teruskan membaca.



Kisahnya bermula di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:
" Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Nabi Allah Sulaiman bertanya lagi:
" Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun megutarakan cadangan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut.

Lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut tersebut: "Kamu berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut:
"Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Seekor Semut!

p/s: "Duhai teman, saudara dan pejuang... sesungguhnya semut sekecil2 ciptaan itu sahaja mampu memperteguhkan imannya dan mengangkat keagungan Penciptanya, mengapa kita yang sebaik-baik ciptaan-Nya ini tidak mampu sedemikian? fikir-fikirkan... salam memperteguhkan iman buat semua..."

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

best.. teruskan.
tapi gambar atas gambar kerenga.. xpe.. same kaum..
g.luck..

tiara-qurratu'aini berkata...

alhamdulillah
moga setiap butir kata mampu memberi manfaat buat semua ...sama2 kita memperteguhkan iman

ooh..x perasan plak itu pic kerengga.. btw, thanks 4 d correction...

g. luck n thanks 4 d comment =)

Tanpa Nama berkata...

awak hebat dlm penulisan.. banyak idea awak sesama dgan keadaan.. saya doakan awak berjaya dlm bidang ini.. dan sememnag ada tempat untuk org seprti awak yang berbakat besar untuk diketengahkan.. demi martabatan agama kita, bgsa melayu kita dan negara kita yang tercinta

~~ mata pena lebih tajam dari mata pedang ~~

tiara-qurratu'aini berkata...

alhamdulillah ats nikmat yg diberi dan terima kasih atas doa saudari/ra , in sha ALLAH akan gunakan kemampuan yg ada utk memartabatkan Islam.. biiznillah.. benar ! kata2 itu adakalanya lebih menghiris dari sesuatu yg tajam.. terima kasih jg kerana sudi berkomentar.. harap lain kali dapat perkenalkan diri... wassalam.

Tanpa Nama berkata...

saya sentiasa membaca blog awak..
xyah le nak kenalkan diri.. dah kenal sangat daa..

masukkan lagi.. emm tentang budaya masyarakat arab ke.. emm, bole blja budaya org luar..
mesti bnyk idea dan informasi baru..

tiara-qurratu'aini berkata...

terima kasih..

in sha ALLAH berusah utk kumpul maklumat ..sekiranya ada rezki nnt pasti saya akan tuliskan ttg itu.. terima kasih ats idea yg sgt bernas.. teruskan setia bersama blog ini..

Allah yubarik fik

Catat Ulasan