THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

follower (teman setia membina Ilham)

Rabu, 25 Februari 2009

Hargai Hati Lara Itu Dan Mutiara Jernih Yang Mengalir


Seorang penyair berkata: "Bila engkau mengetahui bahawa sesungguhnya engkau telah bersumpah demi waktu bahawa engkau akan mendapatkan segala yang diinginkan dalam setiap urusan dan setiap ketika yang engkau lalui, lalu ia juga telah bersumpah akan memberikan apa jua yang engkau sukai, maka pantas saja engkau bersedih hati jika kehilangan peluang yang tidak pernah tercapai"

Jika kita telah mengetahui konsep pengambilan dan pengembalian, pemberian dan pencegahan yang dilakukan oleh hari-hari yang kita lalui, dan hari itu tidak pernah melupakan sesuatu anugerah yang telah siberikannya, melainkan ia akan kembali mengambilnya dari kita, dan memang begitu ketentuan dan tabiat masa dalam erti hidup seorang Bani Adam, baik yang tinggal di istina mahupun yang tinggal di setinggan sahaja...semuanya akan merasai perihal masa yang sama, tiada bezanya...Maka rendahkanlah nada kesedihan dan usaplah air mata yang berjuraian, kerana bukan hanya kita insan pertama yang terkesan dengan racun zaman, dan musibah atas diri bukanlah pertama yang terjadi dan terakam sebagai sejarah dalam arkib musibah dan penderitaan.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

ام حسبتم ان تدخلوا الجنة ولما ياءتكم مثل الذين خلوا من قبلكم

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?....- surah Al-Baqarah: ayat 214)

p/s: "duhai teman....hargau setiap yang berlaku dengan sebaiknya...segala ketentuan adakalanya bukan takdir tapi Allah itu mahukan agar kita lebih berfikir.."

1 comments:

aisyah berkata...

'Sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah seribu kali lebih baik drpd sejuta mutiara di lautan, sejernih wajah kerana wudhu y sempurna adalah lebih becahaya daripada kilauan segunung permata, sesuci hati hanya kerana Ilahi adalah sebuah cinta y abadi'=)

Catat Ulasan